Chapter 16

1.7K 54 4
                                    

Usai sahaja membersihkan diri, Hana Meddina melangkah keluar dari bilik airnya dan menuju ke ruangan almari pakaian yang terletak di sebelah katil nya. Jam didinding menunjukkan pukul 8 : 36 malam. setelah menyarung pakaian tidur yang ringkas berbaju kelawar rona jingga, Hana Meddina menuju ke bilik air lalu mengambil air wudhuk.

Malam itu Hana Meddina menunaikan solat isyak setelah dirasakan sudah berada dalam keadaan yang suci daripada hadas besar.

Dihamparkan sejadah coklat nya dan mengikut arah kiblat yang betul, Lalu disarung telekung putih bersih.

setelah selesai tahhiyat akhir dan memberi salam,
Hana Meddina bermohon memanjat doa kepada Illahi.

" YaAllah Ya Tuhanku, ampunkan segala dosaku. Dosa ibubapa ku. Permudahkan segala urusan kami yaAllah. Lancarkan dan luaskan rezeki kami. Jauhi lah kami dari perkara perkara yang mungkar, lindungi kami dengan Rahmat dan Hidayahmu. Sesungguhnya hanya kepada engkau aku meminta dan bersujud.Aamiin yarabbal Alaamiin.."

TOK!TOK!TOK!

"Assalammualaikum anak mama."
Terdengar ketukan dari luar pintu biliknya, empunya suara tak lain tak bukan milik mamanya, Puan Khadijah.

Hana Meddina yang lama berteleku setelah menghabiskan solat isyak lantas menoleh dan menjawab perlahan salam mamanya. Lalu bingkas bangun dan membuka telekung yang dipakainya. Setelah menggantungkan pada penyangkut baju, Hana Meddina melipat sejadah dan pantas mengorak langkah menuju ke pintu biliknya.

"ma, masuklah. Hana baru lepas habis solat tadi. Tu yang lambat sikit buka pintu." Ajak Hana Meddina sambil menarik mesra tangan mamanya dan menyalami hormat.

Puan Khadijah mengangguk mesra sambil tersenyum bahagia. Bahagia kerana mempunyai anak yang tetap menjaga solatnya. Sejak dari kecil, sejak berusia 4 tahun lagi, Puan Khadijah mengajar dan mendidik semua anaknya tentang kepentingan dan kewajiban menunaikan solat. Dan syukur sehingga kini, anak anaknya patuh pada ajaran dan didikannya.

" Duduk la ma."
Kata Hana Meddina menarik lembut lengan mamanya untuk duduk bersama di birai katil.

" Ye sayang, mama duduk la ni. Tak kan nak terbang pula."
seloroh Puan Khadijah mengusik puteri bongsu kesayangannya.

" Hahaha. Mana la tahu mama nak jadi superman pulak malam ni. Eh superman lelaki. Ha superwoman la ma."
Balas Hana Meddina sambil tergelak turut mengusik mamanya yang masih tersenyum manis.

" Amboi sayang, superwoman pun kalah tau kalah mama terbang. Mama tak nak jadi superwoman
yang terbang terbang tu, mama nak jadi superwoman dalam hati anak anak mama. Boleh? "
Tutur Puan Khadijah lembut sambil mengenyitkan matanya. Hana Meddina yang mendengar terpukau seketika.

"Wow jadi superwoman dalam hati kitorang eh ma.? mesti lah boleh. Boleh sangat sangat ma."
Jawab Hana Meddina sambil memeluk erat tubuh mamanya yang sedang sedang berisi. Biarpun Puan khadijah sudah mengampiri 50an namun dia tetap awet muda kelihatan lebih muda dari usia sebenar, kerana kerajinannya yang selalu mengamalkan jamu selain menitik beratkan senaman dan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Puan Khadijah hanya tergelak kecil lalu membalas dakapan puterinya.
Lama termenung, baru lah dia mula bersuara.

" Hana, esok ada rombongan meminang sampai. Tiba masanya Hana mendirikan rumah tangga. Mama nak sangat tengok Hana kahwin dan bahagia sebelum mama menutup mata. Mama harap Hana terima pinangan esok."
Bicara Puan Khadijah perlahan sambil mengusap bahu Hana Medina lembut. Dia tahu anaknya itu sukar untuk menerima semua itu. Tambahan pula dijodohkan dengan lelaki yang tidak dicintai. Namun, Puan Khadijah terpaksa dalam rela. Dia melakukan semua itu demi kebaikan puteri kesayangannya.

Hana Meddina lantas mengangkat wajahnya lalu memandang wajah mamanya dengan seribu satu tanda tanya bersama kerutan di dahi. Terasa gelap dunianya tika itu. Terasa mahu saja pitam. Mujur dia dalam posisi duduk. Kalau berdiri, pasti gagal baginya mengimbang tubuhnya dek kerana terlalu terkejut dengan kata kata yang dilontarkan mamanya sebentar tadi. Dia terkedu diam seribu bahasa. Lalu mengumpul sepenuh tenaga dan menarik nafas lalu menghembus perlahan lahan sebelum memulakan bicaranya malam itu.

Puan Khadijah tertunduk memandang lantai. Dia mengerti gusar di hati anaknya. Dia tahu bukan sesuatu perkara yang mudah bila terpaksa menerima semua itu. Dia hanya mampu bertawakal.

" Ma. Kenapa ma? Kenapa mama tak bincang dengan Hana dulu perkara ni sebelum mama buat keputusan? Kenapa mama ? Kenapa? Allahu. Hana belum bersedia lagi untuk lalui semua tu ma. Hana tak mampu. Hana tak kuat. "
Sebak kedengaran pada nada Hana Meddina meluahkan kata kata di hadapan Puan Khadijah.
Setitis dua titis dan tiga titis airmata mulai gugur di kedua belah pipinya. Dibiarkan mengalir bersama sendu di hati.

" Sayang, mama minta maaf. Mama tak sengaja buat Hana macamni. Mama khilaf sebab tak fikir sebelum buat keputusan. Tapi, apa pun terjadi Hana mesti kahwin. Kita tak dapat nak undurkan semua ni. Esok rombongan family lelaki tu akan datang."

Puan Khadijah merapatkan tubuhnya lalu mendakap puterinya seerat eratnya.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now