Chapter 9

2.1K 56 7
                                    


'' Dear, jangan lah buat ucuk macamni. Gelila. '' 
Hana Meddina terus sakan menggeletek pinggang Kekasihnya, Diana Kamarulzaman tanpa menghiraukan suara manja itu.
"No,no. Sape suruh ucuk noty sangat kacau dear buat keje. Geram tau. "
sahut Hana Meddina geram sambil terus mendakap erat tubuh Diana Kamarulzaman dan mencium mesra bibir kekasihnya.
" i cintakan u Ucuk.mmuahhhhh!"
Bibir mereka bertaut membuatkan Diana Kamarulzaman yang berada dibawah mengerang manja.
Hana Meddina memejamkan mata menikmati kucupan yang semakin hangat, lalu perlahan lahan membuka mata untuk menatap wajah kesayangannya yang mengerang semakin kuat.
Namun tiba tiba.

"Arghhhhhhhhhhh!!!!"
Dalam pelukannya bukanlah Diana Kamarulzaman, tetapi satu susuk lembaga hitam yang penuh berulat dan buruk sekali.
Hana Meddina meraung sekuat hati dan meminta tolong.

" Hana, Hana bangun sayang. Hana mengigau ni. "
Puan Khadijah yang terdengar jeritan puterinya terus melulu masuk ke bilik.
Puan Khadijah membaca kursi dan meniupkan ke ubun ubun puteri kesayangannya.
Hana Meddina membuka matanya perlahan sambil terpinga pinga memandang wajah mamanya dan terus mendakap tubuh mamanya seerat eratnya.

   "Ma..Hana mimpi seram".
Bisik Hana Meddina perlahan.
Puan khadijah tergelak kecik dan menenangkan puterinya.

Hana Meddina kembali tenang dan membaringkan semula tubuhnya sambil memeluk bantalnya.
Puan Khadijah keluar untuk memberi ruang puterinya berehat. Dia faham perasaan anaknya. Dia tidak mahu menjadi seorang ibu yang bersikap kejam dan marah membabi buta. Baginya, setiap anaknya, harus dibahagi kasihsayang sama rata.
Begitu juga dengan anak lelaki paling bongsu nya, Ammar Siddiq yang kini berusia 19 tahun dan sedang belajar di Universiti Sains Malaysia. Anak sulungnya pula, Zana Marissa yang berusia 35 tahun sudahpun mendirikan  rumah tangga dan menetap bersama suami dan dua orang cahayamata, Aniq Faeezim dan Anna Qisnaina.
  

Hana Meddina mencapai handphone nya dan membuka facebook. Terasa ringan jarinya untuk melihat status status di facebooknya. Terlihat sekali lagi status dari seorang friendlistnya yang menggunakan nickname ' Mawar Mewangi '. Salah seorang friendlist yang gemar membuat status dalam masa sejam pasti ada dua ke tiga status status yang di update nya.
Tiada gambar pada profile , namun Hana Meddina yakin pemilik akaun itu ialah perempuan kerana pernah menggunakan profile yang ditutup menggunakan emoji yang hanya menampakkan sepasang mata.
Mungkin kah pemilik akaun itu tidak gemar menunjukkan siapa dirinya di umum.
Fikir Hana Meddina sendirian.

'Hello Abuja ! Tolong tangkap perempuan yang masih tidur time ni. '

Hana Meddina ketawa gelihati apabila membaca status dari Mawar Mewangi.
Terasa sungguh dirinya saat itu.
Hana Meddina bangun dari pembaringan lantas menuju ke bilik air untuk membuang air kecil dan membasuh muka bagi memberi kesegaran pada wajahnya .
sesegar coca cola.

Selesai keluar dari bilik air, Hana Meddina  kembali ke katil dan duduk seketika.

"Semalam bobo di mana, bobo sama siapa ngapain aja.."

Hana Meddina mengerling sekilas pada skrin handphone nya. Nombor yang amat dikenalinya, tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan Diana Kamarulzaman.
Cepat cepat Hana Meddina menekan butang reject dan terus mengambil keputusan untuk block.
Tawar dan keras benar hati Hana Meddina.


***********************************************


Nur Mawar Aini POV

"Dik, bangun. kita dah sampai."
Tutur Nur Lili Aina sambil megejutkan adiknya yang lena disebelah.

