Chapter 45

1.1K 43 0
                                    

Cuaca malam itu sungguh dingin.
Hujan terasa masih membasahi bumi.
Terasa menggigil seluruh tubuh Hana Meddina.
Selimut dicapai lalu ditarik menutupi aras dada. Dipandang seketika wajah ayu dan manis disebelahnya yang sudahpun lena dibuai mimpi.

Tanpa sedar jari jemari mulai singgah di pipi bulat itu. Di usap perlahan lahan.
Hana Meddina menelan liur. Terasa sungguh berdebar.
Perlahan didekatkan tubuhnya lalu tangan merangkul mesra. Terasa nyaman saat mendakap tubuh milik wanita kesayangannya itu.

Mata dipejam.
Segera diusir perasaan aneh yang menyelubungi saat itu.
Perasaan yang pastinya membuat dirinya menjadi tidak keruan. Tidak mahu hanyut dalam gelora yang pastinya membuatkan makhluk Allah yang satu lagi meloncat gembira.
Dia masih tahu akan hukum dan batas agama.
Cuma perasaan dan naluri sahaja yang terasa sukar untuk ditepis tapi tetap dapat dikawal.

"Erghh!"
Nur Mawar Aini menggeliat.

Hana Meddina tersentak dari lena yang baru dirasakan cuma 5 minit tatkala menyedari.
Segera tangan dialih.
Malu menyinggahi bumbung hatinya.
Tidak mahu jika dikatakan mahu mengambil kesempatan.

Namun belum sempat tangannya dialih. Nur Mawar Aini sudahpun menyedari terlebih awal.

"Hana, saya sayang awak."
Bisik Nur Mawar Aini di telinganya.

Terkejut bukan kepalang apabila melihat tubuhnya pula kini berada dalam dakapan. Sangkaannya wanita itu bakal memarahinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Tidak menyangka tindak balas yang diterima mampu membuat hatinya kembali berdegup kencang.
Lebih kencang dari angin kencang.
Lebih kencang dari kuda yg berlari kencang.

Nur Mawar Aini tersenyum memandang wajah wanita dalam dakapannya.
Gilirannya pula mahu mengusik.

"Diam je ni. Malu lettew."
Usik Nur Mawar Aini sambil mencuit pipi Hana Meddina mesra.

"Eh mana ada. Saya cuma..... er.. saya cum"
Hana Meddina gagap.

"Cuma apa?"pintas Nur Mawar Aini.

Hana Meddina berasa geram lalu mencium pipi wanita yang dilihat sengaja mahu menyakatnya itu.
Lama.

Nur Mawar Aini hanya membiarkan. Tidak pula mahu mengelak.

"Saya pun sayangkan awak, Teddy. Sayang sangat sangat." Bisik Hana Meddina lembut.
Terasa romantik nada suaranya malam itu.

"Betul ni? kenapa awak sayangkan saya? "Soal Nur Mawar Aini sengaja mahu menduga.

"Saya sayangkan awak sebab hati. "
Tutur Hana Meddina sambil tersenyum manis. Diusap perlahan ubun ubun wanita yang masih erat mendakapnya. Seolah tidak mahu terlerai.

"Sebab Hati? Maksud awak?"
Soal Nur Nawar Aini semula bersama kerutan di dahi sambil mendongak wajah Hana Meddina yang leka mengusap ubun ubunya.
Tenang sekali dirasakan.

"Yups. Sebab hati. Saya sayang awak dari hati saya. Bukan cuma dari hati bahkan dari jiwa." Luah Hana Meddina sambil menarik perlahan tangan wanita yang kelihatan dilanda kekeliruan itu menuju ke hatinya bagi merasakan degupan yang kian menggoncang ketika itu.

" Saya pun sama. Saya sayang awak dari hati saya, butterfly. "
Nur Mawar Aini tersenyum manja. Dapat dirasakan kasih dan sayang yang hadir saat mendakap erat tubuh wanita pujaan hatinya.

"okay question. kenapa butterfly?"
Hana Meddina menyoal.

"Butterfly terbang merata tempat memberi sejuta keindahan pada semua orang. Tapi awak terbang terus ke dalam hati saya memberi sejuta senyuman dan kebahagian."
Nur Mawar Aini menjawab penuh yakin.

"Wow. Touching. Hehehe.."
Balas Hana Meddina tersipu sipu. Dikucup perlahan dahi milik wanita kesayangannya.

Biarpun tiada lamaran antara mereka. Namun dia tahu dan yakin kedua hati mereka sudah pun bersatu. Bercouple itu bukan suatu kewajiban. Cukup kita tahu pada siapa atau untuk siapa hati kita yang mana kita sendiri dapat merasakan.
Tambahan pula dengan keadaan dirinya yang hampir sahaja menunggu waktu untuk dinikahkan dengan lelaki pilihan mamanya, Izzwan Miqael.
Dia hanya mampu berserah dan bertawakal. Jika benar lelaki itu adalah jodoh yang telah ditetapkan yang Maha Esa untukknya.
Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan Redha.

" Saya nak awak sentiasa ada untuk saya. Walau apa pun yang terjadi. boleh?"
Ujar Hana Meddina sambil memicit manja hidung milik wanita kesayangannya.

"Boleh. Dan saya pun sama. Saya harap awak tak lupakan saya. walaupun awak dah jadi isteri orang "
Luah Nur Mawar Aini. Tanpa sedar airmata mula mengalir perlahan.

Hana Meddina segera menyeka airmata yang mengalir itu lalu mengucup semula dahi milik wanita kesayangannya.

"Awak jangan macamni. Saya sayang awak sampai bila bila. Ingat ni. sampai bila bila bahkan sampai akhir nafas. Awak jangan bimbang saya akan selalu ada untuk awak. saya nak kita kekal sampai bila bila. Walaupun kita tak mampu untuk bercinta macam orang lain. Tapi percayalah hati dan kasih serta sayang kita lebih tulus. Lepas ni kita adalah satu family. Dan semestinya awaklah wanita kesayangan saya dunia dan akhirat."
bicara Hana Meddina lembut sambil menyeka air mata nya yang turut mengalir sendu.

Nur Mawar Aini menangis teresak esak. Wajahnya disembamkan di dada Hana Meddina. Tidak dapat ditahan tangisan yang menyuntik hatinya. Terasa pilu dan sebak menghurungi jiwanya. Membayangkan wanita kesayangan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki. Dan lelaki itu pula sepupunya sendiri.

Hujan semakin lebat kedengaran.
Dalam cahaya suram dan kedinginan malam yang baru saja ke angka 2 pagi itu, Hana Meddina dan Nur Mawar Aini kembali menyambung lena bersama
dakapan yang setia mengabadikan kasih sayang antara kedua hati yang saling tulus mencintai dan menyayangi.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now