'Tap! Tap! Tap!'
Bunyi air hujan yang turun dengan renyai-renyai jelas kedengaran di telinga Adriana. Matanya ralit memerhatikan gambar-gambar yang berada di tangannya.
Sungguh dia tak nafikan yang dia masih sayangkan Danish. Hatinya tidak tentu arah apabila mengetahui yang Danish sudah berkahwin tanpa pengetahuannya.
Dahulu, dialah yang bodoh kerana mensia-siakan Danish yang pernah menjadi kekasihnya. Kini, dia pulang semula ke Malaysia semata-mata untuk mendapatkan Danish semula.
Isteri Danish? Senyuman jahat mula terlakar di bibir merah miliknya. Baginya, gadis kampung tersebut tidak setanding dengan Danish.
Pelbagai rancangan mula terlakar di fikirannya. Imejnya yang dahulu akan ditukar kepada imej yang baru.
Dia tidak kesah bermain dengan darah sekalipun asalkan Tengku Danish Rafiqi menjadi miliknya.
👑👑👑
"Mommy! Taufiq dah balik dah!"
Laung Taufiq dengan kuat sekali apabila kelibat mommynya, Datin Asmah tiada di dalam banglo tersebut. Matanya meliar sekeliling mencari kelibat mommynya.
"Mommy where are you?"
Laungnya sekali lagi dengan kuat. Dia mula melabuhkan punggung di atas sofa empuk di ruang tamu banglo tersebut. Tangannya terus mencapai remote tv dan saluran Astro Ria menjadi pilihannya.
"Mommy taufiq rinduu mommy la..."
Panggilnya lagi sambil ketawa terbahak-bahak. Sengaja dia mengusik mommynya. Dia tahu mommynya suka berleter.
"Kamu ni dah kenapa Taufiq? Terpekik terlolong ternganga dah macam orang hilang bini. Nak kata hilang bini, bini pun takda lagi. Tulah, orang suruh kahwin awal taknak, kan dah hidup bujang macamni."
See? Itu baru separuh Datin Asmah berleter. Nak tunggu habis? Esok pun takkan habis rasanya.
"Alaaa mommy ni, sikit-sikit cakap pasal kahwin. Boring lah Taufiq dengar aaa..."
Adu Taufiq sambil merengek manja. Memang dia lebih manja dengan mommynya berbanding dengan arwah daddynya.
"Alaaa Taufiq... Lama mana lagi kamu nak bujang? Mommy pun teringin nak ada menantu. Tengok Danish tu, happykan?"
Mommynya tidak habis-habis menyebut pasal kahwin. Makin lama boleh bernanah telinga dia asyik dengar perkataan kahwin. Hello? Dia muda lagi.
"Look mommy, i'm still young okay. So, no need to worry about marriage."
"Muda kamu cakap? Umur dah nak masuk 30 dah still cakap muda lagi?"
Kata Datin Asmah sambil menggelengkan kepalanya. Perangai Taufiq ni tak ubah macam perangai arwah suaminya dahulu yang suka menjawab.
Makin lama dibiarkan, makin marah dia dengan sikap Taufiq yang suka menjawab.
"Mommy dah terfikir nak carikan kamu calon isteri,"
"WHATTT?"
Terkejut beruk Taufiq apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut mommynya. Dia memandang mommynya yang sudah tersengih-sengih di sebelahnya.
"Perempuan mana yang mommy nak angkut jadi isteri Taufiq ni mommy?"
Tanya Taufiq dengan muka yang sedih. Sedih dia mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut mommynya.
"Yang tu kamu tak perlu risau, yang penting mommy nak kamu setuju dengan keputusan mommy."
Kata Datin Asmah sambil tersenyum lebar. Dia tahu yang Taufiq akan setuju dengan keputusannya.
"So?"
Tanya Datin Asmah lagi apabila Taufiq hanya senyap di sebelahnya. Dia mencuit bahu Taufiq dan kening sebelahnya dijongket.
Lama-lama barulah Taufiq menganggukkan kepalanya. Perasaanya bercelaru dengan keputusan mommynya.
Tetapi dia tahu yang keputusan mommynya lah keputusan yang paling terbaik. Nak harapkan dia? Lambat lagi.
👑👑👑
"Ryan!"
Laung Taufiq dengan kuat apabila kakinya mula melangkah masuk ke dalam pejabat milik Ryan. Pandangan orang sekeliling sudah tidak dihiraukan lagi.
"Kau ni dah kenapa?"
Tanya Ryan apabila Taufiq memekik namanya dengan kuat. Memang Taufiq menganggu ketenteraman alam.
"Ryan! Kau kena tolong aku."
Kata Taufiq sambil matanya tepat memandang mata Ryan. Ryan di hadapannya sudah pelik dengan perangai Danish yang tidak ubah seperti orang hilang anak.
"Kau nak aku tolong apa "
Soal Ryan dengan hairan. Hairan dia melihat Taufiq. Taufiq mula melabuhkan punggungnya di hadapan Ryan dan matanya masih lagi tepat memandang Ryan.
"Mommy aku nak suruh aku kahwin."
Habis sahaja ayat tersebut terpacul dari mulut Taufiq, terus Ryan ketawa terbahak-bahak.
"Kau ni dah kenapa? Aku bukannya nak suruh kau ketawa pun. Lagipun mana lawaknya yang kau nak ketawa?"
Marah Taufiq dengan bengang sekali. Dia bengang dengan Ryan yang sudah berair mata mentertawakannya.
"So? Apa yang kau nak aku tolong kau?"
Tanya Ryan dengan menahan dirinya daripada ketawa. Silap hari bulan, berlubang kepalanya.
"Aku pun tak tahu nak cakap apa. Tapi aku taknak kahwin lagi."
Adu Taufiq dan tangannya naik menggosok rambutnya yang sudah serabai. Pening dia memikirkan tentang hal tersebut.
"Lah, kau batalkan jelah bukan susah pun. Easy right?"
Kata Ryan sambil mula menyambung kerjanya yang tergendala dari tadi. Dia sendiri tak tahu nak tolong macam mana.
"Kau cakap senang lah. Cuba kau yang berada di tempat aku,"
Jawab Taufiq dengan suara yang berserabut. Ryan ni bukan nak menolong, tapi menserabutkan dia adalah.
"Aku pun tak tahu nak tolong macam mana. Lagipun ni keputusan mommy kau kan? Takkan kau nak bantah."
Kata Ryan dan terus memandang Taufiq yang sudah senyap di hadapannya. Terkedu tergamam ternganga Taufiq di hadapannya apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Ryan.
"Tapi kau rasa okay tak kalau aku nak bantah cadangan mommy aku?"
Kata Taufiq sambil memandang Ryan yang sudah membulatkan matanya memandangnya.
"Hei kau tak kesiankan mommy kau ke?"
Marah Ryan sambil menggelengkan kepalanya. Taufiq di hadapannya makin buntu dengan ayat yang terpacul keluar dari mulut Ryan.
"Okay fine! Nanti kau pula yang akan rasa seperti yang aku rasa sekarang."
Kata Taufiq lalu berlalu dari situ. Ryan sudah tidak henti-henti mentertawakannya. Makin lama dibiarkan, makin kuat Ryan ketawa.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...