chapter 57

1K 39 3
                                    

Hana Meddina bersama sama Puan Khadijah mengorak langkah menuju ke bilik Unit Rawatan Rapi (ICU).

Setiba sahaja di depan bilik ICU. Hana Meddina mendapatkan Nur Lili Aina yang duduk menyandar di atas kerusi.

" Lili, macam mana keadaan Mawar sekarang?"
soal Hana Meddina sambil memandang ke arah seorang lelaki separuh usia serta seorang wanita yang mirip seakan Nur Lili Aina dan dua kanak kanak lelaki dan perempuan yang sangat comel.
Senyuman manis dilemparkan buat mereka.
Hana Meddina dapat meneka bahawa mereka adalah ahli keluarga wanita kesayangannya lalu segera menghulurkan salam untuk bersalam salaman.

" Saya Hana. kawan Mawar. Ini mama saya.  " Ucap Hana Meddina mesra lalu dibalas senyuman oleh Encik Zahari dan juga Orkid sambil memperkenalkan mamanya Puan Khadijah.

Puan Khadijah mendekati Orkid dan juga Nur Lili Aina sambil melemparkan senyuman mesra.

Kesemua mereka berkenal kenalan lalu berbual mesra.

" Saya minta izin dulu nak gerak ke dalam tengok tengokkan keadaan Mawar sekejap ye. " Ujar Hana Meddina bersuara. 
Mereka yang mendengar mengangguk lalu tersenyum.

" Hana kalau Mawar dan sedar bagitahu kami cepat cepat tau." ujar Nur Lili Aina. Mereka yang berada di situ turut mengiyakan.

Hana Meddina mengangguk laju tanda mengerti lalu mengorak langkah menuju ke dalam ICU.
Pintu bilik dibuka perlahan.

Kelihatan jururawat bertugas menjaga pesakit pesakit kritikal.
Hana Meddina melemparkan senyuman buat para jururawat yang berada disitu.

Terbujur kaku tubuh yang kian susut dipandang hiba. Hana Meddina menghampiri katil bernombor 8 lalu perlahan mencium dahi wanita kesayangannya.

" Teddy,  i miss you sayang.."
Bisik Hana Meddina lembut.

Lama Hana Meddina merenung  wajah pucat milik Nur Mawar Aini. Terasa sukar untuk menerima hakikat atas apa yang terjadi.
Berulang kali diri sendiri disalahkan atas apa yang menimpa wanita kesayangannya.
Matanya mulai dirasa berkaca. Namun cepat cepat ditahan daripada mengalir keluar.

Hana Meddina meraih perlahan tangan wanita kesayangannya lalu diusap perlahan.
Digenggam seeratnya.

" Saya tak sabar tunggu awak sedar. Saya terlalu rindukan awak. Rindu sangat sangat. rindu nk dengar celoteh manja awak. rindu nak sakat awak. rindu nak tengok awak merajuk. Semua tentang awak saya rindu." akhirnya airmata Hana Meddina sudah tidak upaya menanggung beban.
Laju airmata hangat mengalir menyapa pipi nya pagi itu.

Tatkala menggenggam erat jari jemari wanita kesayangannya, Hana Meddina tersentak apabila merasakan ada gerakan.
Segera dipaling wajahnya ke arah Nur Mawar Aini yang sudahpun perlahan membuka mata.

" Awak.. awak dah sedar. Alhamdulillah. Syukurlah. " Bisik Hana Meddina tersenyum lebar. Lega hatinya. Kini wanita yang amat dicintai sudah pun sedar dari koma.
Mahu sahaja didakap tubuh itu seerat eratnya.

sepi.....

" Awak.."
panggil Hana Meddina sekali lagi.. Hana Meddina mulai dilanda kebingungan apabila melihat tiada sebarang tindak balas.

sepi...

Mata Nur Mawar Aini bulat memandang Hana Meddina.
Ada riak aneh terpamer pada airmuka nya.

Hana Meddina buntu. Tidak tahu lagi harus berbuat apa.
Tanpa membuang masa Hana Meddina berlari mencari jururawat.
" Nurse, patient katil 8  dah sedar."
Hana Meddina  menghampiri seorang jururawat yang sedang menulis sesuatu di dalam fail kerjanya.

Hana Meddina semakin diragut kebingungan.
Langkah diatur semula untuk mengiringi jururawat muda itu ke arah katil.

" Cik Mawar.."
panggil jururawat muda itu dengan lemah lembut.

Nur Mawar Aini hanya memandang kosong.
Tiada sebarang respons diberikan.

Jururawat muda itu berlari mencari kelibat doktor.
Beberapa minit kemudian tiba Doktor Elizabeth di sisi katil.

"Cik Mawar, awak sekarang dekat mana ye? Uji Doktor Elizabeth tersenyum ramah sambil menjalankan pemeriksaan.

Sepi...

" Hello cik Mawar. Cik Mawar dekat mana sekarang?" Uji Doktor Elizabeth Tan sekali lagi.

Nur Mawar Aini menggelengkan kepala. Lalu bersuara,
" Siapa Mawar?"

" Mawar.. awak lah mawar. Nur Mawar Aini binti Zahari." Celah Hana Meddina.
Baru sahaja disapa kegirangan. Namun kegirangan yang dirasakan hampa hilang sekelip mata.

Nur Mawar Aini memandang bulat pada wajah Hana Meddina. kening bertaut kehairanan.

" Er.. er. awak siapa?"
soal Nur Mawar Aini dengan nada mendatar.

" Saya Hana. Hana Meddina. awak tak ingat saya ke Mawar?"
Balas Hana Meddina sedikit kecewa. Sebak dirasakan tatkala wanita kesayangannya tidak berjaya mengingati dirinya.

' takkan dia hilang ingatan kot.' bisik  Hana Meddina sendirian mengusir sejauh yang bisa kesangsian yang menghentak perasaannya tika itu.

Nur Mawar Aini menggeleng kepala.
Doktor Elizabeth Tan mencatat sesuatu pada fail yang dibawa.

Tanpa melengahkan masa Hana Meddina berlari anak keluar bilik.

"Mawar dah sedar dari koma. Tapi... Tapi.. dia tak kenal saya."

Encik Zahari dan yang lain tercengang memandang antara satu sama lain.

Encik Zahari bingkas bangun lalu berjalan laju menuju ke bilik ICU lalu diekori Orkid yang turut serta.

*******************************

" Sabar nak. kita berdoa dan teruskan berdoa. Minta Allah permudahkan segalanya. Inshaallah Dia lebih mengetahui atas apa yang terjadi. Mohon pada yang maha Kuasa supaya diberikan kesembuhan seperti sediakala untuk Mawar." Tutur Puan Khadijah menenangkan puterinya dan Nur Lili Aina yang menangis tersedu sedan. 

Manakala Hana Meddina terdiam tanpa suara. Sebak dan perit dirasakan terlalu tajam menikam sanubarinya.
Dia tidak tahu harus berbuat apa.
Yang pasti dia sendiri sudah kehilangan kata kata.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now