Chapter 12

1.7K 57 2
                                    



" No Hana, noi tak kan lepaskan pisau ni, selagi you tak terima i semula. "
Ugut Diana Kamarulzaman.
Dia betul betul sudah gila, kerana terlalu cintakan bekas kekasihnya.
Sudah berbulan lama , dia berusaha menjejaki bekas kekasihnya. Dan kali itu, dia tidak akan berputus asa. Dia terlalu mencintai wanita itu.
oh Hana Meddina!
       

Hana Meddina mengumpul sekuat hati dan tenaga untuk melontar kata kata yang bernas. Dia menenangkan hatinya sebelum memulakan bicara. Takut sekiranya tersilap langkah, berlaku perkara yang tidak diingini.

  " Jangan macamni, Diana.    i minta maaf, i tak boleh terima you. Kita boleh berkawan kalau you nak." Pujuk Hana Meddina lembut bagi menenangkan hati dan jiwa serta akal bekas kekasihnya yang dilanda kekacauan dan hilang kewarasan itu.

" No HANA !     i tak nak kawan dengan you.   nak kawin dengan you .    i sanggup lakukan ape je demi you biarpun nyawa i jadi taruhan. " Diana Kamarulzaman semakin menggila dan mengamuk semahunya.
Pisau masih kemas berada digenggamannya.
Hana Meddina menarik nafas dan menghembus perlahan.

  "Astaghfirullahalazim.  You perempuan, pun perempuan. Walaupun hati  sedikit menyimpang dari kebenaran, tapi jangan sampai akidah turut terpesong sama. Bawa mengucap,  Diana. Jangan bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibat sesuatu perkara.  you cantik, you bijak. you ada semua yang boleh buat you bahagia. you ada ummi , you ada abi. you ada family  yang lengkap, yang sayangkan you sangat sangat.
you beruntung. Kalau you mati sebab cinta, you ingat you boleh terus masuk syurga? you ingat you  boleh tenang dan happy ke?
You fikirlah baik baik. Jangan kerana cinta pada manusia, you jadi buta. Cuba pandang sekeliling you. Ramai lagi yang sayangkan you, perlukan you.
You sanggup mati  demi cinta, tapi pernah tak you fikir tentang ummi ? Ummi yang lahirkan you, Diana. Bukan i. Ummi yang susah payah lahirkan you, tahan sakit, jaga you, beri kasihsayang pada you.  Abi you bekerja siang malam pagi petang demi sesuap nasi, untuk you sekeluarga.
You  tak ingat ke? Ummi pernah cerita kisah silam dia dan Abi masa mula mula kahwin sampai lah you lahir, dari tak ada rumah, dari susah perit derita makan berlaukkan garam, minum air tadahan hujan, sampai lah sekarang Ummi dan Abi berjaya dan mampu jaga you dan adik adik you.
kalau you mati bunuh diri apa perasaan dorang ? Sudah semestinya dorang akan sedih. you anak sulung. you patut beri contoh yang baik untuk adik adik you. Buka mata you, ingat Allah. Jangan terlalu ikutkan perasaan you tu. Bayang wajah kedua orang tua you. Bayang wajah wajah adik adik you. "  Hana Meddina menarik nafas lega. Akhirnya terluah segala. Berharap agar perempuan itu sedar dan baik baik saja.

  Diana Kamarulzaman memejamkan matanya perlahan. Tanpa sedar, airmata mulai mengalir membasahi pipinya. Perlahan lahan tangannya mula lemah dan melepaskan pisau ke lantai. Dia menangis semahunya.

  
Hana Meddina mendekati , Lalu memberi isyarat kepada Mikah Iqqasha untuk mengambil pisau dilantai. Mikah Iqqasha akur lalu perlahan melangkah dan tunduk mengambil pisau itu.

" You, bangun. Dan balik lah. Hari pun dah lewat malam. " Tutur Hana Meddina lembut dan mengusap lembut bahu bekas kekasihnya. Dia mahu Diana kamarulzaman tenang. Setenang air dilautan.

Diana Kamarulzaman bangun dan berdiri semula lalu merangkul tubuh Hana Meddina semahunya.
" maafkan i sebab bertindak gila macam tadi Hana. i sedar sekarang. Cinta tak boleh dipaksa. Dan tak patut bertindak bodoh sampai nak bunuh diri bagai. yes Hana, ummi dan abi la yang patut i fikir, mereka yang besarkan i. "  Diana kamarulzaman meluah rasa sebak sambil terhinggut hinggut menangis di bahu Hana Meddina.

