chapter 41

1.2K 42 0
                                    

Hana Meddina memecut laju diekori Nur Mawar Aini dari jarak dekat.
Hana Meddina terkenal dengan pemanduan yang laju namun cukup cekap.
Tidak kurang juga dengan Nur Mawar Aini.
Memandu laju dan pantas adalah hobi yang sudah sebati dalam jiwa.
Namun begitu keselamatan jalan raya tetap diutamakan. Itu adalah perkara yang tidak boleh dibuat main.

"Eh. Kenapa Hana slow kan kereta tu." Bisik Nur Mawar Aini sendirian sambil turut memperlahankan keretanya lalu signal kiri diberi.
Kemudian berhenti di belakang kereta myvi silver milik Hana meddina.
Mujur tika itu tidak banyak kereta yang lalu lalang.

Tidak sampai seminit Hana Meddina kembali memulakan perjalanan setelah memberi isyarat hon supaya Nur Mawar Aini kembali menyambung mengekorinya.

" Oh mungkin dia jawab call orang kot." bisik Nur Mawar Aini semula. Dia sendiri selalu berada di situasi itu jika didapati ada panggilan.Lagi lagi jika panggilan itu dirasakan penting. Sudah semesti cara terbaik adalah berhenti seketika di tempat yang sesuai dan selamat untuk menjawab panggilan.

Mereka berdua meluncur laju menuju ke rumah Hana Meddina yang terletak 25 minit dari situ.

Ketika itu langit mula melabuhkan tirai.
Awan sudah mulai gelap.
Lampu jalan sudah mulai terpasang.

Beberapa minit kemudian tibalah ke lorong utama menuju ke rumah Hana Meddina. Hana Meddina yang mendahului di hadapan memberi signal kanan lalu membelok masuk.
Pagar automatik terbuka.
Nur Mawar Aini turut mengekori dan membelok masuk.
Lalu memberhentikan kereta bersebelahan kereta Hana Meddina.

Tampak Luas dan indah halaman.
Di beranda tergantung pasu dan bunga yang mekar berkembang.
Ada bunga mawar ada bunga lili ada bunga kertas serta bunga orkid tumbuh subur menawan menampakkan seri rumah terlihat dari jauh lagi.

Hana Meddina laju melangkah keluar dari pintu kereta lalu segera menghampiri Nur Mawar Aini yang juga sudahpun keluar dari pintu kereta.

"Jom masuk. mama ada kat dalam."
Ajak Hana Meddina sambil menarik tangan wanita kesayangannya.

Nur Mawar Aini menurut sambil mengangguk kepala. 
Debar terasa bilamana terbayang bagaimana hendak berhadapan dengan mama kepada wanita yang melangkah laju namun tetap anggun di sebelahnya.
Lama Nur Mawar Aini merenung wajah disebelahnya. Namun lantas mengalih pandangan bimbang jikalau disedari oleh Hana Meddina.

"Assalammualaikum..dik..mama.."
Hana Meddina mengetuk pintu yang berkunci dari dalam.

Tok! Tok! Tok!

"Assalammualaikum... "
Hana Meddina mengetuk pintu dan memberi salam sekali lagi.
Namun tiada sebarang sahutan.

Tanpa membuang masa Hana Meddina mengambil kunci pendua lalu membuka pintu rumah. Nur Mawar Aini hanya diam memerhati. Tidak berani mengeluarkan suara. Terasa seram melihat wajah sugul wanita itu.

" Ha jom masuk. mungkin mama ada kat dalam bilik agaknya." Pelawa Hana Meddina sambil menolak pintu. Nur Mawar Aini mengangguk dan melangkah masuk selepas menanggalkan kasut seterusnya membontoti Hana Meddina.

"Senyap sunyi je. mama sorang ke kat rumah?" Soal Nur Mawar Aini apabila terpandang olehnya sekelilling yang terasa sunyi sepi itu.

" Rumah ni memang selalu sepi. Kadang mama sorang. kadang saya dengan mama. kadang pulak adik kalau cuti semester dia ada la temankan mama. Pagi tadi dia ada dekat rumah. Tapi sekarang tak ada maybe dah balik hostel agaknya. " jelas Hana Meddina sambil melilau mencari kelibat mamanya.

