chapter 50

1.1K 46 6
                                    


Hana Meddina melangkah laju menuju ke meja kerja.
Tiada sebaris senyuman yang kelihatan dari bibirnya.

Rakan rakan sekerja memandang penuh kehairanan.
Ada yang mula berteki teki sendiri. Ada yang mula membawang. Ada yang saling berpandangan antara satu sama lain.

Fazilah dan Sherry mulai menghampiri Hana Meddina yang kelihatan agak kusut.

"Kau kenapa Hana? Ada masalah ke?" Tanya Fazilah perlahan. Tidak mahu didengari rakan rakan yang lain. Sherry di sebelah turut mengiyakan.

" Ha ah la hang kenapa Hana? Pagi tadi okay ja aku tengok hang siap senyum sorang sorang lagi. sekarang dah macam cicak tertelan kapur ja aku tengok hang nii." Giliran Sherry pula menyoal.

Keprihatinan jelas terpancar pada diri mereka. Bukanlah mahu menjaga tepi kain Hana Meddina. Cuma yang pasti mereka hanya mahu mengambil berat.

Senyap.

Hana Meddina hanya menggeleng kepala sambil menahan kepala menggunakan kedua belah tangannya.

"Tak aku cuma pening kepala. migrain. Lepas ni okay la." Jawab Hana Meddina mendatar tidak mahu kedua rakannya terus dilandai kebingungan.

"Okay la kalau macamtu. pil migrain jangan lupa makan. Get well soon, Hana." Fazilah kembali menyambung kata.
Sherry disebelah mengangguk kepala.

Hana Meddina hanya mengangguk lesu.
Entah mengapa hatinya terasa seakan disiat siat saat melihat kemesraan di antara Nur Mawar Aini dan gadis itu.
Perasaan cemburu terasa menebal.
Sukar untuk disembunyikan.
Ahh!

Manakala Fazilah dan Sherry pula kembali semula ke meja kerja masing masing.

*******************************************

Nur Mawar Aini POV

" Mawar, saya nak awak jadi girlfriend saya semula. Saya dah tinggalkan dorang semua. sebab saya nak pilih awak. Mawar, buka mata awak. Saya perempuan pertama yang pernah awak sayang dan cintai. Saya sedar sejak hilangnya awak dari hidup saya. saya mulai rasa kosong. Hati saya jadi kosong even saya ada orang lain. Tapi cinta saya bukan untuk dorang. Tapi untuk awak. please Mawar terima saya semula jadi girlfriend awak. Saya janji dengan awak. yang saya akan jaga awak baik baik. Dan tak akan berlaku curang lagi."
Luah Ryssa Rania sambil berjalan perlahan menghampiri katil.

Nur Mawar Aini mulai mencari idea untuk keluar dari bilik. Dia tidak mahu menjadi mangsa gadis pendek itu. Di hatinya adalah Hana Meddina. Cinta dan sayangnya hanya untuk Hana Meddina. Mana mungkin dia sanggup berpaling arah. Mana sanggup dia memalit luka di hati wanita kesayangannya.

Ryssa Rania merenung tepat pada anak mata Nur Mawar Aini. Perlahan lahan butang jeans dibuka lalu zip ditarik ke bawah seterusnya seluar dilurutkan dan ditanggalkan.
Kini hanya tinggal seluar dalam dan coli hitam yang menutupi tubuh kecil molek Ryssa rania.

"Oi kau dah kenapa Ryssa. aku tak nak kau dekat dengan aku. kalau kau dekat aku jerit kuat kuat! Kau jangan buat bukan bukan pada aku la gila!" Tegas Nur Mawar Aini lalu laju menuruni katil kamarnya dan menuju ke pintu.
Namun cepat cepat dihalangi Ryssa Rania.

"Eh eh awak kenapa nak lari dari saya ni. Saya bukannya jahat nak buat awak sakit. Saya nak bagi awak sedap. Dari dulu lagi saya teringin tapi awak langsung tak nak bagi. but now saya dah tak boleh tahan lagi." Tutur Ryssa Rania lembut dengan nada yang menggoda seraya menahan bahu milik Nur Mawar Aina.

Dengan sekuat hati dan tenaga Nur Mawar Aini lantas mengeluarkan tumbukan sulungnya ke muka gadis pendek yang sudah dianggap gila dan sewel itu.

"Nah rasakan!!!"
Jerit Nur Mawar Aini lantang.

"Argghhh!"
Ryssa Rania menahan mukanya yang terasa menyakitkan.
pedih!

Dengan pantas Nur Mawar Aini melangkah laju keluar dari kamarnya sendiri. sempat dicapai handbag yang terletak di meja kamarnya.
kemudian cepat cepat dicapai handphone nya di atas meja tamu lalu mengambil kunci kereta.

Di saat mahu melangkah keluar, Nur Mawar Aini terpandang satu bungkusan plastik putih yang terletak di sudut pintu. Segera dicapai lalu dibawa bersama.
Setelah menyarung selipar,
Nur Mawar Aini segera meluru masuk ke dalam pintu kereta. Enjin dihidupkan. sementara menunggu enjin dipanaskan, Nur Mawar Aini menelefon wanita kesayangannya.

"Tut. tut. tut. tut"

tut. tut. tut. tut.."

Tiada sahutan.

"Tut. tut. tut. tut

tut. tut. tut."

Hampa.
Tiada sebarang sahutan.

Dengan pantas Nur Mawar Aini menaip chat.

" butterfly. please jangan salah faham. Saya dan perempuan tu tak ada apa apa hubungan. Dia yang datang tiba tiba. Saya nak jumpa awak. Saya nak jelaskan apa yang terjadi. Saya tahu awak cemburu. walau apa terjadi ingat satu ni. I love you forever n ever. only you. yes only you, Hana Meddina. "


Ryssa Rania dilihat dari cermin sisi turut keluar dari rumah lalu melaung laung memanggil namanya. Tanpa membuang masa Nur Mawar Aini memecut laju meninggalkan Ryssa Rania yang masih mengaduh kesakitan akibat tumbukan berapi yang padu sebentar tadi.
Pedal minyak ditekan sekuat hati.
Bimbang jikalau gadis gila itu mengejarnya.

Nur Mawar Aini lega.
Selamat dari mangsa pemerkosaan gadis gila itu.
Mujurlah dia tidak tergoda.
Dia tidak mahu sewenang wenangnya memberi maruah pada sesiapa meskipun atas dasar cinta.
Dia takut akan hukum Sang Pencipta.

Baginya sejauh mana pun naluri terpesong. Tidak wajar rasanya maruah ditukar ganti. Hati yang tulus dan ikhlas ialah hati yang bisa memahami maksud sebenar cinta dan sayang.
Cinta dan sayang jangan kerana nafsu. Tapi biarlah kerana hati yang ikhlas.
Kita mungkin tidak dapat mengawal naluri suka atau sayang pada sesama jenis.
Tapi kita mampu untuk mengawal nafsu jika benar kita sayang dan cinta bimbing sebaik nya orang yang kita sayang dan cintai itu untuk sama sama ke syurga Illahi.


Kereta Viva ungu metalic meluncur laju ke jalan raya menuju ke jalan utama bandaraya Kuala Lumpur.

Nur Mawar Aini buntu tidak tahu hendak ke mana. Hendak ke tempat kerja Hana Meddina pula dia tidak tahu dimana.
Saat itu berbagai rasa dirasakannya bercampur baur membuatkan kepalanya terasa sukar untuk berfikir.
handphone yang berada di tempat duduk sebelah dikerling.
Berharap ada balasan dari wanita kesayangannya.

"Hana....tolong lah percaya saya. saya sayangkan awak. sayang sangat."
Bisik Nur Mawar Aini sendirian sambil menyeka airmata yang berlinangan di kedua belah pipinya.






"PUMMMMMM!

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now