Chapter 2

3.3K 97 2
                                    


"Haa. Bangun pun anak mama sorang ni. Dah gi mandi. Dah bau kerbau berkubah dalam parit dah tu. Rupa pun dah macam hantu kak Limah mama tengok. Dengan rambut mengerbang tak bersikat.
Haishh. Hana..Hana..
Dah cepat mandi. Kejap lagi tolong mama masak. Petang nanti kita ada tetamu istimewa."
Sapa puan Khadijah lembut apabila melihat kelibat puterinya melangkah perlahan menuruni anak tangga.

Hana Meddina yang masih kelihatan mamai, terlihat begitu lemah sekali melangkah sedikit demi sedikit menuruni anak tangga.
Kakinya yang masih terasa sisa kesakitan akibat terjatuh dari katil menambahkan lemah lagi gerak langkahnya.

Hana Meddina kemudian terus berjalan perlahan menghampiri mamanya yang anggun mengenakan busana muslimah rona jingga.

"Ala ma. kerbau kerbau pun mama tetap sayang kan? Hantu kak Limah pun popular apa. Belum sampai sebulan dah raih 20.5 juta dalam masa 11 hari je tayangan. Ha tak ke popular tu. Mama ada? Tak de tak de. hahahaha. "
Gelak Hana Meddina sedikit kuat, sakan mengusik mamanya.

" Eh ma, tetamu istimewa? Siapa pulak Hana kenal ke?" Belum sempat mamanya membalas usikan anaknya itu, Hana Meddina kembali bersuara menyoal.

Sempat puan Khadijah menghadiahkan satu jelingan dan cubitan pada lengan kanannya.
Hana Meddina kembali menyambung sisa tawanya yang terbantut sebentar tadi.

"Haish Hana ni bila bab berceloteh dan menjawab bukan main lagi. Disuruh mandi buat buat tak tahu. Tengok jam kat dinding tu tak lama lagi nak pukul 11 pagi. Tetamu istimewa tu rahsia. Hana tak kenal. Nanti Hana kenal laa petang nanti."
Jawab Puan khadijah sambil tersengih bila terbayangkan tetamu istimewa yang bakal berkunjung tiba.
Puan Khadijah yakin, kali ini pasti puterinya menyukai.

Hana Meddina turut tersengih mendengar bebelan mamanya lalu disertai dengan anggukan tanda faham akan kata kata Puan Khadijah.
Seterusnya, Hana Meddina membuat keputusan untuk menyegarkan badan.
Dia sedar dia kini hanyalah seekor kerbau dan seorang hantu kak Limah di hadapan mamanya.

'Tunggulah Hana dah cantik wangi nanti ma..' Getus Hana Meddina sendirian di dalam hati.

Jam di dinding menunjukkan angka 12:30 tengah hari.
Hana Meddina dengan pantas menyarung pakaiannya dan setelah siap merapikan diri serta memakai wangi wangian, Hana Meddina langsung menyambar jam tangan seterusnya mengenakannya dipergelangan tangan kiri dan kemudian memandang semula ke arah cermin meja solek kamarnya.

"Hmmm.. Cantik juga aku ni. Patutla ramai orang nak kat aku. Sampai bangla yang buat rumah kat depan tu pun hari hari nak number handphone aku. Ehh! tak kuasa aku. Kang tak pasal pasal aku jadi bangla jugak. Eeeee tak nak tak nak. "
Bebel Hana Meddina sendirian sambil memusingkan tubuhnya di depan cermin. Amboi, Perasan cantik la tu!

Hari itu Hana Meddina ringkas mengenakan seluar panjang rona kelabu dan tshirt rona merah hati. Rambutnya yang panjang disanggul tinggi.
Kemas dan cantik!

Hana Meddina melangkah keluar dari kamar beradunya dan menuruni anak tangga untuk mendapatkan mamanya dengan niat ingin membantu mamanya memasak di dapur.

"Mama!"
Hana Meddina menyergah manja mamanya yang leka mengacau masakan di dalam kuali.

"Opocot hantu kaklimah kau berjoget eh eh!".
Puan Khadijah sedikit terkejut dengan sergahan yang dihadiahkan oleh puterinya sehingga membuatkan tubuhnya melambung.
Nakal!

Hana Meddina terus ketawa lucu. Terasa seolah digeletek hatinya tika itu apabila terpandangkan aksi Puan Khadijah yang melatah sebegitu rupa.
Sempat Puan Khadijah menarik telinga puterinya sebagai ganjaran kerana berjaya membuatkannya melatah semula hari itu.
Sempat Hana Meddina mengelak manja namun lantas memeluk erat pinggang Puan Khadijah dari belakang.

"mmuahhhh..........
saaaaayaaaaang mama! "
Hana Meddina mengucup lembut pipi mamanya yang tercinta.

Di luar cuaca kelihatan panas terik. Dapat dirasakan bahangnya di dapur tika itu. Namun terasa sejuk sekali hati Puan khadijah bila pipi tuanya dikucup mesra dan manja oleh puteri kesayangannya sekaligus berjaya menewaskan panas bahang matahari yang dirasakan tengah hari itu.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now