chapter 60

1.2K 39 1
                                    

Usai sahaja menjamu selera,
Hana Meddina dan Nur Mawar Aini melangkah menuju ke tempat letak kereta.
Jam menunjukkan ke angka 10 malam.
Malam itu langit disinari sang rembulan indah.

Setibanya di kereta,
Nur Mawar Aini melangkah masuk ke tempat duduk bersebelahan Hana Meddina.

"Seatbelt dah pakai belum?" soal Hana Meddina agak tegas sambil memeriksa.
" Laa belum pakai lagi. Meh nak pakaikan."
Omel Hana Meddina sendirian sambil tertunduk tunduk.

Nur Mawar Aini ketawa lucu.  Terasa diperlakukan seperti kanak kanak.
Hana Meddina geram lalu mengucup bibir milik kesayangannya. 
Namun tidak lama.

" Ha gelak lagi."
Ujar Hana Meddina tegas.

Nur Mawar Aini terpana seketika.
Lalu terdiam merenung keluar tingkap.
Merah padam mukanya menahan malu.  hatinya kian berdebar.

Lampu kereta dinyalakan dan aircond dipasang.
Hana Meddina memulakan perjalanan menuju ke rumahnya.
malam itu dia mahu wanita kesayangannya setia berada disampingnya.

"  Sempurna.. apakah maknanya mungkin sekadar rasa yang dijanji seketika. Cintaku benar untuk dia....."
Hana Meddina mengikuti bait lirik lagu yang terpasang di corong radio.

Dikerling wanita yang sedari tadi terdiam kaku di sebelahnya.
Dicapai tangan milik bidadarinya lalu diusap perlahan.

"Teddy, kenapa ni sayang? marah ke?"soal Hana Meddina.

" Tak la .. cuma sedih."
jawab Nur Mawar Aini lemah.

" Laa sedih kenapa ni?"
Ujar Hana Meddina mencuit dagu.

" Saya terkilan ayah dan kak Orkid tu balik cepat sangat. "Jawab Nur Mawar Aini perlahan.
Ada nada gusar kedengaran.

"Ohhh.. pasal tu. Dorang balik sebab si Faiq dengan Fifiey nak sekolah. Takpela nanti ada masa kita balik Sarawak okay." Tutur Hana Meddina lembut memujuk wanita kesayangannya.

Nur Mawar Aina kembali tersenyum.
Hilang sudah kesedihan yang dirasakan.

Hana Meddina sekali lagi memanjatkan syukur ke hadrat Illahi atas kesembuhan Nur Mawar Aini.
Benarlah apa kata doktor Elizabeth Tan. 
Ia cuma sementara saja. Bukan hilang ingatan buat selama lamanya.
Dan terbukti kini wanita di samping nya sudahpun mampu mengingati banyak perkara.
Lega sungguh hatinya.
Hanya satu perkara yang mungkin belum mampu diingatinya.

" Saya ngantuk laa.." ujar Nur Mawar Aini ringkas.

"Tidurlah Teddy. sampai nanti saya kejutkan." ujar Hana Meddina tersenyum melihat gelagat bidadari hatinya.

Nur Mawar Aini hanya mengangguk lemah.

Hana Meddina meluncur laju menuju ke rumahnya. lebih kurang 15 minit lagi maka tibalah ke destinasi. Meskipun pemanduan cukup laju dirasakan namun
Keselamatan jalan raya tetap diutamakan. Yang penting harus cekap dan fokus.

********************************************

Hana Meddina yang baru sahaja menyapukan losyen pada tangan lantas menepuk nepuk bantal lalu merebahkan kepalanya.

" Arhhhh! penatnyaa." Hana Meddina bersuara mengejutkan Nur Mawar Aini yang leka meniarap menghadap handphone nya.
Mujur saja tiada kerosakan semasa kemalangan tempoh hari. Cuma sedikit keretakan pada screen protector.

"Buat apa ni Teddy ?" soal Hana Meddina turut menjengah kepala menjenguk apa yang sedang dilakukan wanita kesayangan.

" Eh saya ada satu perkara nak tanya. Dari dulu lagi saya nak tanya. tapi tak ada peluang dan kesempatan." Usul Hana Meddina sambil mencium pipi kanan Nur Mawar Aini.

" Erm..wanginya sayang kite ni.." Puji Hana Meddina.

Nur Mawar Aini tersenyum nakal.
" Sayang kite ni lagi wangi. mmuahhhhh.." Giliran Nur Mawar Aini pula mencium pipi kiri Hana Meddina.

