Anggun mula mencelikkan matanya perlahan-lahan apabila ada cahaya lampu yang menyilaukan matanya.
"Aku kat mana ni?"
Monolog Anggun di dalam hati. Dia mula memejamkan matanya untuk mengingat kembali apa yang berlaku.
Seingat dia, semasa dia sedang menangis di dalam bilik di kelab malam, tiba-tiba pintu dikuak dan seorang lelaki tua melangkah masuk dengan senyuman yang penuh bernafsu.
Dia kemudian menendang aset lelaki tua tersebut dan keluar melarikan diri. Semasa dikejar, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipecut laju.
Sebelum memejamkan mata, dia juga sempat mendengar bunyi letupan yang sangat kuat seperti bunyi tembakan. Tup tup bila dah sedar, dia sudah berada di hospital.
"Sepatutnya aku mesti berada di kelab malam tu tapi macam mana aku boleh berada di sini? Mungkin diorang rawat aku kemudian bila aku dah sembuh, diorang akan hantar aku semula ke kelab malam tu."
Kata Anggun sendirian di dalam hati. Mukanya sudah pucat akibat ketakutan. Takut kerana memikirkan tentang dirinya yang akan dihantar ke kelab malam tersebut semula.
"Tak! Aku mesti lari dari sini sebelum diorang tengok aku dah sedar."
Tanpa melengahkan masa, dia terus mencabut jarum di tangannya dan mula berjalan ke arah pintu.
"Cik nak pergi mana ni?"
Tanya salah seorang anak buah Danish yang mengawal bilik Anggun. Danish sengaja mengupahnya kerana risau akan keselamatan Anggun.
"Tolong lepaskan saya encik, saya kena pergi sebelum ada orang tangkap saya."
Rayu Anggun dengan linangan airmata. Dia bimbang akan ditangkap oleh tauke kelab malam tersebut. Dia terus merentap tangannya dengan kuat dan berlari dari situ meninggalkan anak buah Danish.
Kesemua anak buah Danish mengejar Anggun apabila Anggun melarikan diri. Kalau terlepas, memang hancur kepala mereka.
"Aduh!"
Jerit Anggun kesakitan apabila tubuhnya telah dilanggar oleh seorang lelaki yang bertubuh sasa. Kepalanya diangkat untuk memandang muka lelaki tersebut.
"Anggun? Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau boleh ada dekat sini?"
Tanya Danish kepada Anggun. Manakala Ryan dan Taufiq hanya bermain dengan telefon masing-masing.
"Bos, kami minta maaf tapi kami dah cuba halang dah. Kami minta maaf sangat-sangat."
Anak buah Danish muncul dengan nafas yang tercungap-cungap. Danish menjeling mereka dengan jelingan maut. Habis kaku badan anak buahnya mendapat jelingan daripada Danish.
Ya! Danish sudah tahu semua tentang maklumat Anggun. Dari Anggun kecil sehinggalah Anggun dijual juga dia sudah tahu. Tak ada sedikit pun yang terlupa bahkan kawan-kawan Anggun juga dia selidik.
"Aku nak kau ikut aku masuk wad kau sekarang. Kau tu belum sihat lagi, jangan nak mengada-ngada nak lari."
Kata Danish dengan nada yang dingin. Dia terus memegang tangan Anggun dan menarik Anggun masuk ke dalam wad semula.
"Encik, tolong lepaskan saya encik. Saya kena lari dari sini secepat mungkin sebelum ditangkap oleh tauke kelab malam."
Rayu Anggun dengan linangan airmata. Dia menarik tangannya dari pegangan Danish. Namun, tenaganya tidaklah sekuat tenaga Danish.
"Kau jangan banyak cakap boleh tak? Kau tu belum sihat lagi so, kau ikut je apa yang aku cakap, faham?"
Danish menarik Anggun ke wadnya dan memanggil Doktor Reena untuk memeriksa keadaan Anggun.
Manakala Anggun hanya mendiamkan diri dan menangis memikirkan nasib dirinya yang sudah berubah.
👑👑👑
Kereta jenis Honda City berwarna merah dipandu laju oleh Hana manakala Maira hanya duduk di sebelahnya. Mereka sekarang sedang menuju ke rumah Mak Leha untuk mencari Anggun.
