chapter 28

1.6K 53 7
                                    


" okay dah. " tutur Hana Meddina sambil menyimpan semula minyak gamat ke dalam handbag Nya . Minyak itu sangat berguna untuk keperluan hariannya yang seringkali dilanda ketidakselesaan pada perutnya yang sering merasa sakit.

" Thanks.." ucap Nur Mawar Aini sambil melemparkan senyuman manis.

Hana Meddina hanya berdiam. Sambil memandang tepat ke arah wanita disebelahnya.

" Mawar. Sampai masanya saya nak bagitahu awak sesuatu. " luah Hana Meddina perlahan.

" Apa dia Hana. cakapla."
Jawab Nur Mawar Aini selamba dan tenang.

" Mawar. Saya sebenarnya. Er. saya. saya suka kan awak ."
bicara Hana Meddina sambil menghela nafas lega. akhirnya terluah juga apa yang ingin diluahkannya.

Nur Mawar Aini memandang tepat ke anak mata milik wanita di hadapannya. seakan tidak percaya apa yang didengari nya dari mulut wanita itu. Bulat mata Nur Mawar Aini memandang. Terasa melopong mulutnya namun cepat cepat disembunyi rasa berdebar yang bercampur gembira itu.

" Awak. awak biar betul ni?" soal Nur Mawar Aini kembali mendapatkan kepastian.

" Ye awak. Betul. Saya suka awak. saya jatuh hati pada awak " luah Hana Meddina bersama senyuman yang masih menguntum

Hana Meddina mendekati wajahnya lalu mata mereka bertentangan. semakin dekat. semakin dekat. lalu terasa semakin sesak terasa nafas yang ditahan. semakin kuat debaran yang terasa di hati.

" Saya jatuh cinta pada awak sejak pandangan pertama. i love you..Mawar."

Bisik Hana Meddina ke telinga Nur Mawar Aini yang mula merona merah.

Nur Mawar Aini gelisah menahan perasaan yang berbunga tika itu. Di sisinya Hana Meddina masih dekat merenung wajahnya. Segan malu gembira bahagia takut semua bercampur baur.

" Diam je. malu eh." Usik Hana Meddina sambil menguntum senyum.
Sengaja mahu mengusik buah hatinya yang mula dirasuk perasan malu itu.

Nur Mawar Aini masih berdiam. Terasa seakan mimpi yang menghiasi tidur indahnya.

" Hana.. Saya tak sangka yang awak pun sukakan saya jugak. Saya betul betul tak sangka. Saya ingatkan selama ni saya hanya bertepuk sebelah tangan. . Tapi tak sangka awak pun suka saya. adoii..malu saya. " luah Nur Mawar Aini sambil menutup mukanya yang nyata terasa bahang kepanasan.

" Ye Mawar. Hati saya tak dapat menafikan perasaan ini. Saya selalu menidakkan perasaan saya. Saya anggap mungkin saya cuma suka berkawan dengan awak sebelum ni.Mungkin saya rasa selesa. Tapi tak. Saya rasa perasaan ni lebih dari seorang kawan. Perasaan ni buat saya yakin yang hati saya dah terpaut pada awak. " luah Hana Meddina jujur dan berterusterang sambil memandang tepat ke arah wanita yang masih menutup muka di sebelahnya.

Keadaan hujan di luar tika itu sudahpun mula reda. Nur Mawar Aini yang masih berdiam dikerlingnya sebentar.
Perlahan lahan tangannya mencapai jari jemari halus milik wanita disebelahnya lalu digenggam seerat eratnya.
Dia yakin Nur Mawar Aini adalah pilihan hatinya.








HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now