"YaAllah penatnya.."
bisik Hana Meddina perlahan lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil. mata dipejam. kening bertaut serta dahi berkerut menahan sakit yang tiba tiba menyerang kepalanya." Arghh!!"
Jerit Hana Meddina sedikit kuat sambil menahan kepalanya.
Hana Meddina lantas mencapai laci disebelah katil lalu menariknya untuk mengambil ubat migrain berwarna biru muda.Dengan langkah lemah longlai sambil menahan kepala yang terasa berat pada sebelah kanan membuatkan Hana Meddina terasa ingin rebah dan pitam.
" Arghh!!!"
Hana Meddina terjelepok di atas lantai kamarnya." Aduhhhh!"
Sakit yang mencengkam kepalanya terasa seakan mecucuk cucuk urat kepalanya. Terasa berat yang sebesar batu menghempas atas kepala kanannya tika itu.Hana Meddina teringat akan air mineral yang dibelinya petang itu bersama wanita pujaan hatinya. Di saat teringat akan memori itu, secara tidak langsung bibirnya mengukir senyuman. Hilang sebentar rasa sakit yang menyelubungi.
Handbag rona merah hati di atas katil dicapai. Lalu dikeluarkan sebotol kecil air mineral.
"Fuh! Nasib masih ada sikit lagi ni haa."
Hana Meddina terus menyuapkan 2 biji ubat migrain ke dalam mulutnya disertakan dengan air mineral yang tinggal lebih kurang sejengkal.Dalam keadaan yang masih tidak berupaya untuk bangun. Hana Meddina duduk menyandar di sisi katil. sambil membaringkan kepalanya. Rambut yang sedia terikat rapi sebentar tadi dilepaskan ikatan dan dibiarkan terurai bagi melancarkan perjalanan darah di dalam kepala.
Mata dipejam perlahan. Fikiran dikosongkan. sedikit demi sedikit rasa lega mulai hadir. perlahan lahan rasa sakit beransur reda. denyutan sudah mulai berkurangan." Alhamdulillah"
Lafaz Hana Meddina perlahan sambil menguatkan kaki untuk bangun.***************************************
Nur Mawar Aini POV
' Hmmm. mana la dia ni. Dari tadi tak online. last seen dari pukul 8.45 malam. sekarang dah pukul 11.'
Nur Mawar Aini mengerling jam di dinding kamarnya. Seakan hampa yang menampar perasaannya.'Nak call tak eh. Hmm. yes no yes no yes no yes no yess. yes aku kena call dia. setidaknya aku tak la risau sangat macamni . nak overthinking kang macam tak patut pulak.'
Nur Mawar Aini kembali berbisik di dalam hati.Televisyen yang terpasang hanya dibiarkan syok sendirian tanpa dilihat mahupun didengar. Hilang segala mood bila terkenangkan wanita yang melafazkan cinta padanya petang tadi.
Tatkala teringatkan kejadian petang itu Nur Mawar Aini tersenyum sendirian. Namun senyuman itu bertukar semula menjadi kayu yang dibasahi hujan.
'Eh. tak perlu la aku call dia. kang aku dikatakan terghegeh hegeh. aku tak nak kang dia rimas. Aku tak bole terlalu lemah macamni. maybe dia busy or tertidur. yes think positive!'
Omel Nur Mawar Aini di dalam hati meyakinkan dan menenangkan dirinya sendiri.Siaran astro warna yang menghiburkan seketika tadi segera ditukar ke siaran astro boo.
seram!
favourite!Handphone yang sedari tadi digenggam erat lantas diletak di sisi. fikiran dikosongkan dan difokuskan pada kaca televisyen.
'Haunted forest!
hmmmm macam best je ni. okay. layan! 'Selimut rona merah jambu ditarik perlahan. Terasa sejuk menampar tubuhnya.
bip !
Nada whatsapp menandakan chat masuk. Nur Mawar Aini segera mencapai Handphone miliknya lalu membuka dan membaca.
salam.
hai pujaan hati dinda.
dah tidur belum ni?Dupdapdupdap......
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomanceHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...