"Anggun Qhairah!"
Anggun yang sedang nyenyak dibuai mimpi di dalam biliknya terkejut apabila mendengar jeritan daripada ibu tirinya, Mak Leha.
Dia terus bangun dari tidurnya dan berlari menuju ke arah ibu tirinya. Dalam hati tidak habis-habis berdoa agar ibu tirinya tidak memarahinya.
"Kau ni dah kenapa perempuan? Aku suruh kau masak kan? Tapi kenapa kau tidur!"
Sebaik sahaja kaki Anggun menyentuh lantai dapur, terus dia dijerkah oleh ibu tirinya. Rambutnya yang panjang ditarik sekuat hati oleh Mak Leha.
"Maaf mak. Anggun terlelap tadi. Nanti Anggun masak."
Rayu Anggun sambil memejamkan matanya menahan kesakitan. Air matanya mula laju menuruni pipinya. Dari dulu sampai sekarang, ibu tirinya selalu menderanya.
"Maaf, maaf! Kau ingat dengan minta maaf, aku nak maafkan kau? Jangan haraplah! Perangai kau sama je macam bapak kau tu!"
Ayahnya baru sahaja meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Selepas sahaja ayahnya pergi menghadap Ilahi, dialah yang memberi duit kepada ibu tirinya.
"Aku nak kau masak sekarang juga! Kalau aku tahu yang kau malas nak masak untuk aku, siap kau aku kerjakan!"
Dia terus melepaskan rambut Anggun dan menolak Anggun dengan sekuat hati. Kepala Anggun mula terhantuk bucu meja makan dan darah mula mengalir keluar.
Mak Leha hanya melihat darah tersebut dengan pandangan yang kosong. Dia tidak kesah kerana dia sudah muak dengan Anggun.
Anggun terus bangun dan mula mengeluarkan barang-barang untuk memasak. Kepalanya yang sakit ditahan juga sambil airmata laju membasahi pipi.
👑👑👑
'Ting!'
Danish yang sedang sibuk membelek fail terus mengangkat kepalanya memandang telefonnya tanda ada mesej yang masuk.
"Danish, aku dah dapat tangkap dah orang yang sabotaj kau haritu. Aku tunggu kau dekat markas."
-Mike
Danish membaca mesej tersebut sambil menahan amarah di dada. Api kemarahannya mula membuak-buak buak sambil tangannya memegang telefonnya dengan sekuat hati.
"Hai Sayang! I miss you so bad dear."
Danish yang masih belum reda kemarahannya terkejut apabila pintu pejabat miliknya ditolak dengan kasar oleh seorang gadis bertubuh lampai.
"You buat apa dekat sini? Memang you tak malu ke nak dekat i lagi?"
Tanya Danish dengan kasarnya. Bekas kekasihnya, Adriana hanya melemparkan senyuman kepada Danish sambil tangannya bermain dengan tie milik Danish.
"Alaaa... Come on lah sayang. I know you miss me right? Now ! i'm here for you."
"I tahu you nak duit kan sebab duit you dah habis kan?"
Tanya Danish sambil menjeling tajam Adriana. Dia menolak tubuh Adriana ke dinding dan mula bangkit dari kerusinya. Adriana yang mendengar pertanyaan Danish mula berasa malu tetapi dia cuba untuk berlagak biasa.
"Sampai hati you cakap dekat i macam ni."
"Itu fakta bukan auta! Baik you berambus dari sini sebelum i tarik you dengan kejam!"
"Ok, fine!"
Adriana mula melangkah keluar dari pejabat Danish dengan muka yang masam. Danish mula berjalan menuju ke keretanya dan mula menuju ke markasnya.
👑👑👑
Anggun yang sedang membaca buku di atas katil terkejut apabila sehelai gaun separas lutut berwarna merah dicampakkan ke mukanya. Kebetulan, harini dia mengambil cuti, jadi Hana dan Maira yang menguruskan kafenya.
"Aku nak kau pakai gaun ni malam ni."
Kata Mak Leha dengan nada yang kasar. Dia sengaja menyuruh Anggun memakainya kerana dia sudah merancang sesuatu.
"Mak nak bawa Anggun pergi mana?"
Tanya Anggun dengan polos. Dia pelik dengan sikap ibu tirinya yang sedang tersenyum kambing.
"Kau jangan banyak tanya boleh tak? Kau ikut je apa yang aku cakap! Bukan payah pun."
Marah Mak Leha sambil menjeling tajam Anggun. Anggun menggigit bibir bawahnya sambil menganggukkan kepalanya.
"Baiklah."
Mak Leha berjalan keluar dari bilik Anggun sambil tersenyum penuh makna. Dia tidak sabar untuk memulakan rancangannya.
***
Kereta yang dipandu oleh Mak Leha meluncur laju di atas jalan raya. Anggun disebelah hanya mendiamkan diri apabila Mak Leha membawa kereta dengan muka yang bengis.
"Dah, jom turun."
Mak Leha berjalan menuju ke sebuah kelab malam yang terbesar. Keretanya dibiarkan di tepi jalan.
"Kenapa mak bawa Anggun datang sini? Tempat apa ni?"
Tanya Anggun apabila tempat tersebut penuh dengan manusia yang mabuk. Berdiri bulu romanya apabila melihat ada orang yang sedang bercium.
"Bisinglah kau ni! Kau duduk je dekat situ! Jangan pergi mana-mana selagi aku tak datang balik dekat kau!"
Marah Mak Leha. Belum sempat Anggun membalasnya, Mak Leha hilang di celah orang ramai. Anggun berjalan mengambil tempat yang agak tersorok.
"Eh? Apa ni? Lepaslah!"
Terkejut Anggun apabila dua orang lelaki berbadan sasa memegang tangannya. Dia mula meronta minta dilepaskan.
"Baik kau diam sebelum aku pecahkan muka kau! Faham?"
Tengking salah seorang daripada mereka. Anggun terus mengalirkan air matanya apabila rambut ditarik dengan kuat.
"Kau jangan sentuh aku lah! Mak, tolong Anggun."
"Mak? Siapa mak kau? Mulai harini, kau bukan lagi anak aku! Aku nak kau ikut tauke ni sebab aku dah jual kau dekat dia. Kau faham?"
Mak Leha muncul bersama tauke kelab malam tersebut. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang.
"Sampai hati mak buat dekat Anggun macam ni kan? Mak tak sayang Anggun ke?"
"Sayang? Sejak bila aku sayang kau? Kau tu bukan anak aku."
Anggun yang mendengarnya terkejut apabila ibunya sanggup menjualnya kepada orang yang tak dikenali.
Mak Leha berjalan keluar daripada kelab malam tersebut sambil meninggalkan Anggun.
Anggun dibawa ke sebuah bilik yang sederhana besar. Dia terus ditolak masuk ke dalam bilik tersebut dengan penuh kekasaran.
"Aku nak kau bersedia sebab tak lama lagi akan ada orang yang nak langgan kau! Kau jangan berani nak lari dari sini!"
"Maaakkk..."
Rintih Anggun. Sayu hatinya apabila mengenangkan nasibnya yang akan berubah tidak lama lagi. Dia terus bersandar di pintu bilik tersebut dan menangis sekuat hati.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...