Chapter 8

2K 63 7
                                    


"Eh! bukan yang malam semalam ke? "
Soal Hana Meddina sambil mengerutkan dahi kehairanan.
Entah bagaimana boleh terserempak dengan wanita itu semula.
Semalam wanita itu yang terlanggar tangannya sehingga terjatuh hirisan tembikai di dalam piring dan air minumannya.
Mujur lah tak kempunan.
Pagi itu dia pula yang ter landing tangan di dada wanita itu.
mujur juga tidak terkena pada bukit kembar, kalau tidak habislah bergegar tangan sampai ke esok belum tentu habis gegaran barangkali.
Ok seri satu sama!

"Hehe. Ye saya. Tapi, macam mana awak boleh ada kat sini? " Sahut dan soal wanita itu perlahan.

Mendengar suara wanita di sebelahnya sopan berbicara, Hana Meddina terasa lembut hati dan mempelawa wanita itu duduk bersama di kerusi hadapan.

"Rumah saya dekat dekat sini, kebetulan nak balik tadi, So saya singgah la makan dulu. Awak pulak buat ape kat sini? " soal Hana Meddina mesra.

Berbeza dengan sikap nya malam semalam yang jauh lebih garang dan tegas.
Semalam ibarat harimau jadian, hari ini bagaikan kucing jadian. Hentam sajalah labu.


"oh macam tu. Saya datang jumpa kawan saya, dia kerja kat sini. Katanya ada hal sikit. "
Ujar Wanita itu ramah sambil membetulkan kedudukannya. Nampak sedikit janggal dan kaku.

"Owh.Okay okay, jom lah minum sekali. " pelawa Hana Meddina mengubah topik. Dapat dirasakan ketidakselesaan wanita itu. Suatu keunikan pada diri Hana Meddina iaitu pandai meneka sikap manusia.

"Eh Tak pela, saya dah minum kat rumah tadi. Awak minumlah. Saya dah lewat ni, saya nak minta diri dulu ke dapur. Bye. " Tutur wanita itu lembut namun tegas lalu melambai mesra.

Pada firasat dan jangkaan Hana Meddina, Umur wanita itu dalam kiraan 20 ke atas. Ayu berselendang biru, ada lesung pipit di pipi kirinya. Berkening lebat semulajadi,
ada tahi lalat di pipi kanan dan bawah dagu.
Manis sekali!

Hana Meddina tersenyum mesrabsambil menggangguk tanda memahami kata kata wanita itu sambil membalas lambaiannya.

**********************************************

"Assalammualaikum mama." sapa Hana Meddina mesra sambil mencuit manja hidung mamanya, puan Khadijah.

"waalaikumsalam. Eh cepatnya Hana balik." jawab Puan Khadijah sambil mengesat matanya. Tidak sedar dirinya terlena di sofa biru kesayangannya.

" Temujanji cancel ma. Si Fazilah ada urusan keluarga kat kampung. Tadi Hana singgah kat Mak Jah cafe minum dan pekena roti canai. Ni Hana ada belikan mama roti canai dan kuih muih." Jawab Hana Meddina menjelaskan dan menyerahkan sebungkus roti canai dan kuih muih yang dibelinya di Mak Jah Cafe kepada mamanya tersayang, Puan Khadijah.

Puan Khadijah tersenyum dan mengambil bungkusan roti canai dan kuih muih itu seraya meletakkan di atas meja tamu.

"Terima kasih sayang mama. mama masih kenyang. pagi tadi makan nasi goreng kampung, kejap kejap lagi mama lapar mama makan."
Tutur puan Khadijah lembut sambil mengusap mesra rambut puterinya.

"Ye ma, kasih diterima. hehe. Baiklah ma. Hana nak naik atas dulu." sambung
Hana Meddina sambil tersenyum manja lalu meminta izin untuk masuk ke bilik.

'Mmuahhhhhh!'
Satu kucupan hinggap lagi di pipi kanan Puan Khadijah.

Sampai sahaja di dalam bilik, Hana Meddina menyalin pakaiannya dan menukar tshirt putih berlogokan FILA dan legging coklat koko paras lutut.
Ringkas dan selesa.

'BIP !'

Whatsapp berbunyi menandakan chat masuk.
Hana Meddina yang sedang menyangkut pakaian formalnya, cepat cepat menyimpan semula ke dalam almari.

'Alaa bukan kotor pun. Baru je pakai beberapa minit tak sampai pun berjam jam. '
bisik hati kecilnya.

Bukanlah dia malas mahu pun pengotor, namun kerana dia sendiri yakin tiada sebarang kekotoran, lebih baik berjimat fikirnya.
Itu lah yang sebaiknya.
Yakin dan pasti bersih dan wangi.


Setelah siap membersihkan makeup di wajahnya, Hana Medinna terus merebahkan badannya ke atas tilam sambil memejamkan mata yang terasa agak berat.
Namun tangannya tetap gigih meraba raba handphone disebelahnya dan terus membuka whatsapp.

' Hana please, i want to see u, dear. I need you. i have something very important to tell you.'

Hana Meddina mencebik bibirnya tanda meluat yang teramat. Dia tahu empunya nombor yang tiada bernama itu. Sudah pasti Diana Kamarulzaman, bekas kekasihnya yang menghantar chat di whatsapp itu.
Terasa sungguh meluat dan menyampah akan kata kata manis perempuan itu yang mengacau jiwanya yang baru sahaja ingin tenang.

Dibiarkan bluetick.

Dua minit kemudian.

'Hana, i tahu you dah baca but why you ignore my message. You know i miss you very much! Really miss you dear. I menyesal tinggalkan you dulu. I menyesal sangat sangat. Please dear, forgive me. Give me a chance and i promise to be loyal to you.'

Hana Meddina bertambah meluat membaca. Terasa panas matanya membaca ayat ayat sebegitu. Dia bukanlah perempuan yang senang senang cair dengan pujangga manis bergula.
Hana Meddina menekan butang block dan terus meletakkan handphone ke tepi semula.

" arghhhhhhhhh!!!!!"
Raung Hana Meddina sambil meraup wajah.
Terasa sakit hatinya apabila teringat peristiwa dahulu.

'Hana, i'm sorry. i terpaksa pilih Ash. I love her. i hope you faham. '

Airmata Hana Meddina tumpah mengalir laju. Di depan mata Hana Meddina, Diana KamarulZaman memilih pengkid itu. Tergamaknya wanita yang dicintainya tika itu menduakan cinta yang telah hampir 3 tahun lama terbina. Hana Meddina lari sejauh yang mungkin sambil mengesat airmata. Tidak disangka selama ini Diana sanggup menduakan cintanya.

Kalau bukan kerana Diana, mustahil Hana Meddina terlibat dalam cinta sejenis. Kerana dia, Hana terpesong. Kerana dia juga lah Hana meninggalkan teman lelaki nya suatu ketika dulu. Namun lelaki itu sememangnya patut ditinggal oleh kerana sikap panas baran dan cemburu buta.




Hana Meddina mendengus dan menghela nafas perlahan. Teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Hana Meddina malas mahu mengingatkan namun entah mengapa, peristiwa itu mengganggu benak fikirannya saat itu.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now