chapter 53

1K 43 0
                                    

Tok! tok!

"Assalammualaikum.."
Nur Lili Aina mengetuk pintu sejurus salam diberi.

Hana Meddina yang mendengar cepat cepat mencelah.
"Doktor cina laa Lili."
Ujar Hana Meddina perlahan separuh berbisik.

Sememangnya usia mereka adalah sama.
sama tahun namun berbeza bulan serta hari.

" Laa ingatkan muslim tadi Hana." balas Nur Lili Aina sambil menolak pintu bilik itu.

Hana Meddina turut mengiringi lalu mendapatkan tempat di sebelag Nur Lili Aina.


" Doktor, saya kakak kepada Mawar iaitu pesakit tadi. Boleh saya tahu macam mana dengan keadaan dia sekarang?"
Soal Nur Lili Aina dengan nada sayu. Airmata yang ditahan sejak berita itu disampaikan tidak mampu tertahan lagi. Nur Lili Aina mengesat airmata menggunakan hujung tudungnya. Hana Meddina yang berada di sebelah lantas menenangkan.

"Pesakit sekarang masih berada di dalam ICU. keadaan dia agak kritikal dan masih koma. Hentakan kuat pada kepala membuatkan keadaan pesakit agak parah. pesakit kehilangan banyak darah. Dan memerlukan darah dari penderma. Besar kemungkinan juga pesakit akan hilang ingatan disebabkan gegaran dan hentakan kuat pada otak. Tetapi cik jangan terlalu risau dulu. Apa apa keputusan nanti kita boleh dapat balik bila pesakit sudah sedar."
Jelas Doktor Elizabeth Tan kemudian membuka membuka cermin matanya yang dirasa sedikit berkabus.

Dunia terasa gelap. Nur Lili Aina meraup wajah kebingungan. Hana Meddina turut terkesan sama. Airmata kedua mengalir laju. Tidak diendahkan lagi doktor yang memandang di hadapan.

"Jadi sekarang macam mana doktor. Boleh tak saya nak derma darah untuk adik saya. Darah saya jenis AB? "Soal Nur Lili Aina semula.

" Maaf darah cik tidak sesuai untuk pesakit. pesakit memerlukan penderma berdarah O atau berdarah A sahaja. Cik Ada bawak buku kesihatan pesakit? Saya mahu cek untuk pemeriksaan lanjutan. Kamu berdua boleh tunggu di luar bilik ICU. jika mahu melawat tunggu masa yang sesuai tetapi hanya satu orang. Tidak boleh berduaan. " jelas Doktor Elizabeth Tan panjang lebar.

Nur Lili Aina pasrah lalu mengeluarkan buku kesihatan adiknya lalu diserahkan kepada Doktor Elizabeth Tan yang manis tersenyum memandang ke arah mereka.

" Baiklah doktor. kalau macamtu. kami minta diri dulu. Apa apa nanti tolong beritahu kami. Terima kasih " Usul Nur Lili Aina lalu menyentuh bahu Hana Meddina sebagai isyarat untuk keluar.

Doktor Elizabeth Tan mengangguk. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.
Sebagai doktor dia tidak mahu kelihatan muram. Meskipun perkara yang dilalui terasa sukar dan berat. Baginya senyuman tetap harus dilemparkan. Kerana mengikut psikologi senyuman bisa mengurangkan kesedihan dan tekanan.

Hana Meddina mengiringi langkah Nur Lili Aina. Lalu mendapatkan kerusi di depan bilik ICU yang berada di tingkat bawah berhampiran bilik surau.

"Hana, saya nak solat asar kejap. Hana boleh solat tak ni? kalau tak, saya solat dulu. apa apa hal nanti info okay. kita sama sama doa untuk kesembuhan Mawar." Ujar Nur Lili Aina sambil memegang bahu milik Hana Meddina.

" Lili solat la dulu. saya tengah uzur. okay. if ada apa apa nanti saya info pada Lili. Yups kita berdoa sama sama untuk Mawar.inshaallah semua baik baik je. Saya yakin." Tutur Hana Meddina lembut menenangkan. sekaligus menenangkan hatinya yang turut dicengkam sayu.



*******************************

tok! tok! tok!

Hana Meddina menolak perlahan daun pintu.

" Doktor, boleh saya duduk."
Tanya Hana Meddina sopan meminta izin untuk duduk di kerusi berhadapan.

" Ye boleh silakan. Ada apa cik?" Soal Doktor Elizabeth ragu ragu.

" Er. Doktor. Er. Saya nak derma darah saya untuk Mawar." Jawab Hana Meddina sedikit terketar ketar. Bimbang sekiranya tidak dipersetujui.

"Oh ya ya. tapi boleh saya tahu darah cik golongan apa. kalau sesuai boleh tak ada masalah. tapi kalau tak sesuai saya pun tidak dapat berbuat apa. ?"
Soal Doktor Elizabeth Tan.

"Saya berdarah O . setahu saya doktor memerlukan penderma berdarah O?" Ujar Hana Meddina. Berharap supaya dipermudahkan segalanya.

" Oh ya ya baguslah kalau begitu. ya saya memerlukan penderma berdarah 0 kerana pesakit berdarah A. Mujurlah cik berdarah O kerana mereka yang berdarah O boleh menderma kepada semua kumpulan darah. Tetapi kumpulan O hanya boleh menerima darah dari kumpulan O sahaja." Terang Doktor Elizabeth bersama kelegaan pada raut wajahnya. Hana Meddina yang mendengar turut tersenyum lega.


Hana Meddinasedia maklum mengenai syarat syarat penderma dan penerima darah juga jenis jenis darah.
oleh itu dia tidak lagi menyoal. yang pasti kini dia sudahpun lega meskipun cuma hanya 20peratus. selebihnya hanya doa yang dipohon kepada Illahi. semoga ada sinar keajaiban.


'Teddy... saya tunggu awak...'
bisik Hana Meddina sendirian.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now