"Aduhhh... penatnya," keluh Danish sebaik sahaja membaringkan badannya di sebelah Anggun. Aryan yang nyenyak dibuai mimpi dipandang sambil tangannya mula menepuk-nepuk peha anaknya itu.
"Dah siap ke semuanya? Yang lain tengah buat apa?"
Soal Anggun pelik. Mana tak peliknya bila Danish terlalu awal masuk bilik. Padahal baru pukul 10. Lemang? Dah siap bakar? Macam-macam persoalan bermain dimindanya.
"Dah semua dah siap. Lemang tu abang suruh si Ryan sambung. Ryan tu dari tadi lagi tak buat apa-apa sebabtu abang suruh dia yang sambungkan kerja-kerja tu..."
Anggun hanya menanggukkan kepalanya mendengar jawapan yang keluar dari mulut Danish. Kerjanya bersama opah juga dah selesai. Nasib baik Aryan tak merengek.
"Anggun nak keluar kejap... Abang tolong tengokkan Aryan ya?"
"Sayang nak pergi mana? Mehlah sini teman abang..."
"Jangan nak mengada-ngada. Ke abang yang nak gosok baju-baju ni? Anggun ok je kalau abang nak gosok baju-baju ni..."
Danish yang pasrah terus menganggukkan kepalanya. Matanya mula dipejam rapat dan tangannya memeluk erat Aryan.
👑👑👑
"Assalamualaikum isteri abang..." Bisik Danish di telinga Anggun. Anggun yang ralit menyiapkan Aryan hanya tersenyum manis.
Masjid yang berdekatan dari tadi mengalunkan takbir raya. Danish mula mengambil Aryan dari Anggun untuk dibawa ke ruang tamu manakala Anggun hanya mengekori dari belakang.
"Alahai cantiknya korang!" Tempik Hana sebaik sahaja matanya menangkap kelibat Anggun sekeluarga.
"Kau pun makin berseri-seri je aku tengok. Ke dah berisi?" Soal Anggun membuatkan muka Hana merah padam.
"Dah jom kita pergi makan lepastu kita pergi beraya..."
"Eleh nak lari dari topik lah tu." Terus Anggun melepaskan tawanya. Hana terus mengangkat punggungnya menuju ke meja makan. Yang lain sudah siap menunggu di meja makan.
***
"Anggun nak minta maaf atas semua salah silap Anggun. Anggun harap abang dapat maafkan Anggun. Terima kasih sebab sudi terima Anggun jadi isteri abang. Anggun sayangkan abang and tolong jangan tinggalkan Anggun tau..."
Danish yang mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut Anggun hanya tersenyum. Tangannya mula diangkat dan diletakkan di atas kepala Anggun yang sedang bersalaman dengannya.
"Abang dah maafkan semua salah silap sayang. Abang pun nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi isteri abang, sudi mengandungkan anak abang dan sudi terima baik buruk abang..."
"Anggun sebenarnya ada hadiah untuk abang." Celah Anggun membuatkan Danish tertanya-tanya.
"Hadiah apa?"
"Anggun sebenarnya pregnant! Dah nak masuk 3 bulan dah. Anggun sengaja taknak bagitahu abang sebab nak buat suprise. And Hana pun sebenarnya mengandung juga."
Terus semua yang berada di situ memandang Hana yang dari tadi hanya tersenyum. Ryan? Tak usah nak cakaplah... Mukanya dah macam kera mendapat bunga dah.
"Sayang tak tipu ke?" Soal Danish tidak percaya. Anggun hanya menganggukkan kepalanya.
"Kitaorang pergi check sama-sama haritu. Maaf tau lambat bagitahu abang." Anggun terus memeluk erat Danish. Yang lain hanya tersenyum memandang gelagat mereka berdua.
"Sampai hati kan tak bagitahu awal-awal..." Kata Ryan sambil membuat muka sedih. Hana terus melepaskan tawanya.
"Yang penting sekarang kita akan jadi mama dan papa!" Ujar Hana dengan riang lalu terus memeluk Ryan.
"Family photo!"
Tempik Taufiq sambil memegang kameranya. Masing-masing sudah mengambil tempat di ruang tamu."SNAP!"
Sekeping gambar mula ditangkap. Masing-masing begitu cantik dan segak membuat gaya.
"Terima kasih sayang..."
"Semua ini dah jadi tanggungjawab saya. Cik Anggun hanya untuk Encik Mafia."
"Well dah macam novel pulak kan? Hestek CIKANGGUNENCIKMAFIA..."
Jawab Danish lalu terus memeluk pinggang ramping milik Anggun. Aryan pula berada didukungan Anggun.
T A M A T
🐰🐰🐰
Thankyou 🥺❤️
Terima kasih yang mana support novel saya dari dulu sampai sekarang. Terima kasih juga yang beri tunjuk ajar kepada saya. Tanpa korang, novel ni tak akan sampai ke peringkat ni. Maybe?
Saya akan ingat sampai bila-bila siapa yang support saya. Daripada 27/1/2019 sehingga 8/1/2021. Alahai lama masa yang saya ambil nak siapkan novel ni.
Kepada yang support saya tu, nah love untuk korang ❤️❤️❤️
Saranghae 🥺❤️
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...