"Kau betul tak nak masuk dulu ke Mikah?" Soal Hana Meddina sekali lagi setelah mereka berada di hadapan pagar rumahnya yang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang tidak jauh dari kediaman temannya, Mikah Iqqasha yang tinggal di Taman Sri Wantan.
Mikah Iqqasha hanya menggelengkan kepala dan mengatakan hari sudahpun lewat malam.
Hana Meddina memandang sekilas jam yang tertera pada skrin handphone nya.
Jam ketika itu sudahpun menunjukkan pukul 10.58 malam. Itu bermakna hanya tinggal 2 minit lagi ke angka 11 malam.
Apabila teringatkan pesanan mamanya, sepantas kilat Hana Meddina terus meloncat keluar dari kereta.
Mikah Iqqasha hanya menggelengkan kepala melihat gelagat temannya itu.****************************************
"Assalammualaikum. Ma. Hana dah balik. " Laung Hana Meddina dari luar pintu rumah sambil mengetuk pintu.
Tidak lama kemudian, Puan Khadijah datang membuka pintu.
" Haa, balik pun ingat tak nak balik dah. " Omel Puan Khadijah apabila melihat jam seminit lagi ke angka 11 malam.
Hana Meddina hanya berdiam dan menyalami tangan mamanya. Malas mahu menjawab kerana tahu memang salahnya kerana tidak menepati janji.
" Mmuahhhh! " Hana Meddina mengucup laju pipi Puan Khadijah."Eleh, nak ambik hati la tu. " Perli Puan Khadijah kembali bersuara. Hana Meddina yang mendengar hanya tergelak kecil lalu terus meminta izin untuk ke kamarnya.
'Fuhh! Penatnya. Rasa macam malas nak mandi. eh! no no. Aku kena mandi. kang kalau tak mandi tak selesa pulak nak tidur. " Omel Hana Meddina sendirian di dalam hati sambil terbaring lesu kepenatan di hujung katil.
Dek kerana kepenatan yang menguasai,
Hana Meddina memalaskan dirinya sambil mencapai handphone nya di dalam handbag. Ada beberapa whatsapp masuk dari group kerja dan group family nya.
Hana Meddina menghela nafas perlahan.' Hmm.. Terasa sunyi dan sepinya hati aku sekarang. Kalau orang lain tiap malam dapat wish dari kesayangan. Aku pulak kosong. Hmm. Teringin jugak nak ada kesayangan. Tapi...... hmmm. ' bisik hati Hana Meddina sendirian.
Hana Meddina bukan tidak mahu bercinta, bukan juga tiada yang mahu, namun dek kerana terlalu sibuk dengan kerja, dia merasakan tiada masa untuk berkenalan lagi lagi untuk bercinta. Dia khuatir sekiranya gagal untuk membahagiakan pasangannya sekaligus takut seandainya pasangannya terasa diabaikan dengan kesibukan yang selalu dihadapinya.
Hana Meddina membuka ruangan facebook dan membaca status friendlist nya bagi menenangkan hatinya yang gundah gulana sebentar tadi.
Dia terpandang akan satu status friendlist nya yang baru sahaja 5 minit di update.'perempuan yang tak mandi malam ialah perempuan yang berbau kambing'
" Aik! Budak ni perli aku ke apa."
bisik Hana Meddina.
" Ish budak ni suka buat status merepek. Geram pulak aku."
Tanpa membuang masa, Hana Meddina lantas menaip komen di status itu.'Hahaha yeke bau kambing. Kenapa tak bau kerbau ke, lembu ke, gajah ke, gorila ke hahaha'
Setelah menghantar komen itu, Hana Meddina ketawa sendirian. Terasa puas hatinya. Lantas tanpa membuang masa dia bangun dan mengatur langkah menuju ke bilik air.40 minit kemudian,
selesai sahaja menyegarkan diri, Hana Meddina keluar dari bilik air dan mengeringkan tubuh serta rambutnya yang masih sedikit basah.
Hana Meddina menghampiri almari pakaiannya dan lantas mencari pakaian.
kemudian duduk di hujung katil sambil menyapukan losyen pada kulit tangan dan jari jemarinya.
Hana Meddina menoleh sekilas pada handphone nya dan membuka serta melihat notifications yang masuk.
YOU ARE READING
HANA MEDDINA (Completed✅)
RomanceHana Meddina, seorang wanita 'bengkok'. masih single. Niat di hati ingin mempunyai cinta hati, namun dek kerana kesibukan kerja dia menyimpan kemas niatnya itu. Nur Mawar Aini & Mawar Mewangi. Dua wanita yang membuatnya menjadi keliru. adakah dua w...