💐 : 𝙲𝙰𝙴𝙼 32

13.4K 582 53
                                    

Danish mula mengangkat kepalanya memandang Anggun apabila terasa gerakan di tangannya. Dia mula memandang Anggun yang terkelip-kelip menahan silau lampu.

"Alhamdulillah sayang dah sedar. Sayang nak air tak? Ada sakit mana-mana tak?"

Tanya Danish prihatin. Anggun hanya menggelengkan kepalanya dan tangannya mula menyentuh perutnya yang sudah kempis.

Bahunya yang ditembak tadi pun sudah siap dibersihkan darah. Lukanya tidak terlalu dalam.

"Mana baby kita? Baby kita ok kan?"

Tanya Anggun apabila perutnya sudah kempis. Dia mula bangun dari tidurnya namun cepat-cepat dihalang oleh Danish.

"Dah sayang rest je dulu and abang nak ucapkan terima kasih dekat sayang sebab dah lahirkan anak kita."

Kata Danish lalu terus mencium dahi Anggun. Pintu bilik yang tertutup rapat mula di buka dan seorang jururawat mula melangkah masuk dengan seorang bayi lelaki.

Anggun mula mengambil anaknya dan dia tersenyum riang melihat kecomelan bayi lelaki tersebut.

"Alaaa sho cute laaa awakni..."

Ujar Anggun dengan penuh teruja. Dia mencium bau anaknya dan matanya mula mengalirkan airmata. Danish mula memeluk isterinya itu.

"Cute kan baby kita? Macam abang muka dia. Sebijik tahu tak?"

Anggun mula mencebik manakala Danish sudah mengangkat keningnya.

"Hai baby!"

Tempik Ryan sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Taufiq yang turut berada di situ terus menampar bahu Ryan.

"Kau nak baby nangis ke dengar suara kau yang dah macam katak tertelan cicak ni?"

Marah Taufiq manakala yang lain turut menjeling tajam Ryan. Ryan hanya menggosok belakang lehernya dan membuat muka bersalah.

"Alololo hensyemnya kamu ni..."

Ujar Maira dengan penuh teruja. Hana yang berada di situ turut teruja melihat kecomelan anak Anggun. Pipi bayi tersebut mula digosok perlahan-lahan.

"Mana mama dan papa?"

Tanya Danish pelik apabila kelibat Datok Raizal dan Datin Rania tiada di situ. Maira mula mengambil bayi tersebut dan tersenyum riang memandangnya.

"Mama dan papa ada hal sikit. Petang nanti diorang sampai."

Jawab Ryan sambil turut mencubit manja pipi bayi tersebut. Manakala Taufiq hanya memandang gelagat isterinya yang teruja memegang bayi tersebut.

"Dah ada nama ke belum ni?"

Tanya Hana tidak sabar-sabar. Danish dan Anggun mula memandang antara satu sama lain.

"Aryan!"

"Danial!"

Ujar Anggun dan Danish serentak. Anggun mula memasamkan wajahnya memandang Danish. Taufiq dan Maira hanya menggelengkan kepalanya memandang mereka berdua.

"Alaaa mana aci macamtu. Orang dah fikir dah nak nama Aryan..."

Kata Anggun sambil membuat muka comel. Danish yang geram melihat muka Anggun hanya menahan sabar.

"Alaaa bukan susah pun. Korang letak je nama Aryan Danial. Adil kan?"

Kata Hana sambil mencebik. Anak dah satu pun perangai still macam budak-budak.

"Ok bijak juga kau ni eh? Assalamualaikum Aryan Danial anak mommy dan daddy..."

Kata Danish sambil mencium anaknya itu. Anggun hanya tersenyum memandang Danish yang dari tadi lagi teruja.

"Ryan dan Hana bila nak kahwin?"

Tanya Anggun sengaja mengusik mereka berdua. Sengaja dia nak suruh Hana tu kahwin dengan Ryan cepat-cepat.

"Bulan depan."

Kata Ryan selamba. Terbeliak mata Hana mendengarnya. Awalnya! Haritu kata tahun depan.

"Apa pandang-pandang macam tu? Kau tak teringin ke nak ada baby juga?"

Usik Ryan selamba. Hana sudah mendiamkan dirinya. Taufiq dan Maira sudah tergelak sakan.

👑👑👑

"Jom kahwin!"

Ajak Adriana selamba. Mike yang sedang mengelamun terkejut mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Adriana.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?"

Tanya Mike pelik apabila Adriana turut berada di pantai itu. Adriana hanya mengangkat bahunya menjawab pertanyaan Mike.

"Orang tanya pun taknak jawab. Pastu tup-tup datang ajak orang kahwin."

Bebel Mike manakala Adriana hanya tergelak memandang Mike. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Mike dan matanya turut memandang air pantai.

"Mesti rasa jijik kan nak kahwin dengan orang macam saya ni?"

Tanya Adriana sambil menundukkan kepalanya. Mike terus terdiam mendengar kata-kata Adriana. Dia mula memandang Adriana yang hanya menundukkan kepalanya.

"Habis kalau rasa jijik, awak tak layak bahagia ke?"

Tanya Mike dan Adriana terus mengangkat mukanya memandang Mike. Mike terus tersenyum manis.

"Semua orang layak untuk hidup bahagia. Tak ada yang sempurna di atas bumi ni, so kita yang harus perbaiki diri kita agar menjadi yang lebih sempurna."

Adriana yang mendengarnya terus mengalirkan airmatanya. Sungguh dia rasa berdosa apabila mengingati semula kisah silam dia.

Memang tiada siapa pun yang pernah menyentuhnya termasuklah Syed Naufal namun dia sendiri berasa jijik dengan dirinya yang sudah melayan ramai lelaki tetapi atas sekadar layan dan tidak lebih dari itu.

"So nak kahwin tak?"

Tanya Mike dengan penuh spontan. Adriana terus terkejut mendengarnya. Habis merah mukanya menahan malu.

"Cepatlah. Lambat jawab kang menyesal tak sudah nanti."

Tanya Mike lagi. Entah kenapa dia jadi berani menuturkan ayat tersebut. Adriana mula menganggukkan kepalanya dan tersenyum malu.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now