💐 : 𝙴𝚗𝚍 - 𝙺𝚊𝚖𝚙𝚞𝚗𝚐

13.9K 515 15
                                    

"Macam mana? Korang ikut sekali tak?"

Tanya Danish kepada Ryan dan Taufiq. Terangguk-angguk kepala mereka sambil memandang Danish.

"Kang tak pasal-pasal nanti senduk opah melayang dekat muka aku. Dahlah nak dekat setahun dah kita tak balik kan?"

Tanya Ryan sambil membayangkan senduk opah yang pernah melayang dekat muka dia. Sakit cuk! Habis tergelak Danish dan Taufiq yang mendengarnya.

"Amboi sedapnya gelak."

Sapa Maira yang tiba-tiba sahaja muncul dari situ. Taufiq terus mengambil anaknya, Qhadeejah dari dukungan Maira.

"Eh dah chubby dah anak sedara Daddy Danish ni?"

Kata Danish sambil mencubit manja pipi Qhadeejah. Tersenyum Qhadeejah apabila diagah oleh Danish.

Kini usia Qhadeejah baru sahaja dalam 2 bulan tapi badan, mak aih chubby gila.

"Jadi menantu Daddy Danish nak?"

"Amboi!"

Terkejut Danish dengan Anggun yang baru sahaja muncul sambil mendukung Aryan Danial.

"Sedapnya sembang. Kang nanti tak pasal-pasal masin mulut abang tu."

"Kalau masin mulut abang ni, maknanya kita berbesan dengan Taufiq la."

Habis tergelak semua yang berada di situ mendengar jawapan Danish. Anak baru 5 bulan tapi dah plan nak cari calon menantu.

"Mana Hana?"

Tanya Ryan sebaik sahaja perasan akan kelibat isterinya yang tiada di situ.

"Hana tengah rest dekat dalam bilik. Tadi dia kata dia sakit kepala."

Jawab Anggun. Mereka sekarang sedang berkumpul di rumah Danish memandangkan esok mereka akan bertolak pulang ke kampung.

"Btw, Hana pregnant ke? Tadi dia ada cakap yang dia tak sedap badan pastu masa tengah masak, dia muntah."

Sambung Anggun lagi. Terdiam seribu bahasa Ryan mendengarnya. Memang Hana ada mengadu nak muntah, sakit kepala tapi dia tidak pernah terfikir pun yang Hana mengandung.

"Dah bawa dia ke klinik?"

Ryan hanya menggelengkan kepalanya. Taufiq dan Danish memandang tajam ke arah Ryan manakala Anggun dan Maira juga turut melakukan hal yang sama.

"Apa?"

Tanya Ryan sambil membuat muka tidak bersalah. Mukanya tu memang dah blur tahap kanak-kanak yang baru lahir.

"Lainkali kalau bini tak sihat, terus bawa ke klinik. Nanti kalau jadi apa-apa, macam mana? Siapa yang susah?"

Anggun selaku yang arif mula melontarkan kata-kata. Ryan terus menganggukkan kepalanya.

"Apa yang dah jadi dekat orang yang culik Anggun tu?"

Tanya Anggun pelik. Sejak harini, dia masih belum mendapat jawapan tentang pertanyaannya.

"Dah mati dah..."

Jawab Danish selamba. Anggun terus membulatkan matanya memandang Danish. Maira juga turut sama terkejut.

"Macam mana dia boleh mati?"

Danish menghembuskan nafasnya. Niatnya memang taknak bagitahu Anggun tapi, nampak gaya memang kena bagitahu.

"Entah lepas je abang dan yang lain keluar, tempat tu tiba-tiba meletup. Mayat dia pun polis tak dapat kesan sebab bangunan tu semua dah hancur. Tinggal abu je."

Terkejut Anggun mendengarnya. Tapi baginya, itu semua balasan kepada Syed Naufal.

"Dah pergi masuk tidur. Esok nak balik kampung dah. Korang pun pergi masuk tidur."

Danish menyuruh kesemua  yang berada di situ seperti menyuruh kanak-kanak tidur. Ya, mereka semua bermalam di rumah Danish memandangkan awal pagi esok, mereka akan bertolak pulang ke kampung secara serentak.

👑👑👑

"Wah cantiknya!"

Tempik Anggun apabila melihat kawasan rumah opah yang berada di tengah-tengah sawah padi dan di belakangnya terdapat tasik kecil.

Maira dan Hana juga turut kagum melihat rumah opah. Anak-anak mereka didukung oleh bapa mereka.

Assalamualaikum opah."

"Waalaikumussalam. Ramainya yang datang. Semua cantik-cantik belaka. Mana satu bini korang ni?"

Tanya opahnya sambil tangan dihulurkan ke arah mereka untuk bersalam. Anggun terpegun melihat muka opahnya yang masih lagi tanpa sebarang kedutan.

Cantik? Memang tidak dinafikan yang opah mereka macam orang muda.

"Meh masuk meh. Ni anak kamu ke? Alololo sebijik macam muka kamu masa kamu bayi"

Opahnya mula mengambil Aryan Danial dari dukungan Danish manakala Qhadeejah masih lagi terlena.

"Handsome macam Danish kan?"

"Haah."

Terus Danish mengangkat keningnya memandang semua yang berada di situ. Anggun terus menjulingkan bebola matanya ke atas. Pantang dipuji!

"Kamu dah ada ke belum? Opah tengok macam dah ada isi dah tu."

Habis merah muka Hana. Ryan hanya tersenyum sambil tangannya memegang Hana yang masih lagi tidak sihat.

"InsyaAllah."

Jawab Ryan. Dia sendiri tidak sabar nak ada anak sendiri. Dengki tu memang dengki, tapi rezeki masing-masing nak buat macam mana. Mungkin belum sampai lagi rezeki mereka berdua.

"Dah jom naik."

Ajak opah lalu terus masuk ke dalam rumah. Danish masih lagi setia berdiri di sisi Anggun sambil mendukung Aryan manakala sebelah tangannya lagi memeluk pinggang ramping Anggun.

"I love you sayang."

"I love you too abang."

Tersipu-sipu Anggun menjawabnya. Buat drama sweet tengah jalan katakan. Kaki mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah.

🐰🐰🐰

Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤

CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️Where stories live. Discover now