"Oh macamtu. Patutla senyap sunyi je."
Jawab Nur Mawar Aini pula tersipu malu. Terasa sungguh janggal berada di rumah itu.

Berdindingkan krim dan kelabu asap.
Rumah itu tampak moden dan indah dilengkapi tema dan gaya inggeris.
Bunga bungaan menceriakan setiap sudut.


Hana Meddina menapak kaki meluru laju ke arah bilik Puan Khadijah yang terbuka luas. Terlihat sekujur tubuh terbaring lesu.

"Ma, mama okay tak ni. kita pergi hospital eh ma."
Tutur Hana Meddina kerisauan sambil memegang lutut dan kaki mamanya yang terbaring lesu di atas katil.
Jelas terpamer riak kerisauan pada wajah Hana Meddina. Jarang sekali  mamanya terlantar sakit.
Dan itulah yang membuatkannya merasa sungguh khuatir.

Puan Khadijah yang sedari tadi terlena menggosokkan mata perlahan sambil tersenyum manis memandang puteri kesayangannya.
Pandangan dialihkan pada tubuh yang berdiri tegak di sebelah Hana Meddina.

Nur Mawar Aini melemparkan senyuman mesra ,
Lalu tunduk bersalaman.

" Saya Mawar , kawan Hana. macam mana bole jatuh makcik? " Tutur dan soal Nur Mawar Aina sopan dalam nada yang sedikit bergetar.
Akhirnya terlontar juga kata kata dari bibirnya.
Cepat cepat dibuang rasa malu yang bersarang pada hati.

"Oh kawan Hana. Makcik jatuh tergelincir nak mengelak katak masa nak ambik air wudhu. Entah mana datang katak masuk dalam bilik air. Sebab tu la makcik tergelincir.
Tambah lagi dengan lantai licin. 
Mana tak terjatuh. katak tu memang nak kena, siap kalau makcik jumpa. buat rendang. " Seloroh Puan Khadijah sambil ketawa kecil.
Lucu apabila teringatkan adegan yang terjadi petang tadi. Katak yang melompat lompat membuatkannya terkejut sehingga gagal mengawal kedudukan yang tengah mengambil air wudhu.

Nur Mawar Aini tergelak kecil terhibur rasa hati mendengar. Hana Meddina turut tergelak.

" Sayang, Tak payahla pergi hospital bagai. mama okay je. cuma mama tertidur tadi. Lepas sapu kaki ni guna minyak gamat tu ha terus mama terlelap. " Jelas Puan Khadijah meyakinkan puterinya perihal keadaan dirinya sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah minyak gamat asli yang terletak di atas meja.

"Betul ni ma? jangan tipu. Sekarang rasa macam mana ada sakit sakit lagi tak kaki ni?" soal Hana Meddina masih tidak berpuas hati.
Diteliti kaki dan lutut mamanya. Bimbang sekiranya ada luka luka. Tapi syukur tiada sebarang luka.

"Eh ni ada lebam sikit ma. Yang dekat sini ke sakit?
Ni darah beku ni ma. Mama dah letak minyak gamat tak dekat sini tadi? " soal Hana Meddina semula bersama kerutan di dahi.

Nur Mawar Aini yang berada disebelah turut mengiyakan.

Hana Meddina mencapai minyak gamat lalu penutup dibuka dan disapu dan diurut pada lebam yang kelihatan. Sekaligus mengurut dari lutut sehingga ke tapak kaki mamanya Puan Khadijah.

"Dahla tu sayang. Nanti baik la tu. korang berdua dah makan ke? Kalau belum pergi makan kat dapur sana ,
tadi mama ada masakkan ikan tongkol kari kesukaaan Hana. Mama dah makan dah tadi." Ujar Puan Khadijah lalu bangkit untuk duduk menyandar.

Hana Meddina tersenyum lebar. Terasa lapar menyinggahi perutnya tiba tiba. Sememangnya dia amat menggemari ikan tongkol kari sejak dari kecil lagi.

Jam di dinding ketika itu menunjukkan ke angka 8.35 minit malam.
Hana Meddina mengajak Nur Mawar Aini sama sama menuju ke ruangan dapur.
Nur Mawar Aini hanya tersenyum dan mengekori langkah wanita kesayangannya itu.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now