Chapter 15

1.7K 57 2
                                    

" oi Hana. Amboih awat hang dok senyum senyum lagu tu. Pasaipa ada marka usha hang ka."
Sergah seorang mat lembut membuatkan handphone yang berada kemas di tangannya hampir terpelanting.

" oit Sajat eh Sherry ! Kejut aku. Atleast bagi la salam dulu. " perli Hana Meddina membalas usikan Sherry, yang juga adalah rakan sekerjanya.

" amboihhh hang Hana dok kata aku Sajat . Aku bukan sajat okay aku Sherry. S.h.e.r.r.y . Sherry Shantik. Dahla baik aku pi sambung buat keja dari layan hang ni."

Hana Meddina tergelak besar Lalu kembali menatap skrin handphone nya.

Ada chat masuk.

" Hye too. Siapa.ni eh? 🤔"
-15:18-

Hana Meddina tergelak kecil sambil menepuk meja. Terasa geli hati menahan tawanya.
Sudah gilakah dia.
Oh tidak dia masih waras.

Hana Meddina membalas.

' Dey tambi mau beli karpet ka. Saya ada jual itu karpet macam macam warena ada. Ada mirah, ada biru,  ada hijjau macam macam ada , jengan bimbang semua cantik cantik bilaka."

Hana Meddina menekan butang sent dan terus menyambung gelaknya. Terasa amat lucu kerana berjaya mengenakan wanita itu.
Sengaja dia meniru gaya percakapan tambi.untuk menambahkan dan memberikan kesan fakta pada lakonannya.


"BIP!

Ada chatmasuk lagi.
mungkinkah wanita itu lagi.

' Haha oi tambi . Saya tak nak beli karpet. Sila jual karpet anda pada orang lain. By the way siapa ni please laa jangan main main. kalau tak saya block! -15:18-


Hana Meddina yang sedang menghirup kopi hampir tersedak. Sedikit lagi kalau gagal dikawal pasti tersembur kopi yang sudahpun setengah berada di dalam mulutnya.

' Hahahahhaha !!!'

Hana Meddina ketawa besar. Semua yang berada di situ memandang hairan.
Hana Meddina tetap bersahaja.
Entah mengapa hari itu hatinya rasa terlalu gembira.

Dengan sisa senyum yang masih ada, Hana Meddina segera membalas.

' Hahahah. Saya lah Hana. Tak ingat dah ke? Tadi awak jugak yang bagi number kat saya. '

Hana Meddina menekan butang sent lalu kembali menyambung kerjanya semula.
Dia menghela nafas perlahan lalu menghirup sisa kopi yang berada di dalam cawan di hadapannya bersama senyuman yang masih tersisa di bibir merahnya.

**************************************

Nur Mawar Aini POV

   " Okay dik. Jom balik. Alhamdulillah hari ni ramai pelanggan kita. Malam ni kita keluar nak. Kita keluar makan. "
Tutur Nur Lili Aina ceria sambil mengemaskan meja kerja nya.
  
Nur Mawar Aini yang leka bermain dengan handphone nya  hanya berdiam tanpa suara.

" oi, Mawar! Dengar ke tak?" soal Nur Lili Aina semula dengan geram apabila melihat adiknya yang masih tersengih keseorangan.

"Haaa.. Dengar dengar dengar. Okay , malam ni kita keluar."
Sahut Nur Mawar Aini dengan senyuman yang sedari tadi menghiasi bibirnya.

Entah apa yang melucukan baginya, sedari tadi leka bermain handphone.
jika dibaling menggunakan bom , entah sedar atau tidak.
Terlalu khusyuk.

Nur Lili Aina mengangguk tanda berpuas hati kerana ajakan nya kali itu mendapat respons yang baik. Hilang sudah rasa geram apabila melihat senyuman manja adiknya.
Siapa yang tak sayang adik!

Setelah selesai mengemas butik, Mereka berdua melangkah keluar setelah memastikan semua dalam keadaan selamat dan rapi.

" kak, tak jadilah malam ni. aku rasa macam tak sihat badan lah. Campur lagi dengan senggugut. Kita pergi lain kali je la eh"
lontar Nur Mawar Aini lemah sambil memegang perut dan dahinya. Nur Lili Aina mula dilanda kebimbangan.
Melihat adiknya seakan lemah tidak bermaya.
 
" Baiklah dik kalau macamtu malam nanti masak kat umah jela. Okay tak ni? kalau tak ok kita pergi klinik sekarang"  Tanya Nur Lili Aina dengan seribu kerutan pada dahinya sambil memegang lembut bahu adiknya.

Nur Mawar Aini hanya menggeleng lemah.
Hanya mahu balik dan berehat di rumah.

***********************************************

" Assalammualaikum, Ma" sapa Hana Meddina perlahan di telinga mamanya, puan Khadijah.

"Waalaikumsalam. Balik dah anak mama."
Sahut Puan Khadijah lembut. usai bersalaman dan bermanja, Hana Meddina meminta izin untuk berehat.

Jam ketika itu menunjukkan pukul 6:45 petang.

Hana Meddina menyalin pakaian dan bertuala lalu merebahkan tubuhnya ke atas tilam.
Penat!
Dia mencapai handphone di sebelahnya lalu membuka whatsapp.

Tertera pada notification nya,

~Mawar🌹~
'Ohh, Hana eh. Sorry ingatkan siapa la tadi. Lagipun saya tak sangka awak sudi chat saya.  by the way, thanks sudi chat😝
-15:20-

Hana Meddina tersenyum lebar. Hatinya seakan melonjak girang.

' Aku yakin dia dan Mawar Mewangi orang yang sama. Yes! Sure. Instinct  aku tak pernah salah.'
bisik Hana Meddina sendirian lalu bingkas bangun untuk mandi sambil menggeliat.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now