6 BULAN KEMUDIAN
"Sayang lapar tak?"
Tanya Danish kepada Anggun yang kelihatan tidak bermaya. Kini, usia kandungan Anggun mula masuk 8 bulan dan perutnya sudah memboyot. Danish yang membuat kesemua kerja rumah memandangkan Anggun langsung tidak bertenaga.
"Taknak, abang pun restlah sekali. Dari tadi lagi asyik buat kerja rumah. Nanti penat kalau abang tak rest."
Jawab Anggun sambil menyuruh Danish tidur di sebelahnya. Danish hanya tersenyum dan mula berbaring di sebelah Anggun dan tangannya mengusap lembut perut Anggun.
"Sayang happy tak dapat tahu kita bakal dapat baby boy?"
Tanya Danish lagi. Sungguh dia terlalu gembira mendengar kata-kata yang terpacul dari mulut Doktor Reena. Baby sihat, ibunya pun sihat.
Doktor Reena juga sudah lama berkahwin dengan Tengku Iqbal. Mereka juga turut bahagia apabila Doktor Reena disahkan mengandung.
"Yes, sayang happy sangat-sangat. And tak sabar nak tunggu baby ni lahir tau..."
Kata Anggun dengan penuh teruja. Sungguh dia tidak sabar menunggu kehadiran cahaya mata tersebut. Bagi mereka, kehadiran cahaya mata tersebut adalah hadiah yang begitu terbesar bagi mereka.
"So dah fikir nak letak nama apa?"
Tanya Danish lagi sambil tangannya tidak henti-henti mengusap lembut perut Anggun. Anggun hanya menggelengkan kepalanya mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Danish.
"Nanti kita fikir sama-sama ye. Sekarang sayang mesti penat kan? Dah jom tidur,"
Danish terus memeluk pinggang ramping milik Anggun. Anggun mula membenamkan wajahnya di dada Danish dan matanya mula terkatup rapat.
👑👑👑
Rumah Datok Raizal dan Datin Rania sudah dipenuhi dengan tetamu. Majlis doa selamat telah dibuat kepada Anggun dan juga Maira yang sarat mengandung supaya dipermudahkan segala urusan semasa melahirkan.
"Hai mak-mak buyung sekalian!"
Jerit Hana sambil memeluk Anggun dan Maira. Anggun hanya ketawa melihat gelagat Hana yang ceria. Almaklumlah orang dah ada pasangan kan.
"So mana biy kau Hana?"
Tanya Maira apabila perasan kelibat Ryan Haiqal tiada di situ. Hana yang mendengar perkataan 'biy' mula membuat memek wajah ingin muntah.
"Ada tu haaa dekat situ, tengah ambil makanan..."
Jawab Hana sambil menunding ke arah Ryan yang sedang mengambil makanan. Kurta pink tersarung segak di badannya sesuai dengan Hana yang memakai dress pink.
"Kau bila nak kahwin Hana? Takkan sampai ke tua kau nak couple dengan Ryan? Kau tengok kita orang dah buncit dah ni..."
Kata Anggun sambil menggosok perutnya sambil sebelah lagi tangannya memegang pinggang. Maira juga turut melakukan hal yang sama dengan Anggun. Lenguh!
"Bisinglah kau ni. Aku nak makan, bye baby-baby mama Hana!"
Belum sempat Anggun mengeluarkan kata-kata, Hana terlebih dahulu hilang dari situ. Maira mula menggelengkan kepalanya melihat sikap Hana yang seperti kebudak-budakkan.
***
"Abang taknak makan ke?"
Tanya Anggun prihatin apabila melihat Danish yang dari tadi tidak menjamah makanan. Muka Danish juga turut suram dan risau.
"Abang okay tak ni?"
Tanya Anggun lagi sambil menyentuh tangan Danish. Danish yang hanya mengelamun sedari tadi mula mengangkat kepalanya memandang Anggun.
"Entah abang rasa macam tak sedap hati lah sayang hmmm..."
Jawab Danish sambil meraup wajahnya. Tetamu juga sudah beransur-ansur pulang. Kini, mereka berdua melepak halaman belakang villa Datok Raizal dan Datin Rania.
"Dah jangan cakap macamtu. Abang istighfar je banyak-banyak. InsyaAllah semuanya selamat."
Nasihat Anggun lalu tangannya mula mengusap belakang Danish. Entah mengapa, hatinya mula berdegup kencang apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Danish.
"Semua clear buat masa sekarang. Cuma Anggun dengan Danish je yang ada dekat sini..."
"Baik!"
Bella mula mematikan panggilan telefon tersebut. Matanya dari tadi hanya memerhati Anggun dan Danish. Tangannya mula mengenggam penumbuk dan bibirnya mula mengukir senyuman sinis.
"Sayang lapar tak?"
Tanya Danish dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Anggun mula membuat muka comel sambil laju menganggukkan kepalanya.
"Alaaa kuatnya makan. Kang bucit kang baru tau hahaha..."
Sakat Danish lalu terus mencubit hidung Anggun. Anggun yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Danish terus memasamkan wajahnya.
"Alaaa bukan oranglah yang nak makan. Baby ni yang nak makan."
Danish yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Anggun terus ketawa terbahak-bahak. Muka Anggun yang masam pun sangat comel baginya.
"Haaa yelah-yelah. Baby lapar ya? Tunggu dekat sini jap tau daddy pergi ambil makanan,"
Kata Danish lalu terus bangun menuju ke arah makanan yang terletak di bawah khemah. Anggun terus tersenyum lebar mendengar ayat Danish tadi.
"Line clear. Just do it ASAP!"
Ringkas dan padat tetapi cukup membuatkan semuanya berubah dalam sekelip mata. Anggun yang sedang mengelamun mula ditekup di mulut sehingga pengsan dan diangkat menuju ke arah van yang elok terparking di seberang jalan.
Bella mula berjalan keluar dari semak yang dari tadi dia bersembunyi dengan penuh lagak. Dia hanya memerhati reaksi Danish.
"Nah sayang abang ambilkan un--..."
Belum sempat Danish menghabiskan ayatnya, matanya mula tertacap ke arah sehelai kertas yang diletakkan di atas meja batu tersebut. Tangannya mula mengoyak kertas tersebut dan urat-urat pada dahinya mula kelihatan.
"Kau memang cari pasal dengan aku kan Syed Naufal?!"
Kata Danish sambil menahan marah. Tangannya mula mengeluarkan urat-urat. Taufiq dan Ryan yang kebetulan ada di situ turut terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Danish.
Naluri mereka berdua sudah mengatakan yang sesuatu buruk sudah berlaku apabila kelibat Anggun tiada di situ.
"Korang ikut aku cepat..."
Mendengar sahaja ayat Danish, terus kaki diangkat mengikuti Danish. Markas adalah tempat yang akan Danish pergi dan menyuruh Mike mencari maklumat tentang Anggun.
"Serves you right Anggun Qhairah."
Kata Bella sambil terus berjalan pergi dari situ. Entah mengapa, dia begitu benci melihat muka Anggun yang kononya suci itu.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...