"Wah cantiknya!"
Tempik Anggun dengan kuat sekali apabila kakinya mula melangkah keluar dari balai pelepasan. Dia teruja apabila Danish membawanya honeymoon ke tempat impiannya iaitu London.
Danish di sebelah mula menyarungkan kaca mata hitamnya. Tangannya mula melingkar di pinggang ramping milik Anggun. Dia takut gadis kecil molek itu berjalan jauh darinya.
"Bos."
Seorang lelaki kemas berpakaian sut hitam datang menghampiri mereka. Senyuman dilemparkan kepada Anggun yang pelik dengan kehadiran mereka.
"Bawa beg aku and terus menuju ke villa kita."
Kata Danish tanpa secalit senyuman pun di wajahnya. Dia terus menarik tangan Anggun menuju ke sebuah kereta Alphard yang elok terpaking di hadapan pintu masuk lapangan terbang.
Di sekeliling kereta itu terdapat beberapa lagi orang yang berpakaian hitam yang mengawasinya. Pintu kereta dibuka sebaik sahaja Danish dan Anggun menghampiri mereka.
"Kita nak kemana ni?"
Tanya Anggun dengan muka yang penuh dengan tanda tanya. Danish di sebelah tersenyum sinis dan mula berbisik di telinga Anggun.
"Kita kan datang nak honeymoon, lagipun aku dah tak sabar nak ada baby dengan kau, sayang."
Jawab Danish dan terus mencium pipi Anggun. Habis membahang pipi Anggun dan dia terus terdiam sambil matanya meliar melihat pemandangan di luar.
***
Kereta yang dipandu oleh SeanLee, pembantu peribadi Danish mula memasuki perkarangan villa yang tersangat besar. Di sekeliling villa tersebut terdapat pengawal yang mengawasinya.
"So, welcome to our villa, sayang."
Beritahu Danish sambil tangannya menarik Anggun masuk ke dalam villa tersebut. Anggun yang bagaikan rusa masuk kampung mengikut sahaja Danish.
"Kau duduk sini diam-diam, aku ada hal yang nak buat. Kau jangan pergi mana-mana."
Kata Danish lalu mencium dahi Anggun. Dia terus keluar dari bilik tersebut meninggalkan Anggun. Manakala Anggun mula mengeluarkan tualanya lalu terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
👑👑👑
"Korang buat kerja macam mana? Aku bayar gaji korang untuk buat kerja tapi korang lalai!"
Tengking Danish dengan kuat sekali kepada semua pekerjanya. Dia bengang kerana musuh yang paling ketat dengannya mula menyerangnya semula.
Sekarang mereka berada di bilik bawah tanah villa tersebut. Ya, Danish datang ke London bukan sekadar honeymoon tetapi dia ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan.
"Maaf bos, kami dah cuba buat yang terbaik tapi..."
"Tapi apa? Tapi korang lembap!"
Tengking Danish tanpa sempat anak buahnya menghabiskan percakapannya. Sekarang, sudah 5 orang anak buahnya yang sudah terbunuh. Hatinya bengang dengan sikap anak buahnya yang lalai dalam melakukan kerja mereka.
"Korang buat kerja korang dengan cepat dan aku tak nak dia mula mengatur langkah yang seterusnya"
Katanya dengan sambil tangannya bermain dengan sebilah pedang besar. Matanya tajam menikam anak mata kesemua anak buahnya.
"Kau rasa siapa target dia yang seterusnya?"
Tanya Danish kepada SeanLee, pembantu peribadinya yang paling dia percaya. Tangan SeanLee terus mencapai laptop dan dia mula berjalan menuju ke arah Danish.
"Apa yang aku tahu ialah target dia yang seterusnya bini kau, Anggun."
Terus terdiam Danish apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut SeanLee. Sungguh dia takut Anggun akan terlepas ke tangan musuhnya.
"Mulai harini, aku nak korang buat kerja dengan lebih cepat dan berhati-hati. Aku taknak isteri aku terlepas ke tangan bangsat tersebut."
Kata Danish lalu terus keluar dari bilik tersebut. Makin lama dia di situ, makin bertambah marah dia.
***
"Eh?"
Soal Anggun pelik apabila Danish tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik mereka dengan muka yang merah.
Terketar-ketar dia menghampiri Danish lalu tangan halus miliknya mula naik menyentuh bahu milik Danish. Dia mula menggosok bahu milik Danish dengan penuh kelembutan.
"Awak okay?"
Soalnya dengan takut-takut. Takut akan ditengking oleh Danish. Danish terus memalingkan mukanya memandang Anggun dan senyuman manis dilemparkan kepada Anggun.
"Aku okay cuma kepala aku sedikit pening."
Kata Danish sambil tangannya naik bermain dengan rambut ikal mayang milik Anggun. Anggun hanya tersenyum dengan kelakuan Danish.
Danish memerhatinya atas bawah membuatnya berasa tidak selesa. Dia memandang dirinya yang hanya mengenakan seluar pendek dan baju singlet.
"Cantik kau."
Bisik Danish dengan lembut di telinga Anggun. Anggun hanya membiarkan Danish membelainya dan dia terus menarik tangan Danish naik ke atas katil.
Tangannya mula naik mengurut kepala Danish dengan penuh kelembutan. Terpejam mata Danish menikmati urutan Anggun yang begitu lembut.
"Sakit sangat ke kepala awak?"
Tanya Anggun sambil tangannya tidak berhenti mengurut kepala Danish. Danish membuka matanya dan hanya menganggukkan kepalanya kepada Anggun.
"Awak tunggu dekat sini, saya turun ambil ubat. "
Kata Anggun lalu dia terus turun dari katil untuk mengambil ubat di bawah. Belum sempat kakinya melangkah turun, tangan sasa milik Danish memegang lengannya dan menariknya untuk naik semula ke atas katil.
"Takpayah. Aku tak perlukan ubat pun."
Kata Danish sambil tersenyum memandang Anggun. Anggun menaikkan sebelah keningnya tanda pelik akan kelakuan Danish.
"Aku tak perlukan ubat pun untuk semua penyakit aku. Tapi satu je yang aku harapkan, aku nak kau sentiasa ada di sisi aku kerana kaulah penawar bagi segala penyakit aku."
Sambung Danish lagi lalu dia terus mencium dahi milik Anggun. Terkedu Anggun mendengar jawapan yang terpacul keluar dari mulut Danish.
"Ta... tapi..."
"Tak ada tapi-tapi, satu je aku nak pesan dekat kau, tolong jangan tinggalkan aku walau apa pun ujian yang melanda pada rumahtangga kita."
Kata Danish tanpa sempat Anggun menghabiskan percakapannya. Tersenyum Anggun apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Danish.
"Saya janji akan selalu ada di sisi awak tidak kira apa pun yang melanda rumah tangga kita."
Jawab Anggun sambil tersenyum manis. Sungguh dia bersyukur kerana memiliki Danish sebagai suaminya.
🐰🐰🐰
Thankyou(◍•ᴗ•◍)❤
YOU ARE READING
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA ✔️
ActionMY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PE...