Chapter 21

1.5K 50 1
                                    

" Sayang, dah siap ke? Dorang dah sampai. Ada kat ruangtamu dah."
Puan Khadijah menerpa masuk ke dalam bilik. Dilihat puterinya masih berkain batik dan berbaju tshirt merah jambu lengan pendek.
Ada gusar terpancar di muka puterinya.

Sepi...

" Hana, kenapa ni sayang? kenapa tak siap lagi. Hana kan tahu petang ni rombongan datang. Dari semalam lagi mama dah bagitahu kan. Cepat siap, ada masa lagi ni."
pujuk Puan Khadijah sambil menggenggam erat jari jemari anaknya.
Terasa sejuk.

" Ma, Hana tak nak kahwin ma."
Hana Medina akhirnya bersuara sambil teresa esak menangis di bahu mamanya, Puan Khadijah.

Puan Khadijah lama termenung. Sebelum bersuara. Teringat akan janji yang terikat semasa di kampung suatu tika dahulu.


"Ijah, Nanti kalau si Jiwan dah besar , aku nak kahwin kan dengan anak kau Hana. Aku berkenan sangat dengan si Hana tu ha. Rajin , baik orangnya. Pandai hormat orang tua."
Tutur Puan Kalsom sambil memicitkan bahu sahabatnya, iaitu puan Khadijah yang terseliuh akibat jatuh di anak tangga rumahnya.

" Budak tu kecil lagi Som. Baru je 15 tahun. Lama lagi nak tunggu dorang besar. Lagipun mana la kita tahu jodoh masing masing nanti. Kang dorang tak setuju kita pulak yang melebih lebih. Budak budak zaman sekarang Som, mana suka dijodohkan. Dorang lebih suka cari sendiri. Aku tak berani nak berjanji."
Luah Puan Khadijah sambil mengaduh menahan sakit yang terasa di bahunya.

" Ala kau ni Jah. Kita tak cuba , kita tak tahu. Mana la tahu kan kot kot masin mulut kita nanti. kata kata kan satu doa. Kita doa insyaallah mana tahu berbesan betul kita nanti. Aku betul betul berkenan dengan si Hana tu Jah. Kau kan tahu aku teringin nak ada anak perempuan. Aku dah anggap si Hana tu macam anak aku sendiri. Kalau boleh aku nak sangat dia jadi menantu aku sekaligus isteri buat anak tunggal aku dan ibu untuk anak anak mereka nanti."

"Hmmm. Kalau kau dah cakap macamtu, aku ikut jela Som. Mana yang terbaik untuk kau. Terbaik jugak lah untuk aku. Aku pun berkenan dengan anak kau si Jiwan tu. Baik, rajin, soleh pulak tu. Kan betul cakap kau Som, mesti meriah kalau kita ada cucu sama sama kan. "
Bicara Puan Khadijah sambil tersenyum memandang ke luar jendela.

"Ma, laa kat sini rupanya.
Tetamu bawah tu dorang panggil mama."
Kata Ammar Siddiq seakan berbisik.

Puan Khadijah yang lama mengelamun, tersentak apabila mendengar suara anak lelakiya.

" Ha yela nak. Kejap lagi mama turun dengan Kak Hana kamu ye. " jawab Puan Khadijah sambil menoleh sekilas ke arah puterinya yang sudahpun terbaring lesu.

" Hana.. tolong lah dengar cakap mama sayang. Mama bukan suka suka nak kahwinkan Hana tanpa persetujuan Hana. Tapi mama nak Hana bahagia. Ada orang jaga Hana bila mama dah tak ada nanti. Cepat siap ye nak. Jangan hampakan hati mama." Tutur Puan Khadijah lembut sambil mengusap bahu puteri kesayangannya.

Hana Meddina yang mendengar hanya mengeluh perlahan. Walaupun terasa berat , Namun kerana terlalu menyayangi mamanya, dia akur. Lalu perlahan bangkit dari katil seterusnya menuju ke meja solek.

"Hana bersiap lah dulu. Mama nak turun ke bawah. Jangan lama lama tau sayang. Bakal keluarga mertua Hana tunggu kat bawah nak tengok bakal menantu dia yang comel ni."
ucap Puan Khadijah sambil tersenyum bahagia kerana akhirnya berjaya memujuk hati puterinya.

Hanya anggukan kecil dan lemah yang dibalas oleh Hana Meddina.
Tidak mampu baginya membalas dengan kata kata.
Hatinya bagai disiat siat.
Hanya mampu berbekalkan cekal, tawakal dan Redha.

Kurung rona krim bercorakkan mawar merah halus disarung ke tubuh.
Selendang merah hati di hias indah di atas kepala.
Tampak ringkas namun penuh dengan kelembutan serta keayuan.



Hana Meddina perlahan menuruni anak tangga.
Dilihat suasana yang meriah menghiasi ruang tamu rumah. satu dua tiga empat.
Empat wanita dan tiga lelaki termasuk seorang lelaki muda yang kelihatan menunduk memandang lantai dengan bersongkok hitam di kepala dan berkemeja biru.

'Adakah dia lelaki itu. Eh tak mungkin tak mungkin. biasanya mana ada lelaki datang ikut sekali dengan rombongan. Adik beradik dia kot.'
Hana Meddina berbisik sendirian. Kali ini dia terasa lega. Lega kerana ketiadaan lelaki yang dijodohkan buatnya.
Fuh!

Namun matanya tiba tiba terarah kepada satu susuk tubuh wanita.

'Haa.. Mawar. Eh kenapa dia ada kat sini. '
Bisik hatinya sekali lagi. Kali ini debaran terasa semakin laju. Entah mengapa kehadiran wanita itu membuatkan jantungnya seakan terhenti seketika.









HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now