Taufiq yang baru sahaja masuk ke bilik tidur terus memandang Maira yang masih lagi berpakaian baju pengantin. Kakinya terus melangkah ke arah Maira dan tangannya mula naik menyentuh bahu Maira. Maira yang dari tadi hanya mengelamun terus mengangkat kepalanya memandang Taufiq.
"Kenapa tak mandi lagi ni?"
Tanya Taufiq lembut. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan dengan Maira. Maira hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
"Maira okay tak?"
Tanya Taufiq prihatin apabila wajah Maira kelihatan sedih. Taufiq terus memeluk Maira apabila dia perasan yang airmata mula mengalir keluar dari kelopak mata Maira.
"Ibu mesti happykan kalau dapat tengok saya kahwin,"
Terkedu Taufiq apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Maira. Maira terus menangis teresak-esak di bahu Taufiq.
"Dulu, ibu selalu cakap yang ibu tak sabar nak tengok saya kahwin. Ibu cakap ibu nak ada waktu majlis perkahwinan saya. Ibu cakap ibu tak sabar nak ada menantu. Sa... saya rindu ibu..."
Sambung Maira lagi sambil menangis teresak-esak. Manakala Taufiq hanya mendiamkan diri dan cuba menenangkan Maira.
"Dah jangan nangis lagi. Abang ada dengan Maira."
Pujuk Taufiq sambil menepuk-nepuk bahu Maira. Sungguh tidak dapat dinafikan, Maira begitu rindukan ibunya. Sejak kecil, ibunya telah membesarkannya seorang diri. Ayahnya telah meninggal dunia sewaktu dia masih lagi bayi. Ibulah ayah, ibulah ibu.
"Terima kasih sebab sudi kahwin dan terima baik buruk Maira,"
Kata Maira sambil tersenyum. Taufiq terus membalas senyuman Maira. Sungguh Maira bersyukur kerana mempunyai keluarga yang baik dengannya terutama sekali mommy mereka.
"Nak mandi tak?"
Tanya Taufiq sambil memegang erat tangan Maira. Maira terus menggelengkan kepalanya dia dan dia mula bersandar di dada milik Taufiq.
"Kalau macam tu, jom tidur..."
Sambung Taufiq lagi lalu terus naik ke atas katil. Tangannya masih lagi setia memegang tangan Maira. Maira yang malu hanya menundukkan kepalanya tanpa memandang Taufiq.
👑👑👑
"Macam mana keadaan Anggun?"
Tanya Danish dengan penuh kerisauan apabila melihat Doktor Reena keluar dari wad Anggun. Doktor Reena menarik mask yang tertutup mulutnya dan satu keluhan dilepaskan dari bibirnya.
"Reena, Anggun macam mana?"
Tanya Danish lagi apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut Doktor Reena. Tunang doktor Reena, Tengku Iqbal juga turut berada di situ. Danish sudah terduduk di atas kerusi dan matanya terus berair.
"Eh janganlah nangis, Anggun sebenarnya di... dia..."
"Kenapa dengan Anggun? Anggun okay tak? Dia tak tinggalkan saya kan?"
Belum sempat Doktor Reena menghabiskan percakapannya, Danish terus melontarkan soalan. Iqbal mula menjeling Danish yang suka menjampuk.
"Alhamdulilllah. Anggun okay ja cuma ni semua salah kamu, Danish."
Kata Doktor Reena dengan nada yang tidak sebegitu kuat. Berkerut kening Danish apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Doktor Reena.
"Aku buat apa? Janganlaa buat lawak kat sini Reena..."
Kata Danish geram dengan sikap Reena yang sengaja mengusiknya itu. Danish yang sudah pelik bertambah pelik apabila Doktor Reena asyik mentertawakannya.
"Iyala... Salah kamu laa sebab buat Anggun berbadan dua."
Sambubg Doktor Reena dengan sisa tawanya lagi. Tengku Iqbal yang berada di situ turut mentertawakannya. Danish yang masih bingung hanya mendiamkan diri.
"Ya Allah lembapnya sepupu kita ni. Tahniah bro! Bini kau pregnant and kau bakal jadi daddy tak lama lagi!"
Kata Tengku Iqbal sambil menepuk bahu Danish. Danish yang mendengarnya terus mengalirkan airmata kegembiraan. Sungguh dia tidak sangka yang dia bakal jadi daddy tidak lama lagi
"Alhamdulillah. Usia kandungan Anggun baru je 3 minggu jadi, kena lebih banyak pantau sebab apa-apa je boleh berlaku di usia kandungan yang masih awal."
Kata Doktor Reena lalu dia terus tersenyum. Danish masih tekun mendengarnya. Wajahnya begitu teruja dan gembira sekali.
***
Pintu bilik wad Anggun yang tertutup rapat dibuka oleh Danish. Anggun masih lagi lena dan bibirnya kelihatan begitu pucat. Danish mula memegang kedua belah tangan Anggun dan dia terus mencium tangan Anggun.
"Eh abang,"
Kata Anggun terkejut apabila melihat Danish sudah duduk setia di sisinya. Danish hanya tersenyum dan tangannya naik mengusap perut Anggun.
"Terima kasih sayang sebab sudi mengandungkan anak kita. Abang janji abang akan jaga sayang dan anak kita dengan penuh kasih sayang."
Kata Danish lalu mencium tangan Anggun. Manakala tangannya masih lagi setia menggosok perut Anggun yang masih kempis.
Anggun hanya tersenyum mendengarnya dan dia juga tidak menyangka yang dia mengandung. Ini semua bagaikan mimpi yang indah baginya.
"Sayang janji sayang akan jaga baby kita dengan baik dan terima kasih sebab sudi terima sayang."
Kata Anggun sambil memegang tangan Danish yang terletak di perutnya. Sungguh, dia yakin dengan kehadiran baby tersebut, akan menguatkan lagi cinta mereka.
"Abang yang sepatutnya ucap terima kasih sebab telah berikan abang hadiah yang begitu ternilai, terima kasih."
Kata Danish dan dia meletakkan kepalanya di tepi bahu Anggun manakala tangannya masih lagi melekat di perut Anggun.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...