Beg yang berisi pakaian ditarik dengan penuh kegembiraan. Sungguh Anggun gembira kerana sudah pulang ke Malaysia. Makin lama dia di negara luar, makin bosan dia dengan cuaca di sana.
Danish di sebelah mengeluarkan anak kunci rumahnya dan membuka pintu rumah mereka berdua. Kaki Anggun laju menuju ke arah sofa yang berada di hadapan televisyen dan dia terus menghempaskan badannya ke atas sofa tersebut.
"Penat sangat ke sayang hmmm?"
Tanya Danish sambil menggosok kepala Anggun dengan penuh kelembutan. Anggun hanya menganggukkan kepalanya dan dia terus memejamkan matanya.
"Rehatlah puas-puas. Abang nak naik mandi."
Kata Danish lalu terus mencium dahi Anggun dan terus kakinya melangkah menuju ke arah tangga meninggalkan Anggun yang semakin hanyut dibuai mimpi.
***
'Ting!'
Tangan Danish laju mencapai telefon miliknya yang berada di atas meja sebaik sahaja dia selesai mandi. Tangannya laju membuka pesanan yang dihantar oleh anak buahnya.
To : DanishRafiqi
Dia dah pulang Malaysia.
Satu ayat yang dihantar oleh anak buahnya sudah cukup membuatkannya marah dan takut. Marah kerana musuh ketatnya sudah pulang ke Malaysia demi membalas dendam yang dahulu. Takut kerana bimbang Anggun akan jatuh ke tangan musuhnya jika dia lalai dalam sekelip mata.
"Shit!"
Satu ayat terpacul keluar dari mulut Danish. Dia meraup mukanya dan rambutnya yang basah dikusutkan lagi.
👑👑👑
"Dum!"
Pintu markas ditutup dengan kuat sekali sebaik sahaja dia sampai ke markas tersebut. Ryan dan Taufiq berpandangan sesama sendiri dan masing-masing mengangkat bahu tanda tidak mahu ambil peduli dengan Danish. Dah terbiasa bagi mereka.
Tangan Danish mula mengambil pisau yang elok tersusun di dalam almari lalu kakinya laju melangkah ke arah seorang pemuda yang berada di hujung bilik. Muka pemuda tersebut ditutup dengan plastik hitam dan darah berlumuran di baju pemuda tersebut.
'Zasss!'
Pisau yang dipegangnya terus dicucuk kedalam peha pemuda tersebut. Meraung pemuda tersebut apabila Danish makin dalam menikamnya.
Ryan Dan Taufiq hanya memerhati sahaja dan terus meyambung bermain game di telefon masing-masing. Tersenyum Danish apabila darah laju mengalir keluar.
"Sakitttlah BODOHH!"
Tempik pemuda tersebut dengan kuat sekali apabila Danish menyentuh pehanya dengan kuat sekali. Tersenyum sinis Danish apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut pemuda tersebut.
"Kau panggil aku bodoh? Kau sedar tak siapa yang bodoh sekarang ni?"
Kata Danish sambil menoreh pipi pemuda tersebut. Baju putih yang dipakai oleh pemuda tersebut sudah dipenuhi dengan darah.
"Kau tu yang bodoh sebab cuai dalam buat kerja! Ada hati konon nak intip bini aku tapi kantoi! Tu maknanya kau yang bodoh!"
Marah Danish sambil matanya tajam menikam mata pemuda tersebut. Bengang dia kerana anak buah musuhnya ditangkap sedang mengintip Anggun di taman rumahnya.
Tangannya terus mencapai sebilah pedang yang terletak elok di atas meja di hadapannya. Dia mula menikam perut pemuda tersebut sehinggalah terburai isi perut pemuda tersebut.
"Kau ingat senang ke nak intip aku dan bini aku? Sorry bro lambat lagi."
Kata Danish sambil bermain dengan pipi pemuda tersebut. Nyawa pemuda tersebut hanyalah nyawa-nyawa ikan.
Dia mula bangun dan mencuci tangannya di singki yang elok terletak di tepinya dan kakinya mula melangkah keluar bilik tersebut.
"Sebaik sahaja bangsat tu mati, aku nak korang hantar dia dekat boss dia."
Arah Danish kepada anak-anak buahnya. Terus mereka menganggukkan kepala mereka sebaik sahaja menerima arahan daripada Danish.
"Angguk-angguk, faham ke tak?!"
" Fa... faham."
Terketar-ketar mereka menjawab apabila Danish menjerkah dengan kuat sekali. Dekpun ore tanyo angguk sajo jah hekhekhek.
👑👑👑
Taufiq tersenyum melihat Maira yang manis bertudung di hadapannya. Makin kekok Maira apabila Taufiq tidak habis-habis senyum ke arahnya.
"Errr... Awak okay tak?"
Tanya Maira apabila Taufiq masih lagi memandang ke arahnya. Dia sendiri buntu kenapa dia bersetuju untuk keluar dengan Taufiq sedangkan dia tidak pernah bercakap dengan Taufiq.
"Jom kahwin dengan aku."
Tersedak Maira sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Taufiq. Tak ada angin tak ada ribut tup tup ajak dia kahwin fuh memang terkejut beruk.
"Awak demam ke?"
Tanya Maira takut-takut. Takut kerana melihat Taufiq yang gelisah macam cacing kepanasan di hadapannya. Taufiq memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam dan seperti merayu kearahnya.
"Please... Iya memang kau tak cintakan aku tapi kita kan boleh bercinta selepas kahwin."
Kata Taufiq sambil merenungnya dengan seribu kerayuan. Maira di hadapannya senyap tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata pun dari mulutnya.
"Aku janji aku akan jaga kau dengan penuh tanggungjawab. Aku janji aku takkan tinggalkan kau walau apa pun yang terjadi."
Kata Taufiq lagi sambil tersenyum manis. Dia tahu Maira sedang buntu di hadapannya. Dia sendiri mengaku yang dia terlalu awal membuat keputusan. Dan dia juga tahu yang dia terlalu mendesak Maira untuk bersetuju berkahwin dengannya.
Lama-lama barulah Maira menganggukkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu setan apa yang merasuki dirinya sehingga membuatkan dirinya bersetuju untuk berkahwin dengan Taufiq. Tapi hatinya yakin bahawa Taufiq mampu untuk menjaganya.
"Terima kasih."
Taufiq mengucapkan terima kasih kepada Maira kerana telah bersetuju untuk berkahwin dengannya. Dia berjanji yang dia akan menjaga Maira sehingga hujung nyawanya walau apa pun ujian yang bakal melanda dalam rumah tangganya nanti.
Maira dihadapan hanya tersenyum memandangnya walhal dia sedang buntu dengan keputusannya sendiri.
'Ting! Ting! Ting!'
Bunyi telefon pintar milik Taufiq menyentakkan Maira daripada lamunannya. Taufiq terus menjawab panggilan tersebut apabila nombor yang tidak dikenali menghubunginya.
"Aku akan hancurkan semua orang yang kau sayang dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi orang kesayangan Tengku Danish Rafiqi."
Katanya lalu terus menutup panggilan tersebut tanpa sempat Taufiq membalas. Dahi Taufiq mula berkerut memikirkan musuh mereka yang akan pulang ke Malaysia demi membalas dendam.
Tanpa berfikir panjang, dia terus mengajak Maira untuk pulang sebelum sesuatu yang lebih buruk akan berlaku. Maira yang hairan hanya mengikuti Taufiq tanpa banyak cakap.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
AksiMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...