chapter 38

1.1K 44 5
                                    

tok tok tok!

Nur Mawar Aini menguak perlahan pintu bilik kakaknya, Nur Lili Aina.

Nur Lili Aina yang leka mendengar lagu di laptop silver jenama Acer trus mengangkat wajah lalu memandang ke arah adiknya yang sudahpun bersiap untuk keluar.

Bersarungkan blouse hitam beropolkan rona krim cair dan jeans kelabu serta diserikan dengan selendang hijau muda membuatkan keayuan adiknya tampak menyerlah.

" Kak, aku pergi dulu eh." Ujar Nur Mawar Aini lalu bersalaman dan disambut oleh kakaknya.

" Hati hati drive. jangan balik lewat sangat." Pesan Nur Lili Aina sambil mencium kedua belah pipi adik kesayangan. begitulah sayangnya dia pada adiknya.

Nur Mawar Aini tersenyum manja dan mengangguk.
lalu membalas ciuman kakaknya.

chupp!

merah pipi Nur Lili Aina penangan bibir milik adiknya.
nakal!

"bye kak!"Nur Mawar Aini melambai ke arah kakaknya lalu menutup semula pintu bilik.

**********************************************

"ku bersyukur memiliki kamu. ku bahagia ada disampingmu. Hati ini terasa tenang. Bila kau selalu bersamaku. ku terima kekurangan kamu. kau terima kekurangan aku. Lengkapilah lembar jalanku. untuk mengharungi di setiap langkah. Dari dalam hati kau takkan terganti sampai nanti aku mati. Dari dalam hati kau takkan terganti."

Perodua viva ungu metalic meluncur laju di atas jalan raya menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.

Sambil mendengarkan lagu di corong radio nyanyian kangen band itu, Nur Mawar Aini mengikut tiap bait lirik.
Terasa merdu pula suara nya petang itu.

'Ok done angkat bakul sendiri!'
Omelnya di dalam hati.

Jam di pergelangan tangan kirinya ditoleh seketika.
lima minit lagi ke angka 5 petang.

'Aduh! aku dah lewat nii. Agaknya dia dah sampai ke tak eh. '
Nur Mawar Aini berteka teki sendirian.

Perjalanan mengambil masa beberapa minit. Pada jangkaan dan perkiraannya tolak tambah darab bahagi pecahan, kemungkinan dalam sekitar jam 5.15 minit baru lah dia akan sampai ke destinasi.


*********************************************


15 minit kemudian.

"Sorry late."
Ringkas sahaja permulaan bicara petang itu.

Hana Meddina tersenyum manis. sambil mencubit manja pipi kanan miliknya.

" Hey! its okay babe. Tak lah lama mana."
Hana Meddina tergelak lucu melihat wanita kesayangannya yang terlihat termengah mengah.

Petang itu Hana Meddina ringkas mengenakan blouse satin merah hati dan padananan jeans biru muda. Rambut diikat sanggul menampakkan keanggunan si pemakai.

Nur Mawar Aini hanya tersenyum nipis.
Lalu menyoal perlahan.
" Dah lama ke awak sampai?" Mendatar saja nada suaranya sambil membetulkan selendang rona krim nya yang terjatuh ditiup angin.
Angin petang itu agak kuat. Namun cuaca hari itu tetap setia. Sesetia dirinya.

"Adalah dalam 10 minit macamtu. Takpela saya tak kisah lama mana pun. yang penting sekarang awak dah ada depan mata saya. Alhamdulillah." bisik Hana Meddina perlahan. Tidak mahu didengari manusia manusia yang berada di sekeliling taman itu.

ketara kepelikkan sekiranya dua wanita berbicara seperti itu.
Bimbang jika ada yang memandang serong. seserong dirinya.
Ops!

'Aku tak serong!
Aku condong sedikit.
sedikit je!'
Gumam Hana Meddina terasa lucu dengan imaginasinya.
sempat!

Nur Mawar Aini mulai tergelak kecil. Terasa berdebar hati saat kedua mata dihadapannya memandang tepat ke anak matanya.
Segera Nur Mawar Aini mengalihkan pandangannya. Tidak mahu direnung sebegitu.
Ah!
segan.

Hana Meddina yang dapat meneka gelora di hati wanita kesayangan di sebelahnya itu tersenyum nakal lalu mengusik manja.

"Kenapa beberapa hari ni macam tak da mood je. marah eh? sebab saya selalu busy then abaikan awak?" soal Hana Meddina sambil merapatkan tubuh.  Sengaja mahu mengusik dan menduga gelora di hati Nur Mawar Aina yang semestinya semakin meningkat naik.

" Er. er."
Nur Mawar Aini mulai rasa tidak keruan. Terasa bergetar seluruh tubuh saat didekati dengan rapatnya.
Mahu sahaja dia berlari melarikan diri. Namun belum sempat dia menyambung kata.

"Mmuahhhhhhh...!

Satu ciuman hinggap di pipi kanannya.
Nur Mawar Aini tergamam.
beku seketika.
Terbuntang bebola mata akibat terlalu terkejut akan tindakan wanita di sebelahnya.

Hana Meddina selamba badak. seolah tiada apa yang berlaku. Dia akui perasaan nya sukar untuk dikawal apabila duduk bersebelahan apalagi rapat seumpama itu.

Wajah Nur mawar Aini mulai bertukar rona kemerahan.
Ibarat terkena bahang sinaran matahari. Matahari tiada.
Ciuman yang menjadi punca.
Ciuman yang patut disalahkan.
Oh tidak!
Hana Meddina yang harus disalahkan. Saman terkejut beruk harus diberikan atas kesalahan mencium sehingga membuat jantungnya hampir tercopot manja.
Alahai.
Nasib sayang.

"Nak lagi ke?" Lembut sahaja suara Hana Meddina berbisik.
Nur Mawar Aini hanya menjeling manja. Malu menampar dinding hatinya.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now