Hana Meddina POV
'Grrrr..
Sejuknya!
kalau ada orang peluk mesti best ni.'
Hana Meddina tersenyum nakal lalu melangkah keluar dari bilik air lalu menghampiri almari pakaiannya." berdegup jantungku bila kau didepanku. apakah ku bermimpi.. dalam jagaku.. tidak lena tidurku sering mengenangkanmu.. woo..oo.."
Sambil bernyanyi nyanyi riang, Hana Meddina mencapai baju tidur lengkap rona merah jambu.
Usai mandi menggunakan air suam kuku sebentar tadi. Hilang rasa sakit migrain yang dialami.
Setelah memakai losyen dan menyarung baju tidur, Hana Meddina mencapai handphone yang diletakkan di atas laci. Perutnya terasa kembali lapar. Niat dipasang untuk mencari makanan di dapur.
sebelum menuruni anak tangga, Hana Meddina membuka notification yang tertera pada skrin handphonenya.
"waalaikumsalam hai juga. hehe.
belum lagi. tengah tengok tv. Awak kenapa tak tidur lagi? "Hana Meddina tersenyum sambil menuruni tangga. Terasa berbunga bunga hatinya. Terbayang akan seraut wajah pujaan hatinya yang selalu menenangkan hatinya.
Sengaja Hana Meddina tidak membalas chat itu. Dia mahu menguji sejauh mana kesabaran wanita kesayangannya itu.
Baginya tidak perlu terburu buru dan gelojoh. kalau sudah jodoh pasti tidak kemana!
Amboi jodoh eh!Setiba di dapur Hana Meddina membuka suis lampu ruangan dapur yang berada di sudut dinding.
" Ermmm nak makan apa ni ehh?"
Gumam Hana Meddina sendirian sambil berpeluk tubuh dan melilau memandang sekeliling.Terasa seram bila berada keseorangan di dapur tika itu. Mamanya puan Khadijah dan adiknya Ammar Siddiq pasti sudah jauh lena diulit mimpi.
Dia pula masih segar umpama ikan yang baru keluar dari peti sejuk."lalalalala..erm erm lauk tadi pun tadi la. perut dah lapar sangat ni. " omel Hana Meddina sambil mengambil bekas berisi empat ketul ayam goreng di dalam peti sejuk.
"huargghh! malasnya rasa nak panaskan."Omel Hana Meddina lagi.
Bekas berisi ayam dibawa menuju ke kabinet dapur. Suis di buka lalu dimasukkan bekas dan ayam ke dalam microwave untuk beberapa minit.
Baru sahaja menutup pintu microwave, Hana Meddina teringat akan sesuatu yang dibacanya 2 hari yang lalu di facebook.
"Seingat aku jika tak salah,
Menurut kajian, memanaskan ayam di dalam microwave akan mengubah komponen proteinnya dan seterusnya membuatkan sistem penghadaman tidak lancar.
Langkah terbaik ialah memanaskan lauk ayam di atas api supaya benar-benar panas keseluruhannya supaya selamat dimakan."
Hana Meddina bermonolog sambil memutar mutarkan handphone di dagunya yang sedikit runcing.
Setelah hampir 2 minit otaknya menerawang dan berdiri tegak di sisi kabinet, Tanpa berfikir panjang kerana perut pun sudah pun berirama dangdut, Hana Meddina lantas mengambil kuali dan memanaskan ayam goreng.
Nasi dicedok ke dalam pinggan. Dua ketul ayam dimasukkan ke dalam pinggan. selebihnya disimpan ke dalam peti sejuk semula.
Sos cili di kabinet di ambil lalu dituang ke dalam pinggan.Hana Meddina menapak menuju ke ruang menonton. sampai sahaja di sofa dia lantas menghenyakkan punggungnya. Nasi dan lauk ayam di dalam pinggan diletakkan di atas meja.
Suis televisyen dibuka.
Siaran ketika itu banyak yang menarik perhatian. Namun Hana Meddina memilih untuk menonton siaran citra yang memaparkan drama melayu berkisarkan kehidupan gadis kampung."Bismillahirahmaanirahim...
Dengan dimulai lafaz bismillah.
Hana Meddina menyuapkan nasi dan lauk ke dalam mulutnya.Leka menjamu selera di tengah malam buta Hana Meddina terlupa untuk membalas chat yang dibacanya sebentar tadi. Dengan perasaan yang bercampur baur , Hana Meddina lantas mencapai handphonenya lalu mendail dengan penuh debaran.
tut..tut..tut..tut...
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomansaHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...