Chapter 30

1.3K 37 0
                                    


" Err. er. Thanks. " Tutur Hana Meddina selamba sambil turut tersenyum.

Izzwan Miqael tersenyum mesra. Direnung seketika sepasang mata yang sangat indah di hadapannya. Mata yang pernah membuatnya jatuh cinta suatu tika dahulu.

"Wan kalau kau dah besar nanti kau nak jadi apa?"

" Aku nak jadi polis. sebab aku nak tangkap orang jahat. Aku nak tembak sampai mati. peng. peng peng! "

" Wah bagus cita cita kau. aku pulak nak jadi guru. boleh pegang rotan hari hari. "

" hahahahaha. kau nak jadi guru sebab nak pegang rotan ke Hana? Eleh baik takpayah. baik kau jadi permaisuri. "

" Jadi permaisuri? tu perkerjaan ke apa wan tak pernah pun aku dengar pekerjaan nama tu."

"iyela jadi permaisuri di hati aku. Hahaha."

Izzwan Miqael tersenyum sendirian. Teringat akan memori lama semasa di bangku sekolah yang seingatnya masih di tahun enam.

" Selamat hari lahir sayang mama."

mmuaaaahhhhhh!

Kucup Puan Khadijah lembut di dahi milik puteri bongsu kesayangannya. Lalu mendakap seerat eratnya. Airmata berlinang mengalir perlahan menuruni pipi tuanya. Namun cepat cepat diseka. Tidak mahu jika disedari oleh puterinya.

Hana Meddina menggangguk angguk kepala sambil turut membalas erat dakapan mamanya.

"Ma.. terima kasih sebab ingat birthday Hana. Hana terharu sangat ma. Hana tak sangka di saat usia Hana dah semakin ..... semakin..... semakin jauhhh.. semakin aku rasakan.."
Hahahhahhaa.!
sakat Hana Meddina bersama kucupan manja di pipi tua milik mamanya.

" Amboi anak mama ni. siap nyanyi lagu bini Syuk lagi. " Tutur Puan Khadijah geram.

" Hahahhaa apa mama ni. bukan bini Syuk. Bini Syuib la ma. Syuk tu lain ma. Syuib la ma adoii mama ni." jelas Hana Meddina bersama tawa yang tidak bisa tertahan.

" Syu..syu su ib.. oh..Syuib. mama ingatkan Syuk. mama salah orang la ni. ke mama dah nyanyuk ni Hana. maklumlah usia pun dah setengah abad." Balas Puan Khadijah juga bersama tawa. Terasa lucu menggeletek hatinya.

Puan Khadijah kembali menyambung kata.

" Hana, sebenarnya Wan yang rancang semua ni. Dia dan family yang berkeras nak adakan suprise ni. kalau ikut mama. mama mana larat sayang. " Terang Puan Khadijah perlahan sambil menggenggam jari jemari puteri dihadapannya yang bakal menjadi isteri orang.

" Makcik. Mak wan panggil ajak makan kat sana. "
Sapa Izzwan Miqael mesra sambil melemparkan senyuman.

Puan Khadijah menoleh lalu mengangguk perlahan.

" Wan , Hana jom la makan sekali."

" Ma , Hana dah makan kat luar tadi. masih kenyang lagi. ma makanla dulu. Eh wan awak pun pergi la makan. "

" La yeke. Hana makan lah sikit. nanti apa orang kata. tak manis tau. "
Tegas Puan Khadijah sebagai amaran agar puterinya tidak menghampakan permintaannya.

Hana Meddina hanya menggangguk lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Izzwan Miqael hanya terdiam dan tersenyum memandang dua gelagat wanita di hadapannya. Malas mahu mencelah. bimbang jika tersalah kata binasa yang menanti. Jam ditangan dikerling sebentar menunjukkan ke angka 9.50 minit malam.

Dengan mengenakan jeans biru dan tshirt polo berwarna biru muda membuatkan anak muda itu tampak ringkas namun terserlah kekacakkannya malam itu.
Izzwan Miqael bukanlah seorang yang calang calang. Dia mempunyai ramai peminat di tempat kerjanya. Sehingga ada yang sanggup bertelingkah demi merebut hatinya . Namun dek kerana kesetiaannya terhadap wanita yang bakal menjadi isterinya tidak lama lagi , dia sendiri telah menegaskan untuk tidak menjadi mangsa dalam arus godaan duniawi.

Suasana di rumah Puan Khadijah malam itu sangat meriah dan riuh dengan pelbagai bunyi serta suara manusia.
Hujan di luar sudah mulai reda.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now