"Hai baby."
Tersenyum Adriana apabila seorang pemuda dalam lingkungan 40-an menyapanya. Kakinya terus melangkah ke arah pemuda tersebut yang tersenyum miang memandangnya. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas peha pemuda tersebut.
Tangannya mula mengusap peha milik Adriana dan kepalanya dibenamkan dileher Adriana. Adriana yang hanya memakai gaun separas lutut berwarna hitam hanya tersenyum kepuasan.
"So? You dah sedia ke belum nak balas dendam pada Danish?"
Tanya pemuda tersebut sambil matanya yang redup memandang Adriana yang sedang tersenyum. Adriana hanya menganggukkan kepalanya tanda sudah bersedia.
Ya! Tuan Syed Naufal hanya pulang ke Malaysia semata-mata untuk membalas dendam terhadap Danish yang telah menyebabkan dia kehilangan kontrak berjumlah 10 juta.
Api dendamnya membuak-buak apabila terdengar nama Danish dan lebih membuatkannya dia bersemangat untuk membalas dendam, dia tekad untuk menjadikan Anggun Qhairah miliknya.
"So? Bila kita nak start?"
Tanya Adriana kerana dia pun sudah tidak sabar untuk menjadikan Danish miliknya. Makin lama dia kehilangan Danish, makin tidak tahan dia menahan kerinduan terhadap Danish.
"As soon as possible."
Kata Syed Naufal sambil tangannya bermain dengan sebiji pistol berwarna emas. Satu das tembakan dilepaskan di hujung bilik tersebut bagi melepaskan geram.
👑👑👑
"Banyak ke barang dapur yang sayang nak beli?"
Tanya Danish sambil menolak troli yang berisi dengan sayur-sayuran. Anggun hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum memandang Danish. Tangannya lincah membelek bahan-bahan basah di hadapannya.
"Abang tunggu dekat sini sekejap. Saya nak ke sana nak pilih buah-buahan"
Kata Anggun lalu terus beredar meninggalkan Danish di situ. Danish terus mengeluarkan telefon miliknya sementara menunggu Anggun yang sedang memilih buah-buahan.
"Hai girl."
Anggun yang sedang kusyuk memilih buah anggur terus memalingkan wajahnya memandang seorang gadis tinggi lampai yang menegurnya.
"Hai."
Katanya lalu tersenyum manis memandang gadis tersebut. Adriana hanya tersenyum melihat Anggun yang berwajah polos. Kalau nak diikutkan hati, memang di situ jugalah dia akan mencederakan Anggun.
"So? You ni wife Tengku Danish Rafiqi? By the way i Adriana, kawan sekolej your husband."
Anggun yang hairan di hadapannya hanya menganggukkan kepalanya. Tangannya mula berjabat dengan tangan milik Tengku Adriana Alexa.
"Erm... Cik ada nak cakap apa-apa lagi ke? Maaflaaa... suami saya sedang tunggu dekat sana."
Kata Anggun selepas sahaja memilih buah-buahan. Dia kesian akan Danish yang sedang menunggunya.
"Ouh sorry menganggu you. Nanti sampaikan salam i dekat Danish . And congratulations on your wedding with him. Sorry tak dapat datang."
Kata Adriana lalu mencubit pipi milik Anggun. Dia terus berjalan meninggalkan Anggun yang masih setia berdiri di situ. Hatinya puas kerana dapat berkenalan dengan isteri Danish. Baginya, Anggun terlalu naif dan tidak setanding dengannya.
Tanpa melengahkan masa, dia terus berjalan menuju ke arah Danish yang masih setia menunggunya.
"Sayang beli apa lama sangat ni? Sayang pergi ambil buah ke pergi tanam buah?"
Tanya Danish sambil mencuit dagu milik Anggun. Anggun menjelingnya dengan jelingan yang manja dan membuatkan Danish tertawa melihatnya.
"Alololo buat muka kiut pula. Dah jom bayar."
Kata Danish lalu terus berjalan menuju ke arah kaunter. Sebelah tangannya menolak troli manakala sebelah tangannya lagi elok memeluk pinggang ramping milik Anggun.
***
"Erm... Tadi sayang jumpa kawan sekolej abang. Dia kirim salam dekat abang."
Kata Anggun ketika mereka berjalan menuju ke arah parking kereta yang terletak di tingkat bawah mall tersebut.
Danish yang mendengarnya terus mengerutkan keningnya. Setahunya, dia tiada kawan sekolej selain daripada Ryan dan Taufiq.
"Siapa? Lelaki ke perempuan?"
Tanya Danish sambil menghidupkan enjin kereta. Mukanya terus dipalingkan memandang Anggun di sebelahnya.
"Tak silap saya nama dia Adriana."
Kata Anggun membuatkan Danish terdiam. Mendengar sahaja nama tersebut, jantungnya berdegup dengan laju kerana dia tahu, Adriana sekarang sedang menjalinkan hubungan dengan Tengku Syed Naufal.
"Awak okay tak?"
Tanya Anggun apabila melihat Danish senyap di sebelahnya. Danish hanya senyap di sebelahnya lalu terus menghidupkan enjin memandu pulang.
Anggun hanya membiarkan soalannya tidak dijawab lalu dia menghembuskan nafas letih. Bimbang juga kalau ditanya lagi nanti ada yang dijerkah oleh Danish.
👑👑👑
"Shittt!"
Kata Danish dengan penuh geram sambil tangannya menghentak meja kayu di hadapannya dengan kuat. Ryan dan Taufiq yang berada di hadapannya hanya mengangkat bahu sambil memandang sesama sendiri. Malas dia nak masuk campur hal Danish.
Sebaik sahaja dia menghantar Anggun pulang ke rumah, dia terus menuju ke markasnya. Anggun hanya membiarkan Danish pergi tanpa menanyakan soalan.
Dia tahu Danish sekarang sedang menahan kemarahan dan untuk mengelakkan dia menjadi mangsa tempat melepaskan kemarahan, dia hanya membiarkan Danish pergi ke markas. Dia terus masuk ke dalam rumah untuk menyediakan makan malam buat mereka.
"Bangsat tu dah pulang ke Malaysia. Tadi masa aku sedang beli barang dapur dengan Anggun, Adriana datang berjumpa dengan Anggun."
Terkejut Ryan dan Taufiq yang mendengarnya. Danish yang berada di hadapannya habis merah muka menahan amarah.
Mereka tahu yang Danish bimbang akan keselamatan Anggun. Mereka juga risau akan keselamatan keluarga mereka.
"Aku tak tahu apa lagi yang betina tu cakap dekat bini aku tapi bini aku cakap dia kirim salam dekat aku."
Sungguh dia takut yang Syed Naufal dan Adriana akan membuat perkara yang lebih teruk lebih-lebih lagi terhadap Anggun.
Dia takut kehilangan isterinya yang tercinta. Ryan dan Taufiq yang berada di hadapannya turut merisaukan keadaan orang sekeliling mereka.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...