"semalam bobo dimana.. bobo sama siapa ngapain aja."
Hana Meddina yang leka membelek newsfeed facebook terkesima apabila mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya.
"Sape pulak yang call ni.." gerutu Hana Meddina sendirian lalu menekan butang answer. memikirkan kebarangkalian ada perkara penting.
"waalaikumsalam.." Jawab Hana Meddina perlahan.
"Oh..Wan. saya er.. saya sihat. duduk duduk je ni baru je lepas makan."sambungnya lagi.
"Erm. Okay. nanti saya sampaikan. waalaikumsalam."
Hana Meddina menarik nafas lega. Lega rasanya apabila lelaki itu cepat cepat mahu mematikan perbualan. Tidak mahu rasanya berbual lama. Biarpun Izzwan Miqael adalah sahabat zaman sekolahnya, namun sejak tingkatan 3 mereka berpisah setelah Hana Meddina berpindah ke Kuala Lumpur. Dan setelah itu jarang sekali mereka berhubung walaupun melalui telefon. Terasa janggal kini menyelubungi dirinya. Begitu juga Izwan Miqael. keduanya seakan baru berkenalan. Malu malu kucing,
segan segan daun semalu.Bip!
Notification whatsapp dibuka.
"Awak dah bersedia ke nak jadi isteri saya?"
Gulp!!
Hana Meddina buntu. Tidak tahu harus membalas apa. Dibiarkan bluetick.
Hana Meddina membuka semula chat Nur Mawar Aini.
Namun tiada lagi balasan yang diterima.
Gusar hatinya memikirkan.'Marahkah dia padaku'
Detik hatinya sendirian."Elokla tu. aku bluetickkan orang. orang pula bluetick kan aku.
Syabas!Hana Meddina mencapai kopi yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya, kemudian dibawa ke bibir lalu dihirup perlahan.
Hilang sudah rasa panas pada aroma kopi kesukaannya itu.'Ah! sejuk pun sejuk la. hantam saja labu ' Omelnya.
'Dah lama aku tak nampak status dari mawar mewangi. Ke mana kah dia?' bisik hatinya sendirian.
'Eh aku yakin Mawar mewangi adalah orang yang sama dengan Mawar yang aku kenal. Okay okay. bila ada masa yang sesuai aku akan tanya pada dia.'
Hana Meddina bermonolog sambil memandang dinding kamarnya.Bip!
satu lagi notification berbunyi ringkas masuk lalu dibuka dan dibaca.
"Saya nak jumpa dengan awak petang ni kat tempat biasa pukul 5."
Hana Meddina tersenyum. Terasa berbunga hatinya tatkala membaca chat dari seorang wanita yang dicintainya.
Tanpa membuang masa Hana Meddina menaip kata untuk dibalas." Okay. Petang ni kita jumpa. Saya rindu awak. love you, Mawar."
Butang sent ditekan!
Terasa berdebar hati menusuk ke pengkalan jiwa saat itu. Terasa sejuk kaki dan tangan dirasai.
setiap kali menerima chat dari wanita kesayangan itu pasti hatinya berdebar laju lebih lebih lagi membayangkan pertemuan mereka petang nanti. Tidak sama apabila menerima chat dari Izzwan Miqael.
Hambar. kosong.************************************
Nur Mawar Aini POV
"Kak, petang ni aku nak keluar kejap. kau ada nak kirim apa apa tak?"Tanya Nur Mawar Aini sambil menyikat rambutnya di hadapan cermin ruang tamu.
"Kau nak pergi mana dik?"
Soal Nur Lili Aina."Aku nak keluar kejap dengan kawan. lama dah tak lepak sama."
Balas Nur Mawar Aini.
Bohong sunat! ala bohong sikit je. sikit je."kawan mana? siapa nama dia? aku kenal ke?" Soal Nur Lili Aini tegas. Nur Mawar Aini adalah amanah yang harus dia jaga. Dia tidak mahu lepas tangan dalam menjaga serta melindungi adik kesayangannya. Teringat akan pesan ayah.
"Lili, Kau kat sana. Tengok tengokkan adik kau. Jaga dia baik baik. Dunia sekarang bahaya. Jangan mudah percayakan orang yang tak dikenali. jangan keluar dengan orang sebarangan. ingat pesan ayah ni nak."
Nur Lili Aina tersentak dari lamunan.
" Dengan Hana kak. Kan kita ada terserempak dengan dia masa dekat mall haritu." jawab Nur Mawar Aini yakin. Dia tahu Kakaknya bimbang akan keselamatannya. Dia sendiri selalu berwaspada dalam kesibukan dan kepesatan kota itu.
"Oh yang pakai spek badan tinggi lampai tu eh"?
Nur Lili Aina kembali menyoal." Ha ah kak dia lah. kawan aku." jawab Nur Mawar Aina pula sambil menyikat rambutnya yang sudahpun sedia tersisir rapi.
Dicapai selendang rona krim di atas sofa dan dsarung ke atas kepala yg sudah pun siap tersanggul rapi.
" ohh okay okay. keluarlah. nanti kirimsalam dengan dia. baik baik keluar nanti."
Tutur Nur Lili Aina lembut.
Hilang sudah ketegasan pada nada suaranya. pasti hilang bersama gerakan angin yang meniup dedaunan di luar rumah.Jam di dinding menunjukkan pukul 2 petang. 3 jam lagi ke angka 5.
Cuaca hari itu agak cerah. Tidak terlalu panas. dan tidak menunjukkan tanda henda hujan.
Langit kebiruan dan tompok awan keputihan menghasilkan satu pemandangan yang mendamaikan.
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomanceHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...