Lebuhraya yang sibuk dengan kenderaan menyusup masuk,ada yang keluar dari simpang untuk meneruskan perjalanan. Sebuah kenderaan memecut laju,dengan kelajuan yang dibenarkan.
Si pemandu hanya bersiul-siul mengikut irama lagu yang dimainkan,gear ditarik kemudian dia memberi isyarat untuk memasuki ke simpang keluar dari lebuhraya.
Peronda yang bertugas di kawasan lebuhraya,sedar akan kereta yang melalui di hadapannya. Salah seorang hanya memerhatikan sahaja,kereta hitam bercampur putih itu dibiarkan.
Kereta yang digunakan oleh pemuda tersebut
"Kereta tu bukan jarang dilihat?" soal rakannya yang duduk di kerusi penumpang.
"Ya...kalau ada,cuma satu negara itu sahaja..." jelas peronda itu.
"Alex,kalau kau rasa curiga.. Kenapa tidak mahu tahan?" soal rakannya.
"Bradley,kau tahu bukan S.O.P kita?" soal peronda bernama Alex pada rakannya Bradley.
Bradley tidak mahu bertekak lagi,dia hanya menghela nafas pendek. Dia merasakan sesuatu bakal berlaku,tetapi Bradley hanya fikirkan ia cuma perasaan dia sahaja.
Kereta itu yang dihiraukan oleh peronda tersebut,terus menyusur memasuki jalan kampung dan diperhatikan beberapa orang yang terserempak. Sekadar hon bunyi perlahan diberikan,tanda bertegur sapa dan memberi hormat.
Akhirnya kereta tersebut membelok di sebuah rumah tumpangan,dan parkir di tempat yang disediakan. Sebaik sahaja diparkir pemandu itu mematikan enjin,kemudian dia turun dari kenderaan dan menuju ke rumah tumpangan.
"Hari dah nak gelap,rasanya aku patut berehat.. Lagipun dah sehari suntuk kat dalam kereta.." ujar pemuda itu sendirian.
"Selamat datang sahabat pengembara..." sapa lelaki yang menjaga di kaunter pendaftaran.
"Saya inginkan bilik untuk bermalam..." ujar pemuda itu.
"Sebentar ya... Kamu tulis nama kamu...berapa malam kamu ingin menyewa?" soal lelaki atau penjaga rumah tumpangan.
"Itu...."
"Ayah!!" suara seorang gadis kedengaran.
"Aleya?" penjaga rumah tumpangan kehairanan.
Seorang gadis berpakaian seperti lelaki,namun rambutnya tetap panjang berwarna perang. Termengah-mengah sambil melutut,penjaga rumah tumpangan itu segera berlari mendapatkan anaknya.
"Kenapa ni Aleya?" soal lelaki itu.
"Mereka datang lagi! Kali ni diorang ganggu kedai-kedai di pekan!!" ujar anak gadisnya bernama Aleya itu.
"Ada masalah?" soal pemuda itu.
"Ya... Saya minta tuan tunggu dulu..." ujar penjaga rumah tumpangan itu,lalu dia dan anaknya terus berlari keluar.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AdventureDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...