"Sayang mama. bangun. Dah nak tengah hari ni tak bangun bangun lagi."
Puan Khadijah mengejutkan perlahan puterinya yang lena di ulit mimpi.
Dengkuran halus kedengaran.Jam di kamar sudah menunjukkan ke angka 10 pagi. Hari itu ialah hujung minggu. Hana Meddina tersasar dari beradu nya. Masih nyenyak bersama dengkuran manjanya.
Puan Khadijah berjalan perlahan ke arah jendela. langsir dan tingkap kamar puterinya diselak dan dibuka. Kelihatan dari situ jalanraya agak sibuk pagi itu. Mungkin ada keramaian atau kenduri kendara.
"Maaaaa. morning mama.."Sapa Hana Meddina sambil memeluk pinggang mamanya dari belakang. Puan Khadijah sedikit tergamam akan kehadiran puterinya yang sedari tadi masih lena. Entah bila agaknya puterinya itu bangun dia sendiri pun tidak pasti.
Ajaib barangkali!."Ha bangun pun puteri kesayangan mama. Tu tengok kat dinding tu dah pukul 10 sayang. semalam tidur lewat eh. tak elok tidur lewat lewat malam sayang . Tidur kena cukup baru la sihat. Hana ada apa apa ke atau ada masalah ke sampai tidur lewat lewat?kalau ada bagitahu mama. jangan pendamkan sayang. Ingat mama ni mama Hana. mama kenal anak mama macam mana. Kalau Hana nak luahkan mama sedia dengar. okay? jom kita turun kat bawah sambil minum kita berborak. " Ujar Puan Khadijah sambil merangkul erat lengan puterinya.
Hana Meddina hanya menurut seperti kerbau dicucuk hidung."Erm ma. Hana nak nasi goreng kampung boleh. Hana rinduuu la nak makan nasi goreng yang mama buat. boleh la maaa..boleh laaaa."
Pinta Hana Meddina manja sambil mencium manja pipi tua milik Puan Khadijah."Amboii sayang mama ni nak nasi goreng kampung eh. Ada la sayang mama buatkan pagi tadi lagi. Ammar awal awal pagi lagi dah rasmikan. Siap tambah tiga pinggan lagi. sedap katanya. hehe!"
Tutur puan Khadijah lembut."Yeke maa. wah mama ni macam tau tau je Hana nak makan nasi goreng kampung. mestila ma. nasi goreng mama buat memang sedap giler ma. gila kalau tak sedap. chef Wan pun kalah tau ma.."
Hana Meddina menahan tawa nya daripada terhambur. Entah dari mana idea di kepalanya memetik nama seorang chef terkenal itu."Amboi amboi amboi Hana puji mama melebih lebih ni ada apa apa ke sayang. jauh betul pujian tu sampai chef Wan pun kena sekali. kang tersedak dia kang ha" Puan Khadijah tergelak kecil lalu mencubit manja lengan puteri bongsu kesayangannya itu.
siapa yang tak sayang anak !Hana Meddina turut tergelak mendengar kata kata mamanya.
Mereka berdua bersama sama menuju ke dapur dan menikmati nasi goreng kampung bersama air kopi susu.
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomansaHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...