Mikah Iqqasha yang awalnya terpegun dengan ceramah dan tazkirah temannya , kini memerhati dan tersenyum menahan tawa. Geli hatinya melihat riak wajah temannya yang seakan terkejut.
   
" Ye, Diana. i maafkan.  okay lah i kena balik sekarang. Esok i kerja. you baliklah. "  kata  Hana Meddina perlahan tetap menjaga kata kata agar jiwa bekasnya itu terus tenang.
          
Diana Kamarulzaman perlahan meleraikan pelukan. Dan menyeka laju airmatanya. Terasa malu menghurungi dirinya kerana bersikap sedemikian di hadapan keduanya.

********************************************


Nur Mawar Aini POV

"Ayo kita goyang dua jari, biar kita happy goyang sampai pagi.. Ayo kita....."

  Alarm berbunyi menandakan jam menunjukkan pukul 10.25 malam. Sengaja Nur Mawar Aini  memasang alarm bagi memudahkan dirinya bangun dari lena sebentar , kerana ada sebuah cerita seram menarik yang menanti di channel boo kegemarannya pada jam 11 malam.

  'Uishhh aku tertidur macamni je ke tadi.' Omel Nur Mawar Aini sendiri sambil membuka tali bra perlahan.

   " arghh! Asal ketat ni. Takkan aku dah gemuk kot! " dengus Nur Mawar Aini geram. Tali bra terasa ketat, sedangkan sebelum ini tidak pula terasa ketat.
Nampak sedikit kesan merah pada bahunya.

Nur Mawar Aini bangkit dari katil dan mencapai tuala untuk mandi. Terasa malas mahu bertemu dengan air, tetapi digagahkan jua untuk bertemu demi kebersihan diri.

  " kamu yang terindah.. Kamu yang melengkapkan hidupku.. Kamunyang menerangkan sinar hatiky oabila jiwaku sepi.. Kemarilah cintaku oh sayang.. kemarilah terus padaku. Demi cinta kita..."

Nur Mawar Aini menyanyi riang di dalam bilik mandi.

   ' hmmm. Kalau lah ada kesayangan. Kan best. Eh jap, Tapi kenapa eh, aku rasa berdebar sangat bila renung mata pompuan tu. Takkan aku dah jatuh cinta pandang pertama kot.  Tak mungkin tak mungkin. '
Nur Mawar Aini bercakap seorang diri di dalam hati sambil menggosok badannya sehingga penuh berbuih , syampu dicapai lalu dituang sedikit di atas rambut.
nama pun dalam hati mestilah bercakap seorang diri.
Lol!
   

**********************************************


    " Ya ampun penatnya aku rasa hari ni! " dengus  Hana Meddina sedikit kuat lalu merebahkan tubuh ke atas tilam. cermin mata dibuka lalu diletak ditepi bantal.
Handphone dicapai lalu pantas tangannya membuka facebook. Tiada satu pun whatsapp yang masuk. Hampa. Begitu lah kehidupan bila membujang. Leka membaca status status yang pelbagai ragam dari friendlistnya, mata Hana Meddina melilau mencari status status Mawar Mewangi. Entah mengapa malam itu seakan ada perasaan yang mengganggu benak fikirannya.

" alangkah bahagia kalau ada kesayangan. Dah lama aku teringin nak ada someone yang terima aku seadanya. Bukan aku memilih. Tapi hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Kan best kalau tengah layan cter seram kat tv, ada girlfriend kat sebelah teman aku sama sama tengok. Argh berangan la kau Mawar!"

Hana Meddina yang kusyuk membaca status itu terus kehairanan.
' dia kata, 'girlfriend'. So itu maknanya dia ni senget jugak la macam aku. Haishh. '  bisik Hana Meddina sendirian, Entah mengapa terasa ringan jarinya menaip komen.

"kan. alangkah bahagia dan indah kalau ada kesayangan."

Hana Meddina meletakkan handphone nya di sebelah.
masih terbaring kepenatan lalu
meraup wajahnya.
Kepenatan masih terasa.
Terbayang kejadian sebentar tadi.
Mujurlah tiada apa apa perkara yang berlaku.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now