💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 33

14K 563 22
                                    

2 bulan kemudian

"Congrats Hana!"

Tempik Maira dan Anggun serentak sambil memeluk Hana. Hana hanya diam sambil tangannya bermain-main dengan manik di bajunya.

"Congrats apa nya? Aku belum kahwin lagi la..."

Jawab Hana. Hari ini merupakan hari istimewa baginya. Hari yang bakal mengubah statusnya dari anak dara kepada isteri orang.

"Kau kenapa ni?"

Tanya Maira pelik apabila Hana langsung tidak bersemangat. Dia menahan dirinya daripada ketawakan Hana.

"Leklah nak kahwin je bukan nak pergi berperang ni..."

"Tapi bagi aku, ni semua dah macam nak pergi perang dah ni."

Anggun hanya menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Hana. Aryan Danial yang sedang lena ditepuk-tepuk sedikit.

Kini usia anaknya sudah cukup 2 bulan. Makin bulat dan mukanya sebijik dengan muka Danish.

"Haah memang kau nak pergi berperang pun. Malamni kau berperang dengan Ryan pula."

Usik Maira lalu mencuit-uit bahu Hana. Anggun yang mendengar ayat Maira hanya menggelengkan kepala.

"Kau cakap apa? Aku tak faham la..."

"Yelah malamni kan first night kau dengan si Ryan. Yela aku tak sab... Aduhh!"

Maira terus menggosok kepalanya yang diketuk kuat oleh Hana. Dia mula menghembuskan nafas lega apabila berjaya mengetuk kembali kepala Hana.

"Kau kenapa?"

"Eleh kau yang pukul aku dulu kan?"

Geram Hana dengan perangai Maira yang semakin nakal. Pembawakan budak kot. Maira hanya mencebik memandang Hana.

"Maaf mengganggu. Pengantin lelaki dah sampai."

Anggun menganggukkan kepalanya kepada orang tersebut. Dia mula memandang muka Hana yang seperti mayat hidup itu.

"Dahla tu gaduh-gaduh, jom turun."

Kata Anggun lalu mengambil anaknya yang lena dibuai mimpi itu. Hana mengeraskan dirinya apabila ditarik oleh Maira.

"Kau taknak kahwin ke?"

Tanya Maira apabila Hana hanya mengeraskan dirinya. Hana mula menggelengkan kepalanya menjawab pertanyaan Maira.

"Kau jangan buat hal sebelum aku panggil Ryan angkat kau."

Ugut Anggun sengaja mengusik Hana. Hana terus bangun dari duduknya dan berjalan meninggalkan mereka berdua.

"Kurang asam punya kawan!"

Kata Anggun dan Maira serentak. Mereka mula mengikuti Hana yang sudah berjalan menuju ke anak tangga.

👑👑👑

Selesai sahaja majlis akad nikah Hana dan Ryan, kesemua ahli keluarga mula berkumpul di dewan bagi majlis bersanding mereka berdua.

"Sayang dah bagi Aryan minum susu tak?"

Tanya Danish apabila melihat Aryan yang dari tadi hanya merengek. Anggun hanya menganggukkan kepalanya dan terus menghulurkan Aryan kepada Danish.

"Kenapa dengan Aryan ni?"

Tanya Mama dan Papa apabila pelik melihat Aryan yang dari tadi merengek. Kesemua ahli keluarga yang lain juga turut berada di situ.

"Aryan demam ni. Balik nanti kita pergi hospital ya."

Jawab Anggun sebaik sahaja tangannya diletakkan di dahi Aryan. Danish mula menepuk-nepuk peha Aryan bagi menidurkannya.

"Mana Hana dan Ryan?"

Tanya Danish pelik apabila kelibat Hana dan Ryan tiada di situ. Aryan sudah pun lena di dalam dukungannya.

"Ada dekat sana tengah layan tetamu."

Jawab Datok Raizal sambil menundingkan jarinya ke arah Ryan dan Hana yang kalut layan tetamu.

"Maira bila due?"

Tanya Datin Rania apabila memandang perut Maira yang sudah memboyot. Maira hanya membiarkan tangan Datin Rania menggosok perutnya.

"Bulan depan due. Sekarang ni pun dah tak larat dah rasa macam nak terberanak dah..."

"Biasalah tu kalau dah 8 bulan dah."

Datin Rania terus ketawa kecil. Taufiq hanya tersenyum memandang mereka berdua. Danish dan Anggun juga turut memerhati Maira.

"Doktor Reena dan Tengku Nasha dah pregnant kan?"

Tanya Anggun tidak sabar. Doktor Reena sekarang berada di luar negara bersama suaminya Tengku Iqbal.

Nasha dan Raziq pun dah berkahwin. Dua majlis sekaligus tapi buat dekat kampung mereka.

"Rezeki diorang dapat timang anak awal. Nanti Ryan dan Hana pula menyusul kan?"

Kata Datok Raizal sengaja mengusik Ryan. Ryan yang baru sahaja muncul hanya mengerutkan keningnya tanda tidak faham.

"Menyusul apa?"

Tanya Hana yang juga turut bingung. Terus kesemua yang berada di situ tertawakan mereka.

"Menyusul dapat baby."

"Aishh apa ni uncle Hana kan ba-..."

"Haah memang pun. Kitorang pun dah tak sabar nak ada anak sendiri. Kan sayang kan?"

Jawab Ryan memotong percakapan Hana. Dia terus memeluk pinggang ramping Hana. Hana yang melihat kelakuan Ryan terus menjeling dengan tajam.

"Aku rasa korang tak boleh dah ada dekat sini. Dah pergi masuk bilik korang. Pengantin baru tak elok tidur lewat."

Kata Danish lalu mengenyit mata kepada Ryan. Ryan terus menarik tangan Hana menuju sebaik sahaja faham akan maksud Danish.

"Aaa nak pergi mana ni?"

Tanya Hana lalu mengeraskan dirinya. Sungguh jantungnya bagaikan nak tercabut. Maira dan Anggun terus tergelak melihat kelakuan Hana yang tidak keruan itu.

"Nak masuk bilik laa sayang oi! Sayang sendiri dengar kan apa yang Danish cakap tadi? Pengantin baru tak elok tidur lewat. Dah jom masuk bilik."

"Ta... tapi ki... kita,"

"Dah tak ada tapi-tapi. Betul tu apa yang Danish cakap."

Sambung Datok Raizal memotong percakapan Hana. Sengaja dia mengusik budak Hana tu.

"Dah jom!"

Ryan mula menarik tangan Hana yang sudah pasrah itu.

"GOODLUCK!"

Tempik Taufiq dan Danish serentak. Ryan hanya mengangkat sebelah keningnya memandang mereka.

"Aishh abang ni selalu je usik Hana tu."

"Alaaa betul apa yang abang cakap tadi. Now Aryan demam and abang rasa Aryan demam sebab nak adik kot..."

Terus terdiam Anggun mendengar ayat Danish. Terciyduk! Habis merah mukanya lebih-lebih lagi kesemua ahli keluarganya mentertawakannya.

"Laaa diam dah?"

Terus Danish mentertawakan Anggun apabila Anggun memasamkan wajahnya. Aryan Danial yang lena dibuai mimpi terkejut apabila mendengar ketawa Danish.

"Tengok tu abang ketawa kuat sangat. Kesian Aryan nak tidur pun tak boleh. Meh dekat mommy meh sayang."

Terus dia mengambil Aryan dari dukungan Danish dan menepuk-nepuk peha Aryan. Matanya mula menjeling tajam Danish yang langsung tidak menunjukkan wajah bersalah.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now