chapter 24

1.5K 50 1
                                    

" Er er awak rupanya. Sorry hehehe. ingatkan siapa la tadi." tutur Nur Mawar Aini perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terasa malu menyinggahi lubuk hatinya tika itu. Sangkaannya meleset sama sekali.

" Amboii marah betul bunyi awak tadi Mawar. Terkejut saya tau. Hahaha.. okay okay tak apa saya faham. Eh awak sorry ganggu. by the way saya nak ajak awak keluar petang nanti boleh tak?" Hana Meddina yang sedikit terkejut lantas mengutarakan ajakan kepada Nur Mawar Aini. Ada sesuatu yang ingin diberitahu yang telah lama menjadi tanda tanya.

" Hehehe tak la. Tadi tu ada hal sikit. Keluar petang ni?Erm. okay. boleh lagipun petang ni saya memang plan nak keluar. nak cari ketenangan. kebetulan awak pun dah ajak so bolehlah kita keluar sekali." sahut Nur Mawar Aini bersama getar dihati. Mula terbayang warna pakaian apa yang dipakainya petang nanti untuk keluar berjumpa dengan wanita dambaan hatinya itu.

' Ahh! Dia mana mungkin sukakan aku!'
Gumam Nur Mawar Aini sendirian.

**********************************************

HANA MEDDINA POV

" Sayang, Tadi Wan call. Dia kata nak ajak Hana keluar petang ni. Ada benda dia nak bincang katanya. "  Ujar Puan Khadijah mesra sambil menepuk paha puteri kesayangannya yang duduk sambil membelek majalah di ribaan.

Hana Meddina yang kusyuk membaca helaian muka surat 8 itu terkesima lalu menoleh mamanya dengan seribu satu persoalan.
" what? Wan ajak Hana kelu. keluar. petang. petang ni?" Ma, Hana dah janji dengan someone nak keluar petang ni ma. Hana tak boleh ingkar janji."
Jawab Hana Meddina bersama kerutan di dahi. Terasa janggal untuk keluar bersama lelaki.

" La yeke? mana la mama tahu Hana ada plan lain. Tadi pun mama tak berani confirm kan kat si Wan yang Hana setuju ke tak. Tapi takpe. nanti kejap lagi dia kata nak call balik. Nak tahu sama ada Hana setuju atau tak untuk keluar jumpa dengan dia petang nanti. " jelas Puan Khadijah lembut.

Hana Meddina yang mendengar tersenyum kecil. Terasa lega hatinya berbanding tadi yang terasa agak sesak.
"Ye ma. Hana ada hal sikit nak jumpa kawan Hana. Kawan perempuan. Oh kalau macam tu okay  la. sekurangnya tak la dia berharap. Eh Ma jom kita makan,  perut Hana dah berirama dangdut dah ni." Balas Hana Meddina sambil menarik lembut tangan mamanya dan menuju ke ruang dapur.

Puan Khadijah mengangguk mesra lalu bingkas bangun dan membontoti puterinya menuju ke ruang dapur. Di atas meja makan terhidang menu yang dimasak puterinya. Sayur kangkung tumis belacan, ikan patin masak merah berlada serta sambal mangga  bersama ulam ulaman. Kelihatan sungguh mengiurkan hasil airtangan puteri bongsu kesayangannya.

" Ma duduk dulu. Hana ambilkan air basuh tangan. "kata Hana Meddina sambil menarik kerusi dan mempelawa mamanya untuk duduk sementara dia pula menuju ke ruangan sinki lalu mengambil air basuhan.
Puan Khadijah tersenyum lebar sambil duduk menghadap hidangan tengah hari itu dan menunggu untuk makan bersama.

 

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now