Chapter 18

1.6K 47 5
                                    

" morning bossku."

Sapa Nur Mawar Aini mesra sambil menggeletek pinggang kakaknya, Nur Lili Aina yang sedang leka memasak di dapur.

" morning dik. Amboi pagi pagi dah happy nampak. Dah sihat eh?" Soal Nur Lili Aina sambil meraba dahi adiknya.

Nasi goreng kampung yang berada di atas kuali terlihat sungguh enak sekali. Aroma bau yang menusuk di kalbu menimbulkan keinginan perut untuk segera menyantap. Nur Mawar Aini memanjangkan leher menjenguk ke dalam kuali sambil tersengih dan memuji haruman nasi goreng kampung yang dimasak oleh kakaknya.

" Hahaha ya iyalah mbak. Gue udah sihat sih. Nah loe udah rasain dahi gue kan. Gimana sejuk atau nggak? " Ngomel Nur Mawar Aini berbahasa indonesia. Sengaja mahu mengusik dan bergurau senda dengan kakaknya tersayang.

" waduh Tumben! kok bisa. Semalam aja panes banget. Pagi ini udah sejuk. Ya ampun nggak nyangka gue neng. Kok bisa aja ya secepet itu sihatnya. Alhamdulillah." sahut Nur Lili Aina juga dengan bahasa indonesia. Mereka saling ketawa dan bertepuk tampar.

" Hahah. Dah macam bibik je aku tengok bila kau cakap indo." Gelak Nur Mawar Aini sambil menghulurkan pinggan dan meminta nasi goreng kampung.
Biarpun terasa geram disamakan oleh adik adiknya dengan bibik, Nur Lili Aina tetap mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan adiknya.
Satu senduk , dua senduk, tiga senduk.
Okay cukup.

Nur Mawar Aini masuk ke ruang menonton sambil membawa pinggan nasi goreng kampung bersama segelas air milo panas kegemarannya.
Sampai sahaja di hadapan televisyen, Nur Mawar Aini lantas meletakkan pinggan dan gelas di atas meja lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa merah bercorakkan bunga mawar.
Remote tv  dicapai lalu channel Warna menjadi pilihan hatinya.
Pagi pagi lagi terasa sungguh indah menikmati hidangan sarapan pagi sambil menonton lawak di kaca tv.

Jam didinding menunjukkan pukul 7:20 pagi.

"masih awal lagi rupanya.
Patutlah cuaca diluar masih gelap dan suram"
Bisik hati Nur Mawar Aini sendirian.






****************************************


Hana Meddina POV

"cepatla beb ! Masuk."
Mikah Iqqasha bersuara sambil menunjukkan raut wajah yang penuh kebimbangan.

" ye aku masuk la ni. kau ni sabarla sikit." Dengus Hana Meddina sambil menyimpan bagasi di dalam bonet kereta temannya.

" fuhhh! penat giler. Berat tau tak. Beg beg tu aku heret dari atas sampai sini."
keluh Hana Meddina perlahan sambil menyeka peluh yang mula menuruni dahinya.

Mikah Iqqasha hanya tergelak kecil, lalu melepaskan handbrek kemudian berlalu dari situ.

" kau yakin ke Hana dengan keputusan kau buat ni? Kau tak menyesal ke? Macam mana kalau mama kau report polis nanti. Tak pasal pasal aku masuk lokap atas tuduhan menculik kau pulak. Matilahnak aku tak dapat nak jumpa girlfriend aku lagi. " kata Mikah Iqqasha sambil menoleh ke arah temannya yang sedari tadi menunduk.

Hana Meddina mengangkat wajahnya.

" oiii!!! Mikah tengok depan tu!"
Ada Kerbau!

Mikah Iqqasha yang terkejut lantas mengalih pandangan ke depan, Namun gagal untuk mengelak.

" Arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!".

kedua dua menjerit kuat.



" Hana bangun. Kenapa ni sayang? Mimpi lagi?"
Puan Khadijah menggoncang perlahan tubuh anaknya. Peluh yang mencurah di dahi puterinya diseka menggunakan tangan.

Hana Meddina membuka mata perlahan. Alangkah terperanjat apabila melihat mamanya berada di hadapannya kini. Dia menggosok matanya berkali kali. Adakah benar apa yang dilihatnya.
Bukan kah tadi dia sudah keluar dari rumah. Bukan kah tadi dia sudah berada di dalam kereta temannya.
Bukan kah tadi mereka terlanggar kerbau.
Adakah yang berada di hadapannya sekarang ialah kerbau. Tak mungkin!
Itu adalah mamanya, Puan Khadijah!
Dia meraba wajah mamanya. Ya!
Itu adalah mamanya, bukan lah kerbau yang dilanggar itu.


" arghhhh!"

Hana Meddina meraup wajah.
Terasa gelisah mencucuk cucuk hatinya.
Dia memejamkan matanya dan menampar pipinya sendiri.

"Auch! Sakit!"

'maknanya tadi aku just bermimpi.'

Puan Khadijah yang memerhati gelagat puterinya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum geli hati. Diusap perlahan ubun ubun lalu menghadiahkan satu kucupan mesra di atas dahi puterinya.

Hana Meddina dilihat masih seakan mamai.
Perlahan Puan Khadijah melangkah keluar dari kamar beradu puterinya.
Hari itu kebetulan adalah hari cuti Pertabalan Agung. Jadi, hari itu Hana Meddina tidak berkerja. Dicapai selimut dihujung kakinya dan bantal peluk lalu dibawa ke dada dan dipeluk semahunya.
Terasa sinar kemalasan melanda dirinya pagi yang hening itu.

Handphone  yang berada di sebelah bantal dicapai. Lalu melihat ke arah skrin dan memeriksa notifications yang masuk.

Mawar🌹
Salam awak. Hye. Buat apa tu?😉
07:25

Hana Meddina mengukirkan senyuman apabila membaca chat dari seorang kenalannya tempoh hari. Dan tanpa membuang masa terus menaip untuk membalas. Setelah selesai menaip, butang sent ditekan lalu kembali meletakkan handphone di sisi sebelum kembali memejamkan matanya yang masih terasa mengantuk.

Cuaca pagi itu masih suram.
Terlihat di awan, hujan seakan mahu turun. Sebentar lagi pasti hujan akan membasahi bumi.
Hana Meddina memeluk erat bantal peluknya dan kembali menyambung lena.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now