Mulut Anggun yang penuh dengan makanan mula bergerak mengikut alunan muzik yang sedang dimainkan. Sejak kebelakangan ini, kepalanya selalu sakit dan tekaknya terasa loya.
"Dah la tu makan, nanti muntah kang baru tau."
Kata Danish sambil matanya masih lagi tertumpu ke arah pemanduannya. Anggun hanya menjeling manja dan masih lagi menyuap mister potato ke dalam mulutnya.
"Anggun, nanti dekat majlis kita nak makan lagi. Simpanlah dulu potato tu."
Kata Danish sekali lagi dengan nada yang sedikit tinggi. Bukan apa, bimbang dia takut Anggun termuntah dekat majlis kahwin Maira dan Taufiq.
***
"Abang..."
Anggun memanggil Danish yang laju berjalan di hadapannya. Danish memusingkan badannya dan berjalan ke arah Anggun yang masih berdiri dekat kereta.
"Kenapa ni?"
Tanya Danish lalu menggosok kepala Anggun. Anggun memejamkan matanya dan terus menggelengkan kepalanya. Kepalanya terasa begitu berat dan tekaknya terasa loya.
Danish menarik tangan Anggun dan memimpinnya masuk ke dalam dewan tersebut. Mereka mula menuju ke arah meja yang telah dikhaskan untuk keluarga mereka. Anggun terus sahaja melentokkan kepalanya di atas bahu Danish sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung mereka.
"Anggun tak sihat ke?"
Tanya Datin Rania sebaik sahaja melangkah ke arah mereka berdua. Ryan dan Hana juga turut berada di situ. Datin Rania mula menggosok kepala Anggun dan Anggun hanya memejamkan matanya.
"Anggun demam."
Kata Danish sambil tersenyum. Dia sendiri risaukan keadaan Anggun yang pucat dan kurang bermaya itu. Datin Rania turut kesiankan menantu kesayangannya itu.
👑👑👑
"Congratulations bro!"
Kata Danish sambil menepuk bahu Taufiq. Kini, Ryan sahaja yang bujang di antara mereka bertiga. Maira di sebelah hanya tersenyum ke arah Danish dan Anggun.
"Tahniah."
Kata Anggun dan memeluk Maira. Sungguh dia tidak sangka yang kawan baiknya sendiri berkahwin dengan sepupu Danish. Hanya Hana yang masih lagi anak dara di antara mereka bertiga.
"Nanti cepat-cepat bagi baby tau."
Seloroh Danish lalu ketawa terbahak-bahak. Habis merah muka Maira dan Taufiq menahan malu kerana seluruh ahli keluarga mereka turut ketawa.
"Kau sedap je cakap aku, yang kau tu bila lagi?"
Balas Taufiq sambil mengangkat kedua belah keningnya. Kini, giliran Anggun yang menahan malu manakala Danish di sebelah hanya tersenyum dan tangannya mengusap perut Anggun.
"Aku dah ada. Tunggu kau je lagi..."
Kata Danish dengan penuh yakin. Terkejut Anggun dengan tindakan Danish yang spontan itu. Seluruh ahli keluarga mereka juga turut terkejut dengan ayat yang terpacul keluar dari mulut Danish.
"Hish abang ni jangan laa main-main macam tu."
Kata Anggun sambil menepuk bahu Danish. Danish hanya membiarkannya dan tangannya masih setia di perut Anggun.
"Takda la aku memain je..."
Kata Danish lalu terus tersenyum memandang Anggun. Lega Anggun mendengar jawapan yang keluar dari mulut Danish. Bukan apa, dia takut seluruh ahli keluarganya gembira dengan benda yang dia sendiri pun tak pasti lagi.
***
"Aku minta diri dulu. Anggun memang dah tak ada tenaga langsung dah."
Kata Danish sambil memimpin tangan Anggun keluar. Anggun yang sudah separuh sedar hanya mengikut sahaja Danish.
Dunianya terasa seakan-akan berputar. Kepalanya terasa begitu berat dan mulutnya terasa begitu loya dan memualkan.
Dia terus memejamkan matanya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Danish terus memandu pulang dan membiarkan Anggun lena di sebelahnya.
👑👑👑
"Morning sayang."
Kata Danish sambil tersenyum manis. Anggun hanya tersenyum memandang Danish dan dia hanya memandang dirinya yang memakai baju tidur.
"Feeling better?"
Tanya Danish lalu mengurut lembut ubun-ubun Anggun. Anggun memejamkan matanya dan dia terus melentokkan kepalanya di atas dada Danish.
Dia yang mengangkat Anggun semalam dan dia jugalah yang menyalin pakaian Anggun. Keadaan Anggun memang separuh sedar sahaja ketika itu.
"Thanks..."
Kata Anggun sambil matanya memandang Danish. Airmata laju membasahi kedua belah pipinya. Danish pelik dengan perangai Anggun yang terlalu sensitif itu.
"Kenapa nangis ni?"
Tanya sambil mengelap airmata Anggun. Anggun hanya menggelengkan kepalanya dan hanya tersenyum.
"Abang yang patut ucapkan terima kasih dekat sayang kerana selalu ada di sisi abang tidak kira susah mahu pun senang. Abang harap sangat yang sayang akan kekal macamni di sisi abang selalu. Terima kasih sayang..."
Terus dicium dahi milik Anggun. Makin kuat airmata Anggun jatuh. Danish terus memeluknya bagi meredakannya.
"Abang nak makan apa?"
Tanya Anggun sambil tangannya mengikat rambutnya. Dia belum menyediakan sarapan pagi buat suaminya itu.
"Sayang kan sakit lagi. Tak payah masak laa harini, kita makan dekat luar nak?"
Kata Danish dan Anggun menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Danish terus ketawa melihat telatah comel milik Anggun.
Anggun terus sahaja berlari menuju ke arah tandas dan terus mengeluarkan segala isi perutnya. Danish yang kalut terus berlari ke arah Anggun dan menggosok belakang Anggun.
Bau muntah yang dikeluarkan oleh Anggun turut meloyakan tekak Danish namun ditahannya. Mata Anggun mula berair dan dia tidak henti-henti muntah.
"Sayang okay tak?"
Tanya Danish sebaik sahaja dia membasuh muka Anggun yang pucat itu. Anggun hanya menganggukkan kepalanya dan kakinya terus melangkah menuju ke arah dapur.
"Ya Allah sayang nak pergi mana tu?"
Tanya Danish lagi. Bimbang dia melihat Anggun yang berjalan terhuyung-hayang itu. Dia terus mencapai tangan Anggun dan menariknya duduk.
"Abang, sayang nak masak la..."
Kata Anggun lalu terus berjalan dan Danish terus menggelengkan kepalanya. Dia terus mengikuti langkah Anggun yang makin lama makin perlahan.
Keningnya berkerut apabila Anggun memberhentikan langkahnya dan tangannya memegang kepalanya. Anggun terus jatuh pengsan ke atas lantai.
"Ya Allah sayang!"
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...