"Salam. Hye Mawar.
Awak macam mana boleh ada kat umah saya eh semalam ? "Nur Mawar Aini membaca perlahan sambil mengukir senyuman.
Dia sendiri terasa seakan tidak percaya dipertemukan sekali lagi dengan wanita itu.
Ibu saudaranya, Puan Kalsom ialah adik bongsu kepada arwah ibunya yang menetap di Kuala Pilah mengikut suaminya bertugas sebagai anggota polis.Nur Mawar Aini lantas menaip chat sambil tersenyum mengingatkan peristiwa yang berlaku semalam.
" Waaalaikumsalam. Hye too Hana. Mak saudara saya yang ajak saya teman semalam. Puan Kalsom tu lah mak saudara saya. Dan saya ialah sepupu Wan iaitu bakal husband awak. Ehemm. Hehehe."
Setelah siap menaip dan menekan butang sent. Nur Mawar Aini kembali menyambung kerja membantu kakaknya, Nur Lili Aina menjahit sulaman kurung tradisional. Sambil menyulam, otaknya ligat berputar.
"Auchhhh!"
jerit Nur Mawar Aini sedikit kuat mengejutkan Nur Lili Aina yang leka menggunting kain di meja sebelahnya." kau kenapa dik?"
Soal Nur Lili Aina cemas." Tak de pape la kak. Cuma tercucuk jarum sikit. "
Sahut Nur Mawar Aini sambil mengambil minyak gamat yang terletak di dalam handbag. Minyak gamat itu lah yang menjadi peneman setianya ke mana sahaja dia pergi. Sebagai persediaan jika berlaku apa apa kemungkinan. seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jangan bila dah hujan baru nak berlari cari payung. Payung tak jumpa basah yang dapat.Nur Lili Aina mengganguk tanda faham. Lalu meneruskan kerja menggunting ukuran yang telah disukat dari badan pelanggannya.
kain sutera rona kebiruan menyejukkan mata memandang. Ada corak bunga halus kemerahan dan dedaunan kehijauan yang menghiasi."Ayoo kita goyang dua jari , biar kita happy goyang sampai pagi"
Nur Mawar Aini menoleh sekilas pada skrin handphone. Ada panggilan suara yang berdering alunan dangdut dari penyanyi indonesia kegemarannya.
Dilihat nama yang tertera pada skrin.
'Ryssa'
'Huh!'
dengus Nur Mawar Aini sedikit perlahan.
bimbang jika didengari kakaknya. Sakit hati nya tiba tiba menjelma apabila terpandang
nama itu. sukar untuk dilupakan apa yang terjadi angkara perbuatan perempuan yang dianggapnya gila itu. adakah terdapat sinar maaf untuk perempuan yang telah menghancurkan hatinya suatu tika dahulu.Kakaknya Nur Lili Aina dilihat sedang asyik membuat kerjanya sambil menyanyi mengikut rentak lagu yang didengarinya di dalam laptop kerjanya.
Nur Mawar Aini menekan butang reject.
Dan tanpa membuang masa, kemudian menyambung semula kerja sulamannya.Beberapa minit kemudian.
" Ayoo kita goyang dua jari biar kita happy.. "
Nur Mawar Aini mengambil handphone yang berada di sebelah nya lalu menekan butang answer.
" Ha kau nak apa lagi?! "
bentak Nur Mawar Aini kasar dan geram." Mawar kenapa ni? Saya ada buat salah ke?"
Soal suara di corong handphone.
Seakan ada nada bersalah yang terpancar pada nada suara lembut itu.' Eh!'
Getus Nur Mawar Aini di dalam hati.
Mukanya merona merah menahan malu.
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
عاطفيةHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...