" Adakah awak dan Mawar Mewangi tu orang yang sama? " soal Hana Meddina mengerutkan dahinya.

" Heheehe ye Mawar mewangi tu saya la. baru tahu ke butterfly?" kata Nur Mawar Aini sambil menjelirkan lidah.

" Amboii main jelir jelir lidah nampak. haaa dah agak dah..." Jawab Hana Meddina lalu merangkul erat tubuh wanita kesayangan yang sudahpun bariing menelentang.

Mereka berdua bergelak tawa sambil berguling gulingan di atas katil.

"  Eh Teddy, Ada sesuatu yang  saya nak maklumkan. " tutur Hana Meddina lembut memandang ke arah bidadari kesayangannya yang berbaju tidur biru muda disebelahnya yang kembali menyambung bermain handphone.

" Apa dia cakapla.." Jawab Nur Mawar Aini selamba.
Acuh tak acuh.

" Teddy ,letak dulu handphone tu. Dengar baik baik apa yang saya nak katakan."
Tegas Hana Meddina namun tetap lembut bicaranya.

" Yela yela. okay cakapla.."
Ujar Nur Mawar Aini memandang tepat ke anak mata Hana Meddina setelah meletakkan handphone di tepi bantal.

" Awak ingat lagi tak satu perkara ni.
yang saya bakal bergelar isteri orang.?"
Soal Hana Meddina berani dan terus terang.
Tidak mahu menjadi seorang pengecut. keyakinan itu harus selalu ada .

" Ye saya ingat. Hmmm."
jawab Nur Mawar Aini lemah.

" Kenapa ni?"
soal Hana Meddina kebingungan.

" Hmmm."
Hanya keluhan terdengar.

" saya tak suka dengar hmm hmm. cakap ada apa ?kenapa ni? awak tak suka?"
Soal Hana Meddina sekali lagi.

" Ye. saya jeles. saya jeles.saya jeles. saya jeles. jeles jeles." Jawab Nur Mawar Aini.

" Hahahahhahahha padanmuka.. dah kena. saya okay  jela. saya dah lama Redha. lagipun bukan orang lain. sepupu saya jugak. "Usik Nur Mawar Aini tersengih sengih.

" Eeeee nak kena niii!" Hana Meddina geram lalu mencium pipi wanita kesayangannya bertalu talu.

" mmuahhhh.mmuahhh.mmuahhhh.!haa geram tau!" Hana Meddina mulai menggomol tubuh bidadari kesayangannya.

" Erm nak lagi"
kata Nur Mawar Aini seakan menggoda.

"Amboii..hahhaha kang tak tahan baru tau." Usik Hana Meddina.

" hahaha okay tak..tak.. tak..tidur jom..."
ajak Nur Mawar Aini.

" ok jom tidur.. 
kejap kejap. sebelum tidur saya nak awak tahu. saya sayangkan awak sampaii bila bila. lepas ni awak tetap kesayangan saya. awak adalah  sahabat saya, juga adik saya, sepupu saya dan segalanya. kita akan jadi satu keluarga. Dan saya  janji hanya awak di hati saya."
Luah Hana Meddina bersama airmata yang sengaja ditahan.

Nur Mawar Aini terus mendakap semahu mahunya tubuh wanita yang teramat dicintainya.
Airmata tidak mampu dibendung lagi.
Hana Meddina yang menyedari lantas memujuk dan menenangkan.

"Selamat malam myheartie Teddy. mimpi indah. Love you so much..."
bisik Hana Meddina lembut ke cuping telinga Nur Mawar Aini.
Satu kucupan dihadiahkan pada dahi kesayangannya.

"selamat malam my sweetie butterfly. mimpi indah juga. I love you more.. "bisik Nur Mawar Aini membalas perlahan. juga menghadiahkan satu kucupan pada pipi milik cinta hatinya.

Malam itu Hana Meddina dan Nur Mawar Aini tidur berpelukan bertemankan airmata kepiluan.

'Cinta tidak harus memiliki.
Tapi cinta mampu diletak di dalam hati.
Terimakasih cinta.
Terimakasih airmata.
Usah diturut kata hati.
Biarkan cinta itu pergi.
Lumrah kehidupan sudah terpateri.
Bahagia milik kita.
meski kita harus terpisah jasad.
namun jiwa dan raga tetap utuh tersemat.
kekal abadi selama lamanya.'

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now