chapter 56

1K 40 3
                                    

Hana Meddina meluncur laju menuju ke Hospital Ampang. Masa rehat adalah masa untuk melepaskan rindu pada wanita yang amat dirinduinya.

Sudah sehari suntuk Hana Meddina tidak menjamah nasi mahupun roti. Hanya air yang berjaya menempatkan ruang pada anak tekak dan lorong ususnya.

Setelah sampai di simpang Hospital, Hana Meddina memberi signal seterusnya mencari parking kosong berhampiran bangunan hospital.

Usai meletakkan keretanya, Hana Meddina melangkah laju menuju ke ruang legar hospital dan kemudian menuju ke depan bilik ICU.

"Lili, macam mana? Mawar dah sedar?"
Hana Meddina bersuara lemah dan tercungap cungap menyoal.
kepenatan dirasai semasa melalui perjalanan menuju ke ruang depan bilik ICU itu

" Belum lagi Hana. doktor kata masih belum ada tanda tanda nak sedar. Doktor kata lagi se.. se.. sekarang Mawar.. Ma. Mawar..... "
" Airmata mengalir deras pada pipi bulat Nur Lili Aina.

Hana Meddina mencelah laju sambil memegang kedua belah bahu Nur Lili Aina.

" Mawar ? kenapa dengan Mawar?? " soal Hana Meddina cemas.
Nur Lili Aina hanya tertunduk memandang lantai sebelum kembali bersuara.

" Lili jawablah. kenapa dengan Mawar. kenapa dengan dia Lili. kenapa?" Hana Meddina menyoal semula. Bahu Nur Lili digoncang perlahan bagi menyedarkannya supaya mahu bersuara.

"Doktor ka..kata.. Peluang Mawar  tipis. 50:50.  " Nur Lili Aina menyembamkan wajah pada dada Hana Meddina. Tiada siapa lagi tempat untuk meluahkan perasaannya tika itu.

Keluarga di Sarawak sudahpun di maklumkan.
Jam 1 petang ini penerbangan ke kuala Lumpur akan berlepas dari airport Kuching Sarawak.

" Hah! " Hanya sepatah kata yang keluar dari bibir Hana Meddina tika itu. 

Dunia terasa gelap...
Akhirnya Hana Meddina rebah di hadapan Nur Lili Aina.

Nur Lili Aina yang melihat terus dilanda kecemasan lalu melaung memanggil  doktor yang berada di situ.

" Doktor.. Doktor..."
laung Nur Lili Aina kebingungan.
Bertambah gusar pada hatinya. Kepalanya kini terasa semakin berat dengan beban yang  tidak mampu untuk dipikul.

Dua orang doktor berlari laju menuju ke arah mereka. Seorang lagi mengambil katil sorong dari dalam ICU lalu diletakkan Hana Meddina di atas katil dan disorongkan ke bilik kecemasan.

Nur Lili Aina buntu. Tidak tahu hendak berbuat apa.
Pada siapa hendak dibagitahu sedangkan dia sendiri tidak mengenali Hana Meddina secara rapat.

Terpandang handbag silver di atas kerusi bersebelahannya. Lalu dengan lafaz bismillah tangan membuka perlahan zip yang tersarung.
Niat hanyalah untuk mencari cara bagaimana untuk menghubungi keluarga Hana Meddina.
Handphone milik Hana Meddina dijumpai lalu dibuka.
Namun hampa.
Ianya
memerlukan password.

Nur Lili Aina meletakkan semula ke dalam handbag lalu menyandar lemah di dinding hospital.

' Ya Allah ya Tuhanku. Apalah nasib ku. Kenapa aku diuji sebegini. Harus apa yang aku lakukan ya Allah. '


********************************

45 minit kemudian.

" Hello puan. kawan puan tadi suda sedar. dia ada dekat wad kecemasan. Tengah tambah air. kejap lagi boleh suda balik. dia mengalami tekanan darah tinggi sekaligus gastrik yang menyerang membuatkan tubuhnya lemah dan kekurangan air dalam badan. Tapi sikarang suda okay. puan boleh suda pergi tengok dia."
Jelas Doktor lelaki pertengahan 40an berbangsa tamil itu sambil tersenyum manis. Tertera nama pada nametag nya.
Dr Santesh Kumar.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now