Nur Mawar Aini tersentak dari lenanya.
" Arghhh! Dah sampai ke kak?"
jawab Nur Mawar Aini dengan malas dan lemah sambil mengesat matanya yang masih mengantuk.
Nur Mawar Aini akur lalu keluar dari pintu kereta.

"kita nak gi mana dulu ni , dik? " Tanya Nur Lili Aina sambil merangkul dan melentokkan kepala nya dibahu adiknya.

Nur Mawar Aini hanya menggelengkan kepala dan menjungkitkan bahu sambil melihat ke arah skrin handphone nya.
Dia membuka ruangan whatsapp dan membaca lalu tergelak sendirian.

"Amboi kau ni dik, aku tanya kau geleng kepala. Orang lain chat kau, kau siap gelak lagi. Malas ar nak kawan kalau macamni!"
Nur Lili Aina mula membebel seakan merajuk.

"Alololololo. Merajuk lak dah. Eee. ada hati nak merajuk hahahha. kak, kau merajuk kang muka jadi Shrek baru tau"
Nur Mawar Aini tergelak besar melihat mulut kakaknya yang muncung sedepa. Kalah muncung ikan jerung.

Nur Lili Aina yang mendengar hanya menjeling tajam dan mengetap bibir tanda geram.

Setelah sampai di pintu mall Ampang Point, mereka berdua lalu masuk beriringan.
Masih terasa sisa merajuk di hati Nur Lili Aina.

"kak, aku nak gi toilet dulu, nak kencing tak tahan dah ujung ujung rasa ni. " tutur Nur Mawar Aini seraya melajukan langkahnya.

Nur Lili Aina termangu sendirian, belum sempat hendak menjawab, adiknya sudah pun laju di hadapan. Kalau lah masuk acara lumba berjalan pasti adiknya menjadi juara. Tiada yang juara melainkan juara belaka.

Setelah siap membuang air kecil,
Nur Mawar Aini keluar dari pintu tandas dan menuju ke sinki.

" Hoii Mawar!!  Kau rupanya. Dah lama tak jumpa kau. Kau apa khabar? "
Pekik gadis pendek sedikit kuat di sebelahnya. biarpun pendek, namun tidak padan dengan kelantangan suaranya yang bagai halilintar. Nyaring.
Kalah Jaclyn Victor. 

"oii kau rupanya Bedah. Aku baik baik je. Kau lak camne sekarang. Berapa orang dah anak?"  Tanya Nur Mawar Aini yang agak terkejut melihat sahabat lamanya.

Mereka berdua berpelukan tanda rindu yang teramat.

Gadis rendah berkulit hitam manis itu memuncungkan mulutnya apabila digelar sedemikian rupa.
'Sesedap hati dia je panggil aku Bedah.'
Gumam hatinya sendiri.
Nama sebenar dia bukan lah Bedah. Tetapi Zubaidah Marissa. Alangkah lebih indah jikalau dipanggil Rissa seperti teman temannya yang lain memanggiL. Namun temannya seorang itu degil , tetap dengan sikapnya yang suka membuli.

"Eleh merajuk lettew  kena panggil Bedah. hahahhahahha. Nama kau memang Bedah pun. Tak kan nak panggil Neelofa kot. Tak patut Tak patut. " usik Nur Mawar Aini sakan mengenakan sahabat lamanya.
Zubaidah Marissa hanya mampu menghadiahkan satu jelingan yang tajam. Kalah pisau pemotong bawang makcik bawang agaknya.

Nur Mawar Aini meneruskan ketawanya tanpa sedar sudah 15 minit dia berada di dalam tandas itu.

Setelah puas melepaskan rindu sebagai sahabat, Nur Mawar Aini meminta izin untuk berlalu pergi kerana bimbang akan kakaknya bertambah marah jika menunggu terlalu lama. Bukan dia tidak tahu dengan sikap kakaknya sendiri, pantang jika menunggu lama lama. pasti akan marah marah ibarat singa kelaparan.

Nur Mawar  Aini  mengatur langkah keluar setelah memastikan dirinya rapi di hadapan cermin meninggalkan sahabat lamanya yang masih berbedak dan berlipstik.
Amboi kalah orang dara.

" Sorry.  Tak sengaja."

Nur Mawar Aini jatuh tersungkur sambil menahan kakinya. Lalu mengangkat wajah memandang empunya diri dan suara yang melanggar kakinya sehingga terjatuh di depan tandas.

           

  " awak...?  ". Tutur wanita di depan itu perlahan.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now