"Wei Hana, kau rasa apa yang jadi dekat Anggun? Aku risaulah."
Tanya Maira kepada Hana. Sudah seminggu Anggun menghilangkan diri dan nombornya juga sudah tidak aktif.
"Manalah aku tahu. Aku pun risau lah. Kau pun tahu kan perangai mak tiri dia tu macam mana. Kita hanya mampu tegur tapi dia sedikit pun taknak dekat cakap kita."
Kata Hana sambil mata memandang tepat ke hadapan. Maira di sebelah sudah mendiamkan dirinya dan tidak sabar untuk berjumpa dengan Anggun.
***
Setelah memakirkan kereta di hadapan pintu pagar rumah banglo milik Mak Leha, Hana dan Maira terus berjalan menuju ke arah pintu masuk rumah tersebut.
"Assalamualaikum Mak Leha."
Hana memberi salam dengan kuat. Mak Leha tu bukannya tak tuli! Manakala Maira di sebelah hanya mendiamkan diri. Dia jenis penakut sedikit.
"Waalaikumussalam. Korang nak apa datang rumah aku?"
Muncul Mak Leha dengan muka yang masih mengantuk. Mungkin baru bangun dari tidur. Dia memandang dengan perasaan jengkel kepada mereka berdua.
"Errr... kitorang nak jumpa dengan Anggun. Dia ada tak?"
Jawab Maira dengan teragak-agak. Gerun melihat muka Mak Leha yang macam harimau terlepas sangkar. Kakinya sudah menggeletar akibat ketakutan. Manakala Hana di sebelah hanya menggelengkan kepala melihat Maira yang macam tikus lembik.
"Kau datang rumah aku semata-mata nak jumpa perempuan sundal tu? Baik kau tak payah datang."
Jawab Mak Leha dengan kasar. Bengang kerana mereka bertanyakan hal Anggun. Baginya, Anggun sudah tidak wujud dalam hidupnya.
"Mak Leha, kitorang datang ni dengan cara baik tau. So, jangan sampai kitorang hilang sabar."
Hana yang dari tadi mendengar terus menjampuk perbualan tersebut. Bengang kerana pertanyaan Maira dijawab dengan kasar.
"Ouh. Kau nak tunjuk gangster kau kat sini? Baik balik lah!"
Marah Mak Leha sambil membulatkan matanya luas-luas. Walaupun dirinya sudah tua, tapi dia langsung tidak takut akan mereka berdua.
"Mak Leha! Anggun mana?!"
Jerkah Hana dengan kuat. Makin lama makin hilang sabarnya. Manakala Maira di sebelah sudah menarik tangannya untuk pulang.
"Anggun tak ada! Aku dah buang dah dia dari hidup aku. Entah hidup lagi ke tak betina tu."
Jawab Mak Leha sambil menyilangkan kedua tangannya di dada. Dia berpuas hati kerana dapat menyakitkan hati mereka berdua.
"Mulut Mak Leha tu jaga sikit. Mak Leha tu dah tua so, buatlah cara macam orang tua. Nak mati pun esok lusa tapi perangai? Harem. Sanggup Mak Leha buang anak Mak Leha sendiri kan? Mak Leha ni tak ada hati perut ke?"
Jawab Hana dengan kasar. Jantungnya sudah berdegup tidak menentu. Macam-macam bermain di fikirannya tentang keadaan Anggun.
"Korang berambus sekarang! Jangan datang rumah aku lagi!"
Jawab Mak Leha sambil berjalan menuju ke arah pintu rumahnya. Senyuman yang paling hodoh diberikan kepada Hana dan Maira.
'Dummm!'
Maira mula menarik tangan Hana yang makin tidak keruan. Mereka mula berjalan menuju ke arah kereta mereka berdua.
"Takpa, nanti kita cari Anggun ya. Kau sabar je sikit lagi. Aku yakin yang Anggun tak jauh dari sini. Jom balik."
Jawab Maira bagi menenangkan Hana. Dia mula mengambil alih untuk memandu bagi menggantikan Hana yang kelihatan seperti orang yang tidak waras.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤️
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...