"Janganlah pandang saya macam tu." Bisik Nur Mawar Aini perlahan.
Hanya perlahan antara dengar dan tidak dengar sahaja suara nya.Nur Mawar Aini tidak keruan direnung sedemikian oleh Hana Meddina. Terasa lambat nasi yang disuap meluncur ke dalam tekaknya.
Hana Meddina tergelak kecil. Tanpa mengendahkan suara itu dia terus merenung dan merenung semahunya. Lalu mendekatkan jarak kerusi. Kini tiada jarak antara mereka. Nur Mawar Aini semakin tidak keruan. Nafas turun naik.
Cemas!"Er.. awak.. ma.. ma kan lah.. kenapa te.. tengok saya." tutur Nur Mawar Aini separuh berbisik.
" Saya suka bila tengok awak makan.
Comel. Hehe"
Hana Meddina bersuara perlahan. Terasa lembut sekali kedengaran cuping telinga."Er. makan pun comel ke. merepek je awak ni."
Nur Mawar Aini menjawab sambil tunduk tersipu malu. Nasi di pinggan hampir sahaja habis. Namun dek kerana gangguan panahan anak mata wanita di sebelahnya, proses santapan terbengkalai."Ye awak makan comel sangat. haha mana ada saya merepek. Betul la apa saya cakap. Dah dah sambung makan." Hana Meddina tergelak sambil mencedok nasi ke dalam pinggan wanita kesayangannya.
"Eh tak nak saya dah kenyang. awak jela yang makan saya kenyang sangat ni."
Cepat cepat Nur Mawar Aini mengambil pinggannya dari menjadi mangsa."Yeke kenyang dah. ke malu ni. Tak yah la malu. okay2 saya tak tengok dah. " kata Hana Meddina sambil memusingkan badan membelakangi Nur Mawar Aini.
Nur Mawar Aini tergelak melihat gelagat yang terasa menggeletek dinding hatinya.
" Eh tak la. saya memang kenyang da. Alololo ni merajuk ke apa eh duduk macam ni." Usik Nur Mawar Aini.
"Hmmm. nanak wogeng."
lontar Hana Meddina bernada rajuk."Nanak wogeng eh. Nanak sudah."
Nur Mawar Aini menyambung gelak lalu mengemas pinggan mangkuk dan dibawa menuju ke sinki.Keduanya tidak mahu mengalah.
Hana Meddina geram lalu bangkit dari duduk dan mendepakan tangan untuk memeluk pinggang Nur Mawar Aini dari arah belakang yang asyik mencuci pinggan mangkuk.
"Nanak wogeng eh?"
Soal Hana Meddina sambil menakutkan wanita di hadapannya. Nur Mawar Aini menoleh sekilas."Yela yela wogeng la." Terasa gerun melihat tangan Hana Meddina yang sudahpun mendepang sedia untuk landing di pinggang miliknya.
Kecut perut diperlakukan sebegitu.
Bimbang jika dilihat Puan Khadijah. Bimbang juga memikirkan gelodak perasaan yang semakin meniti."Hahahah padan muka tu la sapa suruh berani melawan." Sakat Hana Meddina sambil turut membantu.
Hujan rintis rintis mulai kelihatan di luar tingkap.
Malam itu terasa sungguh sejuk. Angin dari luar tingkap yang sedikit terbuka menyapa masuk memberikan kesegaran yang sungguh menyamankan." i love you..."
bisik Hana Meddina.*nanak wogeng
-taknak kawan
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomanceHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...