chapter 59

1.1K 39 1
                                    

Hana Meddina menggenggam erat jari jemari bidadari hatinya menuju ke sebuah Taman. 
Sungguh manis sekali bidadarinya petang itu. Berbaju blouse merah jambu dipadankan skirt kembang rona coklat. Selendang rona putih suci membuatkan keayuannya terserlah.

" Awak cantik sangat hari ni Teddy.."
bisik Hana Meddina penuh romantik.

Suasana petang itu sangat menenangkan.
Petang itu tidak ramai pengunjung yang datang memandangkan hari itu adalah hari rabu.
Dimana ialah hari bagi mereka yang bekerja dan hari kanak kanak ke sekolah.
Mungkin kelas fardhu Ain atau kelas sesi petang.

"Dekat sini ke kita berjumpa untuk kali pertama?" Soal Nur Mawar Aini memandang sekeliling.
Sunyi.
Sepi.

" Yezza. Kat sini la Teddy.. tu pun pertemuan yang betul betul dirancang. kalau yang tak  dirancang pun ada. hehe. " Jawab Hana Meddina tersenyum mengingati memori perkenalan mereka.

"Oh. yang tak dirancang pun ada eh?" soal  Nur Mawar Aini menangkat kening.
Sebijik bagaikan penyanyi bersuara lantang. Siapa lagi kalau bukan Ziana Zain kakak kepada penyanyi Anuar Zain.

" Hahaha yes sayang. Yang tak dirancang pun ada. seingat saya empat kali tau kita terserempak. Kemudian timbul bibit bibit cinta antara kita." sambil berjalan, Hana Meddina mulai bercerita.

Tangan mereka tetap setia bersatu.
Tidak mahu rasanya dilepaskan.

" Wah sampai empat kali ? biar betul. Lepastu apa jadi? awak atau saya yang memulakan?" soal Nur Mawar Aini semula ingin tahu. Sungguh dia sama sekali tidak mengingati apa apa yang terjadi. Hanya saja dia selesa berada disamping Hana Meddina. Perasaan itu membuatkannya mampu untuk mempercayai wanita yang  dilihat semakin asyik bercerita di sampingnya itu.

" yes  betul. Takkan saya nak tipu kesayangan saya ni." Hana Meddina bersuara lalu mencubit geram hidung bidadari hatinya.

" Adoiii! sakitlaa.." Nur Mawar Aini mengaduh diperlakukan Hana Meddina sebegitu.

" alolololo. tak sakit mana la. sikit je tu. Hehehe. Jom kita duduk kat sana." ajak Hana Meddina sambil merangkul mesra pinggang bidadari kesayangannya.

Setiba di bangku bersebelahan pokok yang merendang lebat. Hana Meddina melabuhkan punggung di atas bangku sambil menarik perlahan tangan Nur Mawar Aini untuk sama sama duduk.

"Erm okay kita sambung pasal tadi. Yang memulakan eh. betul nak tahu ni? okay okay.. Awak yang memulakan. Masa tu kita terserempak dekat toilet dalam sebuah kedai makan kalau tak silap. Then awak bagi saya satu nota kecil. awak tulis dekat situ yang awak suka kan saya siap dengan nombor handphone lagi awak tulis kat bawah tu. saya masih lagi simpan." Jelas Hana Meddina tersenyum lebar sambil mengeluarkan nota kecil dari dalam handbagnya.

" Ha ni dia yang awak bagi dulu." Hana Meddina menghulurkan nota kecil.
Nur Mawar Aini mengambil perlahan lalu melihat pada sekeping nota itu.

" Hahahah adoi malu nya.."
kata Nur Mawar Aini smbil menutup mulut menahan malu.

Hana Meddina turut tergelak lucu.
Sungguh....
perkenalan mereka tidak mungin dilupakannya begitu sahaja.

Hana Meddina termenung memandang lantai.

' Lusa adalah hari perkahwinan aku. Walau apa terjadi aku tetap nak bersama Mawar sampai bila bila."
Bisik Hana Meddina sendirian.

"Mmmmuahhhhhhh!"
Nur Mawar Aini mencium laju pipi kiri Hana Meddina yang terlihat asyik termenung.

Bulat mata Hana Meddina memandang wanita kesayangannya.
Terasa sukar digambarkan perasaannya tika itu.
Tidak menyangka sama sekali apa yang dirasakannya sebentar tadi.
Mimpikah dia? Tidak.! itu realiti.

" Saya rasa.  saya. saya dah boleh ingat sikit sikit.
Butt butterfly..  I love you damn much! only you. yes. only you."
Bisik Nur Mawar Aini lalu melentok manja pada bahu Hana Meddina.

Bahagia jelas terukir pada raut wajah Hana Meddina. Akhirnya wanita kesayangannya telah pulih seperti sedia kala.
Diusap perlahan ubun ubun Nur Mawar Aini lalu dikucup lembut penuh kasih dan sayang.

' YaRabb. Syukur Alhamdulillah atas keajaiban yang telah Engkau berikan. Terima kasih yaAllah. Sesungguh Engkau maha Berkuasa dan Maha penyayang.'
Detik Hana Meddina di dalam hati bersama senyuman yang semakin mekar  menguntum pada bibirnya.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now