chapter 39

1.1K 40 2
                                    

"Awak, saya ada sesuatu yang nak kita bincangkan." Ujar Nur Mawar Aini perlahan. Sisa rona kemerahan pada wajahnya masih jelas kelihatan. Namun dia tidak mahu terlalu gelabah seperti tikus kegawatan. Dalam fikirannya kini dia mahu berbicara dari hati ke hati.

"Nak bincang pasal apa? Boleh tapi kita pergi kat tempat yang lebih selesa nak? sini kan ramai orang. Dahla kita duduk rapat macamni pun orang dah mula pandang pandang macam tak puas hati. " Tutur Hana Meddina lembut menenangkan wanita pujaannya itu. Terpancar dari raut wajah itu ketidaktenteraman hatinya. Hana Meddina dapat merasakan.

"Erm okay. kalau macamtu kita pergi kat hujung sana. tak ramai orang." Balas Nur Mawar Aini sambil menunjuk ke arah hujung taman yang agak sunyi. Terhindar sedikit dari kebisingan dan telatah pengunjung beraneka ragam.

"okay jom!" Laju Hana Meddina bangun dari bangku lalu mencapai pergelangan tangan Nur Mawar Aini.
Belum sempat Nur Mawar Aini mengelak, Hana Meddina sudahpun menggenggam erat seolah enggan melepaskan.

Nur Mawar Aini pasrah membiarkan tangannya dalam genggaman wanita itu. Ah! bukankah dia sendiri turut menyayangi wanita itu.

Langkah diatur kaki pun memulakan pergerakan. Terasa darah mengalir laju di dalam nadi. Semakin kuat degupan yang dirasakan. Keduanya mempunyai  rasa yang sama. debar dan semakin debar.


"Awak.. duduklah."
Pelawa Nur Mawar Aini melihat Hana Meddina yang masih berdiri memandang ke atas pokok yang berada di sebelah bangku. Entah apa yang diperhatikan olehnya. Mungkinkah ada monyet di atas sana. atau mungkinkah ada beruk. atau mungkinkah ada singa. oh itu sudah tidak logik!

senyap.....

Hana Meddina pura pura tidak mendengar.

" Tak nak duduk dengan saya ke. tak pe la. saya sedar diri saya."
Nur Mawar Aini mulai bersuara seakan merajuk.

Terdengar lontaran sendu yang keluar dari bibir Nur Mawar Aini , segera Hana Meddina menoleh takut sekiranya gusar di hati wanita kesayangannya itu terjadi sekali lagi.

" Ish merepek. jangan cakap macamtu lagi. saya tak nak dengar awak cakap macamtu. Walaupun saya tak duduk sebelah awak tapi saya selalu duduk di dalam hati awak. "
Hana Meddina bersuara geram namun sedaya upaya dilembutkan agar tidak meninggalkan kesan pada hati Nur Mawar Aini.
kurang gemar akan ayat yang dilontarkan wanita kesayangannya itu.
Baginya dia menyayangi wanita itu bukan kerana apa.  Tidak kira apa pun kekurangannya dia tetap mahu. Dia tidak memandang pada kesempurnaan semata. Jika kesempurnaan yang menjadi faktor dalam setiap perhubungan maka hubungan itu tidak akan bertahan lama. Baginya setiap manusia mempunyai kekurangan juga kelebihan yang tersendiri. Begitu juga dengan dirinya. Dia sendiri banyak kekurangan yang mana hanya dia dan di atas sana yang lebih mengetahui. Namun dia sedar tiada manusia yang sempurna.

Nur Mawar Aini tertunduk memandang lantai berbatu bata.
Terasa malu akan kelakuannya yang seakan kebudak budakan itu.

"Dah. Saya tak marah awak. saya cuma tak nak awak cakap yang bukan bukan. Ingat ni, Saya sayangkan awak ikhlas dari hati saya. bukan main main. bukan pura pura. Awaklah satu satu wanita yang berjaya mengetuk pintu hati saya. Dah lama saya cari seseorang yang boleh bukakan hati saya. Dah lama saya tunggu saat ni. Dan akhirnya saya berjaya temui. Dan seseorang itu pastinya awak, Mawar."  Pujuk Hana Meddina lembut sambil menyentuh lembut hujung dagu wanita yang berjaya mencuri hatinya itu agar memandangnya.

" Saya minta maaf. saya tak mampu nak kawal perasaan saya. Saya sayangkan awak dari lubuk hati saya yang paling mendalam. Saya takut kehilangan awak. Walaupun kita masih belum ada apa apa hubungan tapi saya tetap rasa yang awak adalah kekasih hati saya. Silap saya kerana seolah mengawal diri awak. silap saya sebab tak berusaha memahami kesibukan awak. Silap saya kerana ego saya tak balas chat awak. Saya terlalu sayangkan awak, Hana."
Nur Mawar Aini mendakap erat tubuh Hana Meddina bersama titisan airmata yang mengalir. Airmata yang semestinya sudah tidak mampu tertahan lagi.

Hana Meddina terkebil kebil kebingungan. Tidak menyangka akan reaksi yang dterimanya. Perlahan Hana Meddina mengusap lembut belakang tubuh Nur Mawar Aini.

" Ye saya tahu awak sayangkan saya. Dan saya pun sayangkan awak. Awak tak salah pun. saya faham apa yang awak rasa. Stop salahkan diri okay. apa pun yang terjadi saya tetap ada untuk awak. Biarpun ... "

"Biarpun awak dah jadi isteri orang?"
Pintas Nur Mawar Aini mencelah bicara wanita pujaan hatinya.
Belum sempat Hana Meddina menghabiskan bicara.

Hana Meddina segera meletakkan jari telunjuknya di bibir kesayangannya yang terlihat sayu di hadapannya sambil menggelengkan kepala sebagai tanda dan  isyarat supaya berdiam.
Dia tidak mahu Nur Mawar Aini meneruskan bicara yang mana mungkin bakal mengakibatkan salah faham terjadi.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now