Chapter 7

2.2K 61 0
                                    


"Hey! apa khabar kamu..
Adakah kau berpunya lagi..
Dengarkanlah lagu ku..
Said hey! bila nak bertemu.. Senyummu tetap bermain di mindaku..
Ku rasa kau perlu tahu.."

Alarm handphone bernyanyi rancak.
Hana Meddina tersentak.
Lalu bingkas bangun dan mandi.
Hari ini Hana Meddina ada urusan penting bersama rakan sekerja nya. Biarpun hari itu adalah hujung minggu, namun dia terpaksa turun untuk temujanji yang telah diaturkan.

Bagaikan lipas kudung, Hana Meddina laju berlari dan mencapai tuala setelah mendapati jam sudah pun lewat. Dari luar bilik, kedengaran suara Hana Meddina menyanyi riang.

" Baby baby baby Hana. Kau buatku lupa.. Hati yang pernah terluka.. Kerna cinta.. Ku milikmu selamanya..."

'

'wah kalau la ada girl yang nyanyikan lagu ni untuk aku alangkah bahagianya hati terasa.'
Angan Hana Meddina sambil tersenyum sendirian. Entah apa yang bermain di fikirannya dan bayangannya tika itu. Dia sendiri pun sukar untuk mengenal pasti.

Usai sahaja mandi, Hana Meddina cepat cepat mencapai tualanya dan mengelap serta mengeringkan tubuh dan rambutnya. Dengan langkah yang laju namun tetap berhati hati, Hana Meddina melangkah keluar dan menuju ke katil seterusnya ke almari pakaiannya. Dikerlingnya sekilas ke arah jam didinding, sudahpun ke angka 7:05 am. Temujanji yang diadakan pada pukul 8:00 am. Bermakna tinggal 55 minit lagi masa yang ada. Campur tolak masa bersiap rasanya terasa singkat dan ia membuatkan Hana Meddina semakin mempercepatkan pergerakkan.
Baginya masa itu emas.
Ketepatan masa itu harus dititik beratkan.

Setelah berjaya menemui baju dan seluar yang sesuai mengikut citarasa dan etika temujanji, Hana Meddina langsung memakai dan menyarung ke tubuh. Mujurlah dia sejenis yang peka akan setiap perkara. Setiap baju dan seluar formal pasti siap diseterika sebelum dimasukkan ke dalam almari. Dengan sikap itulah, dia tidak pernah lewat ke tempat kerja mahu pun temujanji sebelum ini.

Seluar slack hitam dan blazer kelabu asap menjadi pilihan Hana Meddina pagi itu.

"Morning mama. Pagi ni Hana ada temujanji dengan rakan sekerja Hana. Ada urusan penting kena bincang, ingatkan nak rehat hari ni , tapi kena buat keja lagi, hmmmmm. kan best duduk kat umah je kepala pun tak pening fikir apa apa."
sapa dan keluh Hana Meddina sambil memeluk erat pinggang mamanya, Puan Khadijah.

"Morning juga sayang mama. Pagi pagi dah merungut tak baik tau nanti rezeki pun segan nak masuk. Sabarlah Hana. Nama pun kerja. Setiap kerja pasti memenatkan. Tiada kerja yang tak penat. Mama dekat rumah pun tetap bekerja. Suri rumah yang lain juga pasti bekerja, walaupun cuma dirumah. Menghadap dapur, hadap anak anak, belum lagi dalam menjaga dan mendidik anak. Dia lah ibu, dia lah guru, dia lah chef yang memasak di dapur, dia lah doktor yang merawat dan menjaga kesihatan anak anak. Dia lah bibik yang mencuci dan menjaga kebajikan di dalam rumah. Bersyukurlah Hana. Di saat ramai ibu muda lain yang terpaksa melalui saat saat itu, tapi Hana kira beruntung tau sebab puas merasa zaman bujang Hana. Mama dulu pun, kahwin dengan arwah papa, sejak umur 15 tahun lagi. Zaman dulu dulu mana fikir panjang. Asal ada aje terus arwah datuk nenek aturkan dan terus kahwin.
Dah dah mama x mahu anak mama sedih dan merungut lagi macamni. Kang merajuk cepat tua mama tak tahu." bicara Puan Khadijah menenangkan puteri kesayangannya.

"Ada betulnya apa mama cakap. Baru Hana sedar. Sebaiknya , Hana kena bersyukur. Dan tak boleh mengeluh. Setiap rezeki Allah dah aturkan untuk setiap umatNya. Astaghfirullahalazim. Hana Khilaf, ma." Hana Meddina menyesali akan kata kata dan keluhan nya sebentar tadi. Tubuh tua mamanya dirangkul rapat dan erat.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now