Anggun Qhairah yang tertidur hanya dipandang dengan senyuman oleh Danish. Dia sedang melakukan kerjanya di atas katil bersebelahan dengan Anggun.
Beberapa helai kertas bersepah di atas meja kecil di sebelah katilnya. Sesekali terdengar Anggun mengeluh lenguh.
"Abang bisinglah!"
Marah Anggun Qhairah apabila Danish terjatuhkan buku-bukunya.
"Sorry sayang abang tak sengaja,"
Tersengih Danish sambil menggosok belakang tengkuknya apabila Anggun menjelingnya dengan tajam.
Kerjanya yang separuh siap disusun dan disimpan ke dalam fail kemudian diletakkan di atas meja sisi katil.
Setelah siap mengemas, kakinya melangkah menghampiri Anggun dan dia mula berbaring di sebelah Anggun. Dahi Anggun dicium dengan penuh kasih sayang.
Tangannya mula melingkar di pinggang Anggun dan matanya mula terkatup. Tak lama itu dia juga turut lena di sebelah Anggun.
👑👑👑
"Aku nak kau buat kerja ni dengan betul! Pastikan diorang tak dapat jejak pun kedudukan kita!"
Tegas Syed Naufal sambil memandang tajam ke semua anak buahnya. Mereka hanya menganggukkan kepalanya tanda faham akan arahan bosnya.
"Kalau korang gagal, kepala korang aku gantung dekat sini."
Kata Syed Naufal sambil tersenyum sinis. Habis pucat muka kesemua anak buahnya. Adriana hanya melihat Syed Naufal melakukan kerjanya.
"Kau pasti ke rancangan kita ni akan berjaya?"
Tanya Adriana apabila hatinya runsing memikirkan yang mereka akan tertangkap oleh Danish. Idea Syed Naufal untuk menculik Anggun memang mencabar baginya.
Entah mengapa, perasaannya terhadap Danish sudah berkurang semenjak dia terlanggar seorang lelaki iaitu kawan baik Danish sendiri, Alex Mikael.
Wajah lelaki tersebut yang mirip dengan arwah kekasihnya yang pertama dulu sering terbayang di mindanya.
"Kau ni dah kenapa? Ini semua untuk kau juga tau! Danish milik kau, Anggun milik aku. Habis cerita."
Kata Syed Naufal sambil menahan geram. Geram dengan Adriana yang macam tidak yakin langsung dengan rancangannya.
Adriana yang mendengar hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum hambar. Dia harus melakukan sesuatu demi keselamatan semua.
👑👑👑
"Hai fiance!"
Tengku Reena yang sedang mengelamun terkejut apabila disergah oleh Tengku Iqbal merangkap tunangnya sendiri. Matanya memandang tajam Tengku Iqbal yang terkulat-kulat dihadapannya.
"You ni kan sengaja nak buat i sakit jantung kan?"
Kata Tengku Reena sambil menahan geram. Tengku Iqbal hanya tertawa memandang muka tunangnya yang sudah kemerahan menahan marah.
Mereka dah bertunang sejak 1 tahun yang lepas. Sengaja belum berkahwin kerana masing-masing perlu mengejar cita-cita dulu.
"Mommy suruh percepatkan tarikh perkahwinan kita. Mommy suruh buat sekali dengan Nasha dan Raziq."
Kata Tengku Iqbal manakala Tengku Reena hanya menganggukkan kepalanya. Dah penat dia hidup bujang ni.
"Nasha ok tak kalau buat majlis serentak? Raziq macam mana pula?"
Tanya Tengku Reena dengan pelik. Mulutnya masih lagi setia mengunyah waffle. Tengku Iqbal yang melihatnya hanya menggelengkan kepalanya.
"Diorang ok ja..."
Kata Tengku Iqbal manakala Tengku Reena hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak kisah sebenarnya jika majlis diadakan secara serentak.
👑👑👑
Anggun mula melangkah menuju ke arah dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Tangannya lincah menyediakan barang-barang untuk membuat mee goreng.
"Mana pisau eh?"
Tanya Anggun sambil matanya meliar mencari pisau. Dia mula teringatkan pisau yang digunakan semalam oleh Danish untuk mencabut ranting kayu.
Kakinya terus melangkah menuju ke belakang rumah untuk mengambil pisau tersebut yang ditinggalkan oleh Danish di atas meja batu.
Matanya terus terlihat pisau tersebut yang diletakkan di atas meja batu. Terus kakinya melangkah menuju ke arah meja batu tersebut.
Danish yang baru sahaja selesai mandi terus menuju ke arah tangga rumahnya untuk menemani Anggun di dapur.
Matanya terus mencari kelibat Anggun namun bayangannya pun tidak kelihatan di dapur tersebut. Hanya sayur-sayuran sahaja yang berada di atas meja.
"Bau apa ni? Busuknya..."
Monolog Anggun seorang diri. Matanya terus melilau mencari bau busuk tersebut. Makin jauh kakinya menuju ke arah semak samun, makin kuat bau tersebut.
Tekaknya sudah berasa loya yang teramat apabila bau tersebut makin dekat dengannya. Dia mula memberhentikan langkahnya apabila naluri dia yakin yang bau tersebut datang dari semak tersebut.
Tangannya mula mengangkat plastik hitam yang diletakkan di situ. Darah mula menitis keluar dari plastik hitam tersebut. Ulat-ulat juga penuh melekat di plastik hitam tersebut.
Tangannya mula mencapai ranting kayu dan dia menguis daun-daun yang menutupi plastik hitam tersebut.
Dunianya bagaikan berhenti apabila dia melihat muka manusia tanpa badan yang diletakkan di dalam plastik hitam tersebut. Darah yang masih cair dan pekat itu mengalir keluar dari mulut mayat tersebut.
"Abang!"
Tempik Anggun dengan sekuat hati apabila ulat-ulat semakin banyak keluar dari muka mayat tersebut. Badannya sudah lembik dan dia tidak lagi bermaya untuk bangun.
Danish yang mendengar jeritan Anggun terus berlari menuju ke arah Anggun dibelakang rumah. Melihat keadaan Anggun yang menggeletar takut, dia terus memeluk Anggun dengan kuat.
Airmata Anggun laju membasahi pipi sambil mulutnya tergagap-gagap memberitahu tentang kepala tersebut.
Danish hanya memerhatikan kepala tersebut sambil menahan amarah. Makin lama makin berani Syed Naufal datang membuat hal.
"Dah jom masuk..."
Ajak Danish lalu dia memapah Anggun yang sudah tidak berdaya lagi. Esakan masih lagi kedengaran dan tangannya memegang erat lengan Danish.
Mayat tersebut Danish dah suruh anak buah dia yang bersihkan. Keadaan Anggun sekarang lebih penting baginya lebih-lebih lagi Anggun yang berbadan dua.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...