chapter 51

1K 46 11
                                    

Hana Meddina POV

"Faz aku nak balik. Aku rasa tak sedap badan. Aku dah bagitahu bos. kalau ada apa hal penting kau info pada aku okay."  Sapa dan pesan Hana Meddina lemah. Entah mengapa hatinya rasa berdebar debar sedari tadi.

Hana Meddina melangkah laju menghampiri keretanya.
Lalu masuk di tempat duduk pemandu. Setelah enjin kereta dihidupkan Hana Meddina lantas menekan pedal minyak dan meluncur keluar dari bangunan menuju ke jalan utama.


Perasaannya tika itu sungguh mengelirukan. Perasaan bersalah juga hadir. Bersalah kerana meninggalkan wanita kesayangannya begitu sahaja tengah hari tadi. Teringat makanan yang dibelinya untuk wanita itu. Tidak sempat untuk bertukar tangan.
Hanya sempat terduduk di atas lantai berhadapan pintu rumah sahaja.
Dek kerana tergamam akan apa yang dilihatnya maka terjatuh bungkusan putih yang dibawa.

"Tapi aku tak boleh. aku tak boleh tengok kemesraan tu. Allahu."
Gumam Hana Meddina sendirian.

Hana Meddina mengosongkan fikiran. Baginya bukanlah perkara yang bijak sekiranya memandu dalam keadaan yang beremosi.
Kereta Myvi silver miliknya meluncur laju.

Hujan mulai turun rintis rintis lalu menjadi semakin lebat. Hana Meddina memperlahankan pemanduannya. wiper dan lampu kereta dipasang bagi tujuan keselamatan.
Hujan semakin lebat membasahi bumi.

"Grrrr. sejuknya " bisik Hana Meddina sambil memperlahankan aircond.


   "Pandanglah aku...hembuskan nafasmu... kerana aku amat rindukanmu... janganlah jangan kau jauh dariku.. Tanpa wajahmu kelam duniaku..
bisikan aku katakan cintamu.. kerna suaramu bersyair laguku....
Dendangkan aku dengarkan padaku...
Dakaplah aku wahai kekasihku..
Bila bermimpi kamu.. jaga dari tidurku..
Aku sebut namamu... Aku seru cintamu...
Engkau lah kekasihku..
Hanya engkau nyawaku... Aku lah perindu mu...
Aku lah pencinta mu....
Bawa ku bersama mu...Agar hilang resahku... Eratkan dakapanmu...Dekatlah padaku...."

Airmata hangat mulai jatuh menuruni pipi Hana Meddina tatkala mendengar lagu yang didendangkan oleh Harry Khalifah, suaramu syairku. Sungguh menyentuh di kalbu. Terbayang seraut wajah yang bermain di mindanya.

"I miss you Teddy. Really miss you. I am so sorry."
Bisik Hana Meddina perlahan bersama juraian airmata yang sama lebat seakan hujan petang itu.

Hana Meddina membiarkan air matanya mengalir laju. Pemanduan kini diberi sepenuh perhatian.
Tiba di suatu simpang, terlihat dari jauh ada  kesesakan lalu lintas. Kelihatan kereta polis , dan ambulans yang berada beberapa meter di hadapan.

" Ada apa hal pulak ni. Ada orang accident ke apa."   Hana Meddina tertanya tanya sendirian.

Jalan raya petang itu agak sesak. Namun kesesakan itu tidak lama. Hana Meddina terpandang akan sebuah kereta yang merempuh penghadang jalan dan pokok di pinggiran jalan raya.

"viva ungu.."
Hana Meddina mulai diragut cemas.
Entah kenapa hatinya mulai bimbang dan berdegup kencang.

Tanpa melengahkan masa Hana Meddina segera memberi signal kiri. Kereta diperlahankan beberapa meter dari tempat kejadian. Dalam hujan lebat Hana Meddina turun untuk melihat apa yang terjadi. Hujan lebat tidak lagi diendahkan. Baginya dia harus melihat apa yang terjadi kerana apa yang terjadi menguat naluri untuk turut melihat sama.

Orang ramai kelihatan semakin berpusu pusu ke tempat kejadian. Pintu belakang ambulans dibuka lalu katil dikeluarkan.
Ada kakitangan khas yang membawa payung untuk mengelak katil sorong itu daripada basah. Hujan lebat semakin galak kelihatan. Tiada tanda tanda hendak berhenti.

Hana Meddina perlahan menapak ke arah kereta. Lalu dipandang pada plat belakang kereta yang hampir remuk keseluruhan.

"0808. Hah! itu. itu. itu. YaAllah. Mawar!!!" Hana Medina meluru laju ke arah kereta. Juraian airmata kembali mengalir laju. Dipandang sekujur tubuh yang diangkat keluar oleh beberapa anggota berkenaan.

'Yaallah.. Mawar!!!!!!'
Hana Meddina menjerit di dalam hati.

Bungkusan plastik putih yang dibawanya tengah hari tadi turut ada di tempat penumpang sebelah pemandu. Hana Meddina bertindak hendak mengambil namun cepat cepat dilarang keras oleh pihak berkuasa.

Kaki diatur untuk mengekori anggota berkenaan yang mengusung sekujur tubuh yang lemah dan penuh dengan luka ke dalam ambulans.
Mahu sahaja hendak didakap seerat eratnya. Namun keadaan tidak mengizinkan.

"Encik, saya keluarga mangsa. saya nak ikut ke hospital. kereta saya ada kat situ." Tutur Hana Meddina sambil menunjuk ke arah keretanya bersama tangisan yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Lelaki berbaju putih dan berseluar putih yang sudah pun duduk di sisi katil itu hanya mengangguk dan memberi isyarat supaya Hana Meddina mengekori dari arah belakang ambulans.

Laju kaki mengorak langkah menuju ke kereta.
Hana Meddina menangis semahunya.

' Kenapa jadi macamni. kenapa!? Aku yang salah! Aku! Kalau aku tak tinggalkan dia macam tu je tadi semua ni tak mungkin berlaku.
Arghhh!!!! Aku sayangkan dia.'
Jerit Hana Meddina di dalam hati sambil memukul mukul steering tanda kesal yang teramat. Perasaan bersalah menghantui benak fikirannya.

Enjin kereta dihidupkan. fikiran dikosongkan. bismillah sebagai pemula perjalanan.
Hana Meddina mengiringi belakang ambulans menuju ke hospital.

'Inshaallah semua baik baik. Aamiin yarabbal Alaamiin.'
Ucap Hana Meddina kembali tenang.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now