Hana Meddina melangkah bersahaja menuju ke meja kerja. Kerusi ditarik lalu punggung dihempas perlahan ke atas kerusi.
Handbag rona silver diletakkan di atas meja. Beberapa saat kemudian Hana Meddina menguap lalu mengeliat manja.
"Huarghhh!"
"Ngantuknyaa.."
Omel Hana Meddina sendirian separuh berbisik."Amboihh hang Hana pepagi lagi dah menggeliat siap menguap sakan. semalam tidur lewat ke? " Soal Sherry dengan gaya lemah gemalainya itu sambil mengatur bulu mata palsunya yang melentik.
"Ishh macam tau tau ja hang ni Sherry . Hang tau mana aku tidur lewat ni. Hang skodeng aku eh."
Soal Hana Meddina pula.
Giliran nya pula menguji minda teman sekerjanya yang tidak berapa lelaki itu."Ala aku tahu la hang tu kalau tak tidur lewat hang pagi pagi lagi dah cergas dan bertenaga. ni aku tengok macam lembik semacam. Hang buat apa semalam Hana? hahaha!"
Sakat Sherry bersama gelak yang hampir saja melontarkan suara aslinya.
mujur sempat dikawal. Mujur saja tidak keluar suara jantannya yang bijak di sembunyikan."Amboih hang tergamaknya oh dikau mengatakan diri ini lembik. Hahahah semalam aku tidur la hang kenapa otak hijau sangat ni Sherry. Dah dah hang pergi buat kerja hang sebelum aku bagitau boss. "
Tegas Hana Meddina sambil mengangkat kening."Hahahha yela yela. Baiklah bossku. malu apa bossku."
Sakat Sherry semula yang masih tidak puas menyakat Hana Meddina.Hana Meddina kembali membuka fail yang penuh di atas meja.
Satu dua tiga empat.
Empat fail yang menanti untuk diuruskan.Teringat akan wanita kesayangannya lalu segera handphone yang berada di dalam handbag dicapai lalu notification whatsaap dibuka.
"saya dah sampai rumah.
awak buat keja elok elok tau.
love you and miss you my sweetie butterfly.🦋❤😘"Hana Meddina menguntum senyum. berbunga sungguh rasa hatinya membacanya. Segera tangan menaip untuk membalas. Tidak mahu wanita kesayangannya menunggu lama.
"Amboiii hang dok senyum senyum sorang nampak."
Sergah Sherry semula menghampiri meja Hana Meddina.Hana Meddina menghadiahkan satu jelingan sebelum bersuara.
"Ah sibuk je hang ni.!" Tegas
Hana Meddina sambil menahan tawa.****************************************
Nur Mawar Aini sedang asyik mengemop lantai sambil mengemas rumah. Hari itu dia tidak ke butik. Hanya kakaknya Nur Lili Aina yang ke butik kerana hari itu dia merasakan kesihatannya terasa sedikit terganggu.
Pin! pin!
satu notification menandakan ada whatsapp masuk.
" Alhamdulillah teddy saya dah sampai. Saya pun baru je sampai tempat kerja. ye teddy, awak pun sama.
Awak buat apa ni? i love so much and i miss you more heartie.. ❤🌹🐻"Nur Mawar Aini tersengih sendirian lalu menyandarkan mop di meja tamu.
Tangan laju membalas."Hehe. saya tengah mop lantai. tapi sekarang tengah stop kejap sebab nak reply chat kesayangan saya ni. Rindu nak kiss pipi awak😝"
okay sent!
" Kau ciptakan lagu indah.. kau senyum semanis buah.. satu tapi pasti dan sangat berarti kau takan berganti.. dirimu membuatku terlalu bersemangat.. jalani hari hariku dengan hebat.. kau tahu hidup tanpamu itu berat.. denganmu aku kuat.....lalalala..lalalaa..lalala.."
Nur Mawar Aini gigih kembali mengemop lantai sambil menyanyi sakan. Gembira! ya Sungguh bahagia dirinya. Terasa berbunga bunga di segenap hatinya.
Bip! bip!
Pantas Nur Mawar Aini membuka chat dari wanita kesayangannya..
Tertera nama yang baru saja ditukarnya pagi tadi.Sweetie Butterfly🦋
"Rajinnya teddy. Baik baik mop tu. jangan nakal sangat eh. Amboi dia. Depan depan bukan main lagi malu malu. tapi rindu rupanya eh. alololo. saya pun rindu nak kiss pipi awak sayang.😝😝😝 Tengah hari ni saya nak datang rumah awak kejap eh. Rindu sangat ni. tak tahan menahan rindu🤒"
Nur Mawar Aini terus tersenyum. Tidak lekang senyuman dari bibirnya. Dek kerana angau,
Lantai yang di mop entah kemana..
Itulah kenyataan yang pasti sukar untuk disangkal. sesiapa sahaja yang bercinta pasti menjadi angau. senyum sendirian ketawa sendirian itu adalah salah satu kejadian normal yang akan berlaku."Hehe..mestilah. eleh kalau depan depan pun mana ada saya malu. ye datangla kejap lagi saya sent map alamat rumah.
Eh nanti kita chat lagi eh butterfly. saya nak siapkan kerja rumah then nak masak. awak tu kena fokus pada kerja. jangan main fon. mmuahhhh! k bye.😝"okay!
sent!kayu mop dicapai lalu kerja mengemop disambung. Tidak mahu dilayani perasaan yang kian bergelora. Bimbang terbengkalai segala kerja rumah.
Jam tika itu menunjukkan ke angka 8.35 minit pagi.
Langit luar kelihatan cerah.
Matahari memancarkan sinaran pagi yang menyilaukan.
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomanceHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...