'Knock! Knock! Knock!'
Bunyi ketukan di pintu telah menyedarkan Anggun daripada lamunannya. Kelihatan Maira dan Hana berjalan masuk menuju kearahnya.
"Kau dah sedia ke belum? Tetamu semua dah sampai."
Tanya Maira sambil menyentuh bahu Anggun. Hana di sebelah sudah risau melihat keadaan Anggun yang tidak ubah seperti cacing kepanasan.
Anggun sudah pun siap mengenakan pakaian pengantin kembang yang berwarna putih. Tidak lupa juga shawl putih dililitkan di kepalanya.
"A... aku ok, just berdebar banyak. Aku takut lah korang."
Anggun mula berkata sambil memegang tangan kedua sahabatnya itu. Harini adalah hari yang bakal mengubah segalanya. Harinilah hari yang akan mengubah statusnya kepada seorang isteri.
"Kau rilek je. Kitorang ada dengan kau."
Pujuk Maira sambil mengesat airmata yang mengalir di pipi Anggun. Nasib baik make-up mahal. Kalau tak, habis rosak!
Majlis akad nikah Anggun dengan Danish diadakan di rumah milik keluarga Danish. Manakala majlis resepsi akan diadakan di hotel yang ditempah khas oleh Datok Raizal.
"Dah jom turun."
Ajak Maira dan Hana serentak. Anggun mula menarik nafas untuk menenangkan dirinya yang tidak keruan.
👑👑👑
Sebaik sahaja kaki Anggun menyentuh anak tangga atas, flash kamera tidak henti-henti menyilaukan matanya. Jurugambar yang diupah mula mengambil gambar Anggun dari setiap sudut.
Habis menggeletar lututnya apabila orang ramai mula memandangnya. Maira dan Hana di sebelah dipegang erat oleh Anggun.
"Weh Danish! Cantik gila bini kau! Mana kau cari?"
Ryan berkata sambil menyiku lengan Danish yang sedang bermain dengan telefonnya. Sebaik sahaja Danish memandang Anggun, terus terkaku dia melihat Anggun yang bagaikan bidadari turun dari kayangan.
"Mestilah cantik sebab aku yang pilih. Lagipun, aku ni handsome kenalah cari yang cantik-cantik."
"Malas aku layan kau. Baik aku tengok kawan Anggun tu, cantik pun cantik."
Danish yang sedang memuji dirinya terus menjeling Ryan dengan tajam. Kurang asam punya sepupu, buaya darat betul!
***
"Tengku Danish Rafiqi,"
"Saya."
Jawab Danish sambil memegang tangan tok kadi. Dalam hatinya sudah tidak henti-henti berdoa agar tidak tersalah akad.
"Aku nikahkan dikau dengan Anggun Qhairah Binti Mohd Aizat dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Anggun Qhairah Binti Mohd Aizat dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah! Sah! Sah!"
Dengan sekali lafaz, Anggun sudah pun bergelar isteri kepada Tengku Danish Rafiqi. Airmatanya mula jatuh membasahi kedua pipinya.
Selepas mengaminkan doa, Danish mula berjalan menghampiri Anggun yang duduk bersimpuh di tepi Datin Rania merangkap ibu mertuanya.
"Assalamualaikum bidadariku."
Danish berkata lalu terus mencium dahi milik Anggun. Airmata yang makin laju turun dikesat lembut oleh Danish menggunakan tangannya.
Cincin diambil lalu disarungkan ke jari manis milik Anggun. Anggun juga turut melakukan perkara yang sama terhadap Danish. Tangan sasa milik Danish mula diambil lalu dicium dengan penuh kelembutan.
"Adui. Baik kau berhenti menangis sebelum aku cium bibir kau tu."
Bisik Danish ditelinga Anggun sambil tanggannya memeluk pinggang ramping milik Anggun. Terus terkaku Anggun dengan perbuatan dan kata-kata yang keluar dari mulut Danish.
"Anggun, terima kasih kerana sudi menerima Danish dan keluarga kami dalam hidup Anggun."
Datin Rania berkata seraya memeluk Anggun. Datok Raizal di sebelah hanya memerhati perbuatan isterinya sambil tersenyum.
Anggun hanya tersenyum sambil tangannya turut naik memeluk Datin Rania. Maira dan Hana sudah hilang entah kemana.
👑👑👑
Anggun mula meletakkan mukanya diatas meja di hadapan Hana dan Maira. Dia terlalu penat melayan tetamu yang tidak henti-henti datang.
"Kau tak nak pergi berehat lagi ke Anggun?"
Tanya Maira prihatin. Risau dia melihat keadaan Anggun yang terlalu tidak bermaya. Hana di sebelah sudah meninjaukan matanya mencari kelibat Danish.
"Taknak sebab tetamu still ramai lagi. Lagipun aku takut."
Terkedu Maira mendengar jawapan Anggun. Anggun ni kadang-kadang mengada juga. Rumah ni bukan ada hantu pun yang dia nak takutkan.
"Kenapa ni?"
Tanya Danish prihatin sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Anggun. Pelik dia melihat Anggun yang sudah tidak bermaya.
"Anggun ni dah penat sangat dah ni. Maira dah suruh naik berehat tapi dia kata dia takut."
Jawab Hana sambil matanya menjeling tajam ke arah Ryan yang sedang mengenyitkan matanya. Naik rimas dia apabila dilakukan sebegitu oleh Ryan.
"Lah. Apa yang sayang nak takut nya? Abang kan ada."
Jawab Danish lalu tangannya terus naik memeluk pinggang ramping milik Anggun. Terus terkaku Anggun apabila tangan Danish mula merayap di belakangnya.
"Kau ni dah kenapa? Takde tempat lain ke yang kau nak pandang? Aku korek biji mata tu kang."
Marah Hana kepada Ryan. Terkejut Ryan apabila dimarah oleh Hana. Manakala Taufiq di sebelah sudah terbahak-bahak mentertawakannya.
"Woahhh! Garangnya sis! I like!"
Gurau Ryan lagi sambil mengenyitkan matanya kepada Hana. Habis merah muka Hana dengan tindakan Ryan.
"Dahlah kau! Malas aku nak layan."
Jawab Hana sambil beredar dari situ. Maira terus mengejarnya dengan muka yang masam. Sakit hati dengan Hana yang meninggalkannya bersama Taufiq.
Ryan sudah menyimpan senyuman dalam diam. Hatinya bergetar apabila terpandang wajah comel milik Hana. Hana memang menguji kesabarannya.
***
Danish dan Anggun mula berjalan beriringan menuju ke bilik tidur mereka. Pintu dibuka dan dikunci oleh Danish dari dalam selepas sahaja mereka masuk.
"Kau berehatlah. Aku ada kerja yang perlu diselesaikan."
Danish berkata selepas sahaja mereka selesai membersihkan diri. Dia mula mengambil laptop miliknya dan email dibuka untuk membaca mesej yang dihantar oleh Mike.
Setelah menyiapkan kerjanya, Danish mula berjalan menuju ke arah Anggun yang sudah pun masuk ke alam mimpi.
"Selamat malam Anggun."
Danish mengucup dahi Anggun selepas memastikan Anggun betul-betul lena. Dia mula membaringkan badannya di sebelah Anggun dan tangan sasanya mula memeluk pinggang ramping milik Anggun.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...