Chapter 14

1.6K 49 2
                                    




" Er Sorry.sorry. saya tak tahan sangat dah tadi. " ujar Hana Meddina meminta maaf kerana telah menolak pintu tandas yang mana telah pun dimasuki seorang wanita.

" Tak pe. Saya pun belum sempat buka apa apa lagi. baru je masuk pintu pun tak sempat nk lock. " tutur wanita itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
Terasa ada yang bermain di fikirannya saat itu. Yakin. Pasti.

Hana Meddina menarik nafas lega. Mujur wanita itu tidak memarahinya. Bimbang juga sekiranya terbang kasut ke mukanya. Habislah tertanggal hidung Hana Meddina.

Wanita itu bersuara semula untuk menutup pintu tandas kerana mahu menunaikan hajat kecilnya.

Hana Meddina menggangguk laju lalu mendapatkan pintu tandas bersebelahan.

Usai sahaja membuang hajat kecil, Hana Meddina menuju ke sinki untuk mencuci tangan. Sambil merapikan rambutnya, dia menyanyi perlahan.

"i found a love for me.. Darling just dive right in and follow my lead.. Well i found a girl beau......."

Hana Meddina mengangkat wajah apabila melihat wanita itu keluar daripada pintu toilet. Pada sangkaannya, wanita itu telahpun selesai dan keluar lebih awal darinya.
Namun sangkaannya meleset.

" Hai, Saya Mawar. by the way, nama awak siapa eh? Saya rasa dah empat kali dah masuk kali ni kita terserempak."

Hana Meddina menoleh dan menunjukkan riak seolah terkejut.

' Eh tak kan Mawar Mewangi kot.' Detik hatinya sendiri lalu membalas mesra.

" Hai Mawar. Saya Hana. yups dah empat kali juga rasanya kan. " balas Hana Meddina ramah.

Hana Meddina terpandang sepasang mata wanita itu. Dia mula merasakan sesuatu yang mengatakan dia mengenali wanita itu.
Dia yakin.

" Hehe Yups. erm.. nah!."
ujar wanita itu pantas lalu menyerahkan kertas kecil berwarna merah hati kepada
Hana Meddina menyambut lalu membaca.

* SAYA SUKA AWAK ! *
0111****** ❤

belum sempat Hana Meddina bersuara, wanita itu laju meninggalkan dirinya yang terpinga pinga.

" What! "
Bisik Hana Meddina sedikit kuat.
Entah mengapa bibirnya mula menguntum senyum.

" Naughty girl.. "
Sambungnya sendiri dan menyimpan kertas merah hati itu ke dalam poket seluarnya, lalu mengorak langkah keluar dengan penuh ceria dan sisa senyuman yang masih melekat pada bibirnya.
seakan ada panahan yang menusuk ke dalam gelora hatinya.


***********************************************

Nur Mawar Aini POV

" oii kak. Aku ada cter sensasi ni." Lontar Nur Mawar Aini dengan penuh semangat sambil menarik kerusi lalu duduk bersila di atas kerusi dan mula bercerita.
Belum sempat kakaknya, Nur Lili Aina bersuara, adiknya sudahpun menyambung bicara.

" Tadi kan, aku gi kedai kasut jap then aku nampak Zafran dengan perempuan lain dah. Mesra semacam. Aku agak tu girlfriend dia. Tak pun wife dia. "
Bicara Nur Mawar Aini Ibarat makcik bawang yang sedang membawang.

Nur Lili Aina mencebik hambar.

"Laa. Lantak Laa dia nak ada girlfriend ke, wife ke, ape ape ke, tak kisah langsung. Aku dan dia bukan ada pape dah. langsung tak heran la dik. " terang Nur Lili Aina sambil meneruskan jahitannya.

Dialah pemilik butik, dialah pengurus butik dia lah pengusaha dan tukang jahit.
Bukan dia tidak mahu mengupah mana mana pekerja. Tetapi dia lebih selesa bekerja sendiri, lagi pula Nur Mawar Aini selalu menemaninya saban hari dan membantu apa yang perlu.

" Yela aku gitahu je pun..."
Balas Nur Mawar Aini perlahan. Nampak gayanya cerita hari itu kurang mendapat perhatian kakaknya.

Nur Mawar Aini bingkas bangun dan selamba menyakat kakaknya.

"Arghhhh! "

jerit kakaknya nyaring menghiasi suasana dalam butik mereka. Terasa tangan adiknya yang kuat menutup kedua dua matanya.
Gelap. Buta seketika.
Habislah.

" kau nape dik. Kacau orang buat keje. Habislah maskara aku"
bentak Nur Lili Aina dengan nada geram sambil menjeling tajam ke arah adiknya.

"Hahahhahahhaha. Puas hati aku."
Gelak Nur Mawar Lili dengan kepuasan yang sangat memuaskan hatinya.

' Pin! Pin! '

Nada deringan whatsapp berbunyi menandakan ada chat yang masuk.
Nur Mawar Aini membuka chat itu sambil memasukkan cadburry yang dibelinya sebentar tadi ke dalam mulutnya
Begitulah dirinya, sangat gemar akan coklat. Apa sahaja jenis coklat yang ada,
pasti masuk ke dalam tekak seterusnya ke dalam perutnya memerusi saluran ususnya.

''Hai Mawar😜'

Gulppppp.........!

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now