chapter 55

1.1K 42 1
                                    

"LiLi..Lili.."
Kejut Hana Meddina perlahan. Bimbang sekiranya wanita awal 30an yang sedang meringkuk kesejukan di atas kerusi ruang menunggu terkejut.

" Eh. Hana. Dah pagi ke sekarang?" Soal Nur Lili Aina sambil menggosok mata dan memandang sekeliling.

Suasana di sekitar ruang menunggu bilik ICU kelihatan agak sibuk dengan para penjaga pesakit yang lain. Kelihatan cleaner mula menjalankan tugas menyapu dan membersihkan apa yang patut.

Di suatu sudut kelihatan anak kecil merengek sambil menghisap botol susu. Ibunya tergesa gesa bangun lalu gigih memujuk anaknya.

Di lain sudut pula kelihatan seorang pakcik tua berkaca mata duduk bersilang kaki sambil menyanyi kecil.
Kedengaran seperti lagu raya.
Mungkin pakcik itu tidak sabar hendak raya barangkali.

" Aah Lili. Dah pukul 8 pagi. Saya kejap lagi nak masuk kerja. Saya singgah kejap sini nanti rehat saya datang lagi. Nah ni ada air dan kuih sikit. Lili makanlah." Ujar Hana Meddina tersenyum mesra.
Sayu hati melihat kakak kepada wanita kesayangannya yang tertidur meringkuk di atas kerusi.

" Eh doktor ada cakap apa apa tak? "
Soal Hana Meddina semula.

"Belum lagi Hana. Dari semalam tak ada apa apa lagi berita. mungkin pagi ni agaknya. Mawar pula masih belum sedarkan diri. sabar ajelah Hana. Dah nasib macamni. Allah tu nak menguji kita sebagai hambanya sejauh mana iman dan kesabaran kita untuk menghadapi ujian dari NYA. Eh buat susah susah je. thanks."
Jawab Nur Lili Aina sedikit lemah sambil tersenyum dan  menyambut bungkusan plastik hitam yang dihulurkan Hana Meddina.

"Ye Lili. Kita harus bersabar dan terima semua ni sebagai ujian juga dugaan. Allah tu maha berkuasa. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.
Eh tak de hal la Lili. makan tau jangan tak makan. okay lah jam pun dah lewat sekarang saya nak gerak dulu nak masuk kerja dah. take care tau. kalau Mawar sedar nanti sampaikan salam pada dia. " Tutur Hana Meddina lembut sambil mengenggam erat jemari Nur Lili Aina sebagai penguat semangat untuknya supaya terus bersabar.

Nur Lili Aina mengangguk perlahan.
segaris senyuman akhirnya timbul pada bibir halusnya.
Lega hatinya bila ada yang sudi menenangkannya di saat dia memerlukan sumber penguat semangat.

Hana Meddina mengorak langkah ke pintu ICU mahu menjenguk keadaan wanita kesayangannya seketika. Tak sampai rasa hatinya tanpa harus menjenguk wanita kesayangannya.

Dengan langkah yang teratur, rambut yang disanggul kemas, berbaju formal blazer rona hitam kebiruan serta slack hitam pekat, Hana Meddina tampil anggun dan bergaya.

Airmata menitik satu demi satu tatkala terpandang wajah yang amat dirindui.
Lantas digenggam erat jari jemari yang masih tidak bergerak.

Langkah diatur semula lalu dihampiri ke wajah yang kelihatan masih tiada perubahan. lesu dan sayu.

" Heartie teddy. I really miss you. Bangunlah sayang. kami semua rindukan awak. Mama pun kirimsalam pada awak. Awak kena sembuh macam dulu balik. Tanpa awak hidup saya rasa tak bermakna. saya sayang awak." bisik Hana Meddina perlahan. Tidak mahu didengari jururawat yang berada di situ.

kucupan hangat singgah di dahi Nur Mawar Aini.
lama.

******************************

" Sherry, kau tahu tak macam mana nak buat ni. aku blur la." Tanya Hana Meddina sambil menampar kuat bahu Sherry yang leka menghadap monitor.

" Opocot t*tek sajat eh sajat tak ada t*tek. eh eh. hishhh hang ni Hana buat aku terkejut jela. Aku tengah fokus tengok drama favourite aku hang pulak kacau daun. Ha apa dia meh aku tengok." Latah Sherry spontan apabila terkejut merasakan ada tamparan kuat hinggap pada bahu kirinya.
mujur tidak terpelanting bulu mata palsunya yang lentik selentik bulu mata Rozita Che Wan itu.

Hana Meddina tergelak kecil sambil menggeleng kepala.

"Pandanglah aku.. hembuskan nafasmu.. kerana aku amat rindu kan mu.. janganlah jangan kau jauh dariku ....."

Handphone Hana Meddina berdering syahdu menandakan ada panggilan masuk.
Ringtone lagu favourite nya telah ditukarkan sejak malam tadi. Lagu yang mana membuatkan hatinya teringat pada wanita kesayangan. Bukan sekadar kesayangan bahkan wanita yang amat dicintainya.

Tertera pada skrin nama yang terpacul Mikah Iqqasha.
Sahabat dan teman yang sudah lama menghilangkan diri.
Semakin sibuk dengan girlfriendnya.
Begitulah ragam orang yang hangat bercinta.

" Hello...Ha Mikah ada apa kau call ni.? " Soal Hana Meddina sambil mengerutkan dahi memikirkan apa yang hendak disampaikan temannya.

" Hello. ha Hana. Aku nak jumpa kau petang ni boleh tak?"
Jawab suara di corong speaker itu laju. Seolah tergesa gesa.

"Aku kerja la Mikah. petang ni lepas abis kerja aku nak pergi hospital. Lain kali jela eh. kau kenapa macam cemas je macam ada benda penting je? cakap sini tak bole ke? " Jawab Hana Meddina pula sambil berlalu ke tempat duduknya sendiri.

Sherry terpinga pinga.
Lalu kembali menghadap monitor nya.

" Kau pergi hospital kenapa Hana? Ala. tak bole ke. hmmmm. tak. aku ada masalah sikit la. aku tengah sedih sangat sekarang ni. aku tak tahu nak buat apa dah aku rasa nak mati jee."
Mikah Iqqasha bersuara serak serak basah di dalam talian.

" Haishh kau da kenapa nak mati bagai. Dah gila? kalau gila aku hantar kau kat tanjung mempelam. Kau ni merepek jela. Apa sebenar masalah kau ni. Cakap jela. " sengaja Hana Meddina mengelak soalan yang diutarakan teman baiknya.

" hmmm. aku dah clash dengan girlfriend aku. Dia tipu aku. aku tak bole terima apa yang dia dah buat pada aku. Aku sayang dia tapi ini yang aku dapat Hana. Aku layan dia baik baik. Aku bagi apa yang dia nak. tapi why why why dia buat aku macamni. arghh! aku tak tahu dah nak buat apa. hati aku sakit sangat Hana. sakit!"Luah Mikah Iqqasha bersama sendu yang tidak tertahan.

Hana Meddina menarik nafas perlahan. memikirkan apa yang harus diungkapkan bagi menenangkan temannya yang sudah hilang kewarasan itu.

" kau tenang dulu Mikah. dengar kata aku ni baik baik okay. ingat aku cakap sekali je tau. Aku tak nak ulang banyak kali. kau tau kan aku macam mana. Okay, pertama kau kena Redha. kau kena terima hakikat hubungan macam kita ni tak kan kemana pun Mikah. kedua kau kena sabar. kau tau kan sabar ni memang dianjurkan dalam Islam? Ingat biar orang buat kita. jangan kita buat orang dan yang ketiga kau berbalik lah pada Allah. minta DIA tabahkan hati kau. kuatkan hati kau tu. jangan lemah dan bodoh sebab orang yang tak menghargai kau Mikah. kau kena bangkit dari mimpi ngeri. aku tak bole lama ni. aku banyak kerja nak diuruskan. kau fikir la baik baik apa aku nasihatkan."
panjang lebar tazkirah pagi dari Hana Meddina. Lega rasanya berjaya melontarkan kata kata yang dirasakan mampu menenangkan hati Mikah Iqqasha.

" baiklah aku dengar nasihat kau. aku kena kuat. aku kena bangkit dan buktikan aku bole hidup tanpa dia! thanks Hana."
Ucap Mikah Iqqasha dengan suara yang sudah mulai bersemangat.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now