Chapter 4

2.6K 77 1
                                    




"Mama, Hana dah nak pergi ni. Kejap lagi kawan Hana datang ambik." Laung Hana Meddina dari tangga kepada mamanya, Puan Khadijah.
Puan Khadijah yang leka menyulam kraftangan menoleh ke arah puterinya.

"Haa, Jangan lupa Hana. Ingat pesan mama. Balik jangan lewat lewat. " Sahut dan pesan Puan Khadijah lalu terus menyambung sulamannya.

Begitulah rutin hariannya, pantang sahaja ada masa lapang pasti dia duduk bersimpuh di depan televisyen sambil menyulam kraftangan, minat dan bakat yang diwarisi daripada Mak Rogayah, arwah ibunya.

"Yela ma. Hana tak kan lupa pesanan mama. Lagipun Hana keluar dengan kawan perempuan, si Mikah Ngok ngek tu. Tak kan mama tak kenal kawan baik Hana tu dari sekolah menengah lagi. " Ujar Hana Meddina meyakinkan mamanya sambil membetulkan zip seluarnya yang terasa sedikit terbuka. Terasa ketat jeans yang dipakainya. Mungkinkah berat badannya sudah mulai menaik.
Hana Meddina mulai bimbang namun cepat cepat mengabaikan perasaan itu.

"Mama tahu la perempuan, belum pernah mama tengok Hana keluar dengan mana mana lelaki. Sebab itu lah mama bagi kebenaran Hana keluar malam, mama percayakan Hana. Oh Mikah anak Makcik Junaidah, Baguslah. Dengan dia mama memang percaya. Baik budak tu."
tutur Puan Khadijah sambil tangannya leka menyulam.

Hana Meddina merapati Puan Khadijah lalu mendakap manja mamanya.
"Mmuahhhhhhhhhhhh. Hana sayang mama sangat sangat. Mama la kesayangan Hana dunia akhirat. Hana minta maaf tau pasal kejadian petang tadi, Hana betul betul tak sengaja." Hana Meddina teringatkan kejadian gawat petang tadi, Mamanya Puan Khadijah melaung kuat namanya, seakan  halilintar kedengaran.

Terasa kecut perut Hana Meddina mendengar jeritan mamanya petang itu, nasib baik usus perutnya tak kejung. Mujurlah ketika itu Izzwan Miqael meminta izin untuk balik dan sejurus sahaja selepas itu ada jiran sebelah rumah datang mengajak mamanya berborak, yang pasti bukanlah makcik bawang.
Maka perhatian mamanya susah pasti teralih. Fuh selamat!

Kalau tidak habislah Hana Meddina mendapat leteran percuma yang pasti dijangka sebanyak 340 patah ayat yang bakal dikeluarkan mamanya.

"Allah! Mama lupa. kalau Hana tak sebutkan pasal tu mama memang tak ingat dah sayang. Maklumlah usia pun dah meningkat. Tak pe Hana, mama maafkan. Tapi ingat, lain kali jangan mengelamun lagi kat dapur, nanti macam mana nak kahwin kalau air pun jadi masin tak pasal pasal kang haa kena darah tinggi suami Hana. "
Tutur Puan khadijah lembut sambil menahan gelak. Terbayang akan wajah Izzwan Miqael yang berubah menjadi kehijauan setelah meminum air bancuhan puterinya petang tadi.
hijau! Untung saja tak bertukar menjadi toyol.

' PON PON !'

"Ha tu si Mikah dah sampai dah. Ma, Hana keluar dulu ye. Mmuahhhhhh! "
Hana Meddina menyalami tangan mamanya dan sempat menghadiahkan satu kucupan di pipi mamanya.

Hana Meddina menuju ke pintu dan melambaikan tangan ke arah Puan Khadijah dan di balas dengan lambaian juga dari mamanya.

*************************************

"Kita gerak berdua je ke Mikah?"
Tanya Hana Meddina kepada seorang gadis hitam manis yang tampak dari jauh tersengih memandang ke arahnya. Hana Meddina melangkah masuk ke dalam kereta vios hitam milik temannya lalu terus mengambil tempat di sebelah sambil membetulkan rambutnya yang sedikit mengganggu penglihatan.

Mikah Iqqasha menoleh sejenak ke arah teman baiknya, Lalu menjawab pantas.
" Ha ah kita berdua je Hana. Tak kan nak bawak setaman taman kot. Kang roboh kereta aku mana nak sumbat setaman taman manusia. Tak dapat aku bayangkan hahahaha. " jawab Mikah Iqqasha dengan gelak yang berdekah dekah.

"Haishh kau ni melalut tak habis habis. Cepatlah drive, aku dah lapar ni. Sanggup aku tak makan tadi semata mata nak bagi space dalam perut aku ni untuk malam ni tau." balas Hana Medinna ceria sambil mengusap perutnya.

"Hahahaha. Yela aku laju dah ni kang aku bawak kau macam roket kau terbang terus atas bumbung rumah si Shasha tu terkejut dia ingatkan makhluk mana yang landing atas bumbung rumah dia hahahaha. "
Sakan Mikah Iqqasha mengusik temannya,
Hana Meddina.
Mereka berdua bergelak sehabis suara sehingga lah sampai ke destinasi yang hendak dituju.

*******************************************

Selamat datang ke majlis ulangtahun kelahiran, Nik Qissara Amani.
Sapa dua pelayan wanita di hadapan pintu gerbang masuk teratak kediaman Dato' Farid dengan lemah lembut.

Hana Meddina dan Mikah Iqqasha masuk dan memberi senyuman manis kepada dua wanita itu.

"Ehhh! Mikah. Aku terlupa nak bawakan hadiah la. Macam mana ni. Patutla rasa pelik je dari tadi macam kosong je tangan aku. " Bisik Hana Meddina perlahan.

"La yeke. Aku ada bawak ni. petang tadi dah aku keluar beli. Kita dah sampai sini tak kan nak patah balik kot." Jawab Mikah Iqqasha turut memperlahankan suaranya. Bimbang didengari makhluk makhluk yang berada disitu.

Suasana malam itu agak meriah.
Ternyata ramai tetamu undangan yang hadir.
Pelbagai gelagat kelihatan. Ada yang berkejar kejaran mengelilingi kolam renang, ada yang menyandar di balik pokok sambil menyedut rokok dan tidak kurang juga ada yang berlari mengejar seorang kanak kanak lelaki, mungkin anaknya barangkali.

"Hana! Mikah! Dah sampai pun korang. Wah cantik lah korang malam ni. ehem ehem." Sapa dan puji Shasha yang juga adalah teman baik merangkap sahabat kepada Hana Meddina dan Mikah Iqqasha.

Malam itu, Hana Meddina mengenakan jeans biru dan blouse rona ungu muda, dengan gaya rambut hitam bersinar yang dilepaskan menampakkan lagi keayuan wajahnya.

Mikah Iqqasha pula mengenakan jeans kelabu dan kemeja lengan panjang rona beige dan rambut yang juga dilepaskan berwarna coklat keperangan.

"Eh apa tunggu lagi, Jom la masuk dalam. " Sambung Shasha sambil menarik kedua kedua dua tangan mereka.

" Err.. Tunggu dulu Sha. Aku.. Aku lupa bawak hadiah untuk anak saudara kau. Aku jadi segan tak bawak apa apa macam ni. " ujar Hana Meddina kepada Shasha perihal hadiah yang tidak dibawa malahan lupa dibelinya akibat leka bergelak ketawa bersama Mikah Iqqasha sepanjang perjalanan mereka tadi.

"Eh don't worry, its okay babe. Tak perlu pun present bagai. Kau datang ni pun dah bersyukur tau. " jawab Shasha mesra menenangkan hati teman baiknya yang nampak seakan gelisah itu. Memang jelas kelihatan pada raut wajah Hana Meddina.

Shasha kembali menarik tangan mereka berdua dan mengajak masuk ke dalam rumah. Mereka berdua akur.

" Mummy, Ni kawan Shasha.
Hana dan Mikah. Diorang dah sampai."
Ujar Shasha dengan ceria sambil memandang sekilas ke arah Hana Meddina. Entah mengapa malam itu Shasha dapat merasakan terasa ada getar pada hatinya saat terpandangkan teman baiknya itu. Lagi lagi saat menarik tangan Hana Meddina tadi. sejuk.
Itu yang membuatkan perasaan Shasha menjadi gundah gulana dan tidak keruan. Namun dengan pantas ditepis perasaan